Kumpulan cerpen Parasit dan Sesudah Perang mengandungi 22 buah cerpen awal Sasterawan Negara Anwar Ridhwan yang dihasilkan beliau ketika dekad awal kepengarangannya. Kumpulan cerpen ini merupakan edisi terbaharu daripada kumpulan cerpen beliau iaitu Parasit yang diterbitkan pada tahun 1976 (DBP), dan Sesudah Perang yang diterbitkan pada tahun 1978 (DBP).
Parasit dan Sesudah Perang bukan hanya menggambarkan secara dramatik tentang kisah kehidupan dan kemanusiaan serta penderitaan, tetapi merupakan satu penelitian dan pemikiran Anwar Ridhwan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Penulis membawakan tema yang pelbagai dan menarik serta dibantu oleh gaya bahasa yang segar dan imaginatif lewat cerpen-cerpen beliau.
Parasit (m. 130—131):
“Masitah, aku ingin anak lelaki.” Demikian kata Budin. Masitah seakan-akan mendengar kata-kata itu. Kata-kata yang Budin ucapkan pada malam pertama mereka tidur bersama-sama di atas ranjang. Masitah seakan-akan masih dapat mendengar getar suara Budin mengiringi kata-kata tersebut. Gelar yang malu. Gelar yang manja.
“Lelaki? Mengapa tidak perempuan?” usik Masitah.
Walaupun akhirnya Budin memberikan jawapannya, tetapi jawapan tersebut lambat sekali diucapkan oleh Budin.
“Sekarang ini zaman perang. Tapi Tuhan telah menetapkan yang kita bertemu jodoh pada saat-saat begini. Bukankah kita tidak tahu kapan perang akan berakhir? Kelak. kalau terjadi sesuatu yang tidak baik ke atas keluarga kita. tapi ah, dijauhkan malaikat 44 malapetaka seumpama itu. bukankah anak lelaki itu mampu menguruskan keluarga ini lebih baik daripada seorang perempuan? Dan kalau perang ini berpanjangan, tapi ah, dijauhkan Tuhan perkara ini, katakanlah l0 tahun, 20 tahun atau 100 tahun, bukankah dia pun layak untuk menjadi perwira mempertahankan negara ini, atau sekurang-kurangnya menjadi seorang pemuda yang sanggup menjaga desa ini?” Budin tidak mengerti mengapa sepanjang itu dia berbicara. Tetapi dia sudah merasakan bahawa dia tidak menyimpan apa-apa lagi dalam jiwanya. Dia telah meluahkan semuanya kepada Masitah.
Reviews
There are no reviews yet