Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia

Penulisan bersama ABDUL LATIF SAMIAN dan KHAIRUL ANWAR MASTOR

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2003)
165 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

Only 1 left in stock

Buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia cuba memperkenalkan kepada pembaca sejarah dan perkembangan sains serta hubungannya dengan peradaban dan kehidupan manusia. Bahan yang disampaikan dalam diolah daripada bahan kuliah kursus Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia di UKM. Kursus ini juga ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian jarak jauh. Sidang penulis berharap dengan mengetengahkan sumbangan ahli-ahli sains secara terbuka akan dapat membantu para pembaca memahami peranan sains yang sifatnya sejagat. Dalam buku ini dijelaskan wujudnya perbezaan pendekatan tentang cara sains digunakan dan falsafah yang mendukung kemajuan sains di antara Barat dengan Islam.

Pendekatan yang digunakan mengenai soal bagaimana sains memberi dampak yang secara langsung atau tidak langsung kepada kemajuan manusia dalam pelbagai aspek kehidupan. Untuk memfokuskan perbincangan kepada satu-satu aspek tanpa mengambil kira perhubungan aspek yang saling berkait antara satu sama lain adalah agak sukar. Bagaimanapun, sidang penulis telah berusaha untuk menyusun bab-bab dalam buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia mengikut susunan kronologi yang berturutan, sama ada dalam struktur ataupun penampilan bahan. Setiap bab bermula dengan ringkasan kandungan, pada akhirnya soalan kefahaman diberikan bagi memudahkan lagi pemahaman.

Sebagai suatu tulisan yang tidak memisahkan aspek sejarah sains dengan kesan pemikiran yang dibawa oleh sains kepada perkembangan peradaban manusia, sidang penulis membahagikan buku Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia kepada dua bahagian yang penting dan berkaitan. Bahagian pertama terdiri daripada Bab l-5 membincangkan sejarah perkembangan sains sebagai satu ilmu dan peranannya dalam sejarah ketamadunan manusia. Bahagian kedua, Bab 6-10 membincangkan aspek-aspek pemikiran dan kefalsafahan yang mendasari tabii keilmuan sains dan kesannya terhadap pemikiran dan pandangan hidup manusia. Rasional kepada perbincangan ini adalah pemahaman mengenai peranan dan sumbangan sains dan harus bermula dengan mengetahui sejarah yang mendasari perkembangan sains itu sendiri.

Dan sejarah sains tidak bersifat terpencil kerana kemajuan sains adalah tertakluk kepada faktor persekitaran yang ada. Ini termasuklah mengaitkan perkembangan sains dengan perkembangan politik, konflik institusi kerajaan dengan golongan intelek, globalisasi dan tidak kurang pentingnya, pemikiran yang dibawa oleh sains.

Senarai Gambar
Senarai Jadual
Prakata

1. Fasa Perkembangan Awal Sains Barat
2. Aliran Falsafah Mekanisme
3. Renaisans dan Reformasi
4. Kapitalisme dan Globalisasi
5. Revolusi Sains dan Industri di Eropah
6. Perkembangan Sains Tulen dan Sains Sosial pada Abad ke-20
7. Aruhanisme, Pemalsuanisme dan Paradigma
8. Penggunaan Kaedah Analogi, Logik dan Statistik dalam Sains
9. Sains, Masyarakat dan Persoalan Nilai
10. Pemikiran Saintifik dan Peradaban Manusia
11. Epilog: Ke Manakah Sains Kini?

Rujukan
Indeks

Weight0.277 kg
Dimensions23 × 15.2 × 1 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.