Perjalanan Sang Zaman: Kumpulan Puisi

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A. Write Award 2011.

ITBM & PENA (Cetakan Pertama, 2015)
95 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26737 Subject: Sub-subject:

Perjalanan Sang Zaman merupakan sebuah puisi panjang, yang disifatkan oleh S.M. Zakir seumpama munajat panjang Iqbal dalam Javid Namah. Iqbal memulakan Javid Namah dengan munajat panjang dan penulis tidak mungkin meletakkan sebuah munajat seumpama Iqbal di sini walaupun itulah yang paling ingin penulis letakkan sebagai pembukaan perjalanan puisi Perjalanan Sang Zaman. Tidak dapat dinafikan penulis begitu terinspirasi dengan karya Iqbal; keindahan kata-katanya, pemikirannya yang luas dan falsafah yang mengheret Barat dan Timur bersatu. Penulis juga memunculkan watak Javid, pembimbing sang pengembara/pencari sebagaimana Iqbal memunculkan watak pembimbing yang bernama Zinda Rud dalam Javid Namah-nya. Javid tentunya diambil daripada tajuk karya agung Iqbal iaitu Javid Namah. Walaupun begitu terinspirasi tetapi Perjalanan Sang Zaman adalah sesuatu yang sama sekali berbeza.

Perjalanan Sang Zaman meneroka zaman yang ada pada hari ini; dengan bahasa dan bentuk yang berbeza. Puisi-puisi Iqbal ditulis dalam bahasa Urdu dan dibentuk dalam baris-baris yang terbentuk seperti dua kolum. Apabila diterjemahkan ia menjadi seperti sebuah puisi prosaik yang panjang. Tetapi bentuk puisi Iqbal bukan prosaik sebenarnya. Perjalanan Sang Zaman dibentuk menjadi puisi prosaik yang adakalanya menjadi puisi imageri. Cuma Perjalanan Sang Zaman sebagai kumpulan puisi yang membahaskan isi pemikiran Iqbal khususnya berkenaan konseptual insan khudi yakni insan sempurna yang disebut Iqbal sebagai Mar-I Khuda.

Selebihnya Perjalanan Sang Zaman adalah untaian kata-kata yang lahir terus langsung daripada keinginan penulis untuk menuliskan puisi yang bermakna kepada diri beliau. Pembahasan tentang konseptual insan sempurna dalan Perjalanan Sang Zaman mempertentangkan pemikiran Nietzsche yang melahirkan konsep insan sempurna sebagai ubermensch yakni superhuman yang berdiri sebagai manusia bebas yang menjadi tuhan kepada nasibnya sendiri; dengan konseptual insan khudi oleh Iqbal yang menyerahkan seluruh dirinya kepada Allah SWT sebagai tingkat tertinggi kesempurnaan insan. Konseptual insan sempurna yang dikemukakan Nietzsche ingin dihubungkan dengan prinsip hak kebebasan individu yang dipegang oleh para liberal hari ini.

Betapa para liberal yang bangkit dan menjadi elita menguasai kota-kota seterusnya keseluruhan negara hari ini telah menjadi barah dengan slogan-slogan hak asasi, kebebasan bersuara dan kemutlakan hak individu yang menentang budaya dan agama. Nilai-nilai agama, tradisi dan keperibumian ditindas atas nam2 prinsip kebebasan dan hak asasi. Sebahagian prinsip liberal adalah benar dalam perkara tertentu tetapi dalam perkara nilai dar agama, prinsip-prinsip liberal memberikan percanggahan yang mengerikan. Di sini konseptual insan khudi yang dikemukakan oleh Iqbal menjadi perlawanan balas terhadap prinsip liberal berkenaan kemutlakan hak individu; di mana agama (Islam) meletakkan puncak kesempurnaan insan terletak kepada dekatnya hubungan individu dengan Allah SWT sekaligus menolak prinsip liberal bahawa kesempurnaan individu terletak kepada prinsip manusia adalah tuhan kepada nasibnya sendiri. Maka individu wajibnya diletakkan untuk patuh kepada hukum Tuhan kerana hukum Tuhan adalah di atas segala hak individu yang ada.

Perjalanan Sang Zaman bukanlah bertujuan memusuhi mana-mana pihak tetapi adalah usaha untuk membahaskan secara asas tentang prinsip individualiti dengan mempertembungkan pandangan Barat dan Timur yang diwakili oleh Nietzsche dan Iqbal. Namun pembahasan ini dibawa dalam perjalanan jiwa sang penyair yang diuntai dengan gubahan puisi. Perjalanan puisi terasa lebih seni dan lembut dalam mengungkapkan pembahasan fikiran. Apatah lagi ia diuntai oleh perasaan dan fikiran yang berpadu untuk memberikan kata-kata yang dapat menggetuskan irama kepada jiwa. Puisi-puisi ini akhirnya menjadi suatu jejak perjalanan akal fikiran dalam meneroka dunia sedar dan dunia bawah sedar yang mengumpulkan timbunan fikiran dan perasaan oleh kehidupan yang dilalui. Puisi-puisi ini datang dalam keperibadiannya yang tersendiri tanpa tersangkut di dalam mana-mana label; bahkan ia ingin bebas daripada sebarang label-label muluk. Puisi-puisi ini hanya ingin hidup sebagai kata-kata yang memaknakan fikiran dan perasaan dalam caranya yang tersendiri.

Sukar untuk menyatakan bahawa menuliskan puisi-puisi panjang bagi membahaskan pemikiran yang mungkin bersifat filosofi adalah pilihan terbaik bagi seorang penulis. Tetapi sebahagian besar daripada tujuan penulisan ini tidak lain daripada perasaan ingin menikmati kata-kata yang dapat memaknakan fikiran. Walaupun ia mungkin kecil dan memberikan tanggapan serta perasaan yang berbeza antara pembaca yang berlainan; tetapi apa yang lebih penting ialah keinginan dari dalam diri yang ingin memahami kata hatinya sendiri, Ada ketika-ketikanya tidak ada tujuan yang lebih besar kepada seseorang penulis selain daripada ingin memahami dirinya sendiri. Namun pemahaman terhadap diri dalam konteks individu yang hidup dalam sebuah masyarakat memerlukan penelusuran terhadap persekitaran dan dunia yang terbentuk di hadapannya. Maka Perjalanan Sang Zaman menjadi sebuah perjalanan yang cuba memaknakan dirinya dalam persekitaran dan dunia yang mengelilinginya; serta masa yang dihuninya.

Prakata

Perjalanan 1
Perjalanan 2
Perjalanan 3
Perjalanan 4
Perjalanan 5
Perjalanan 6
Perjalanan 7
Perjalanan 8
Perjalanan 9
Perjalanan 10
Perjalanan 11
Perjalanan 12
Perjalanan 13
Perjalanan 14
Perjalanan 15
Perjalanan 16
Perjalanan 17
Perjalanan 18
Perjalanan 19
Perjalanan 20
Perjalanan 21
Perjalanan 22
Perjalanan 23
Perjalanan 24
Perjalanan 25
Perjalanan 26
Perjalanan 27
Perjalanan 28
Perjalanan 29
Perjalanan 30
Perjalanan 31
Perjalanan 32
Perjalanan 33
Perjalanan 34
Perjalanan 35
Perjalanan 36
Perjalanan 37
Perjalanan 38
Perjalanan 39
Perjalanan 40
Perjalanan 41
Perjalanan 42
Perjalanan 43
Perjalanan 44
Perjalanan 45

Epilog 1
Epilog 2
Epilog 3
Epilog 4
Epilog 5

Weight0.133 kg
Dimensions18.5 × 13.2 × 0.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Rumah yang Tumbuh dari Bukit: Kumpulan Puisi
    Out of stock

    Rumah yang Tumbuh dari Bukit: Kumpulan Puisi

    RM10.00
  • Ahli Politik
    Out of stock

    Ahli Politik

    RM25.00
  • Ikarus
    Out of stock

    Ikarus

    RM30.00
  • Sekeping Roh di Atas Bantal: Kumpulan Cerpen

    Sekeping Roh di Atas Bantal: Kumpulan Cerpen

    RM20.00