Out of stock

Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah

Pengarang: Siti Amirah binti Abdullah & Mohd Kasturi Nor bin Abdul Aziz

MBRAS (2015)
305 halaman
ISBN 9789679948608

RM120.00

Out of stock

Perniagaan Haji Di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah

Pulau Pinang pernah menjadi jajahan takluk Kedah sehingga 1786 apabila pulau ini diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur lnggeris. Menjelang 1804 Seberang Perai turut menjadi sebahagian dari negeri Pulau Pinang. Namun hubungan akrab antara kedua-dua negeri terus terjalin dengan Kedah menerima pelaburan dari Pulau Pinang sementara dari segi sosial pengaruh Kedah dapat dilihat melalui dialek Melayu Pulau Pinang. Hubungan ini juga dapat dilihat melalui perniagaan haji di Pulau Pinang yang turut menjangkau ke Kedah sementara Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid yang memerintah Kedah antara 1882-1943, turut menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hubungan Kedah-Pulau Pinang.

Perniagaan Haji Di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah membicarakan perniagaan haji di Pulau Pinang sejak abad ke-19 hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Aceh, George Town. Kajian yang bersifat makro ini memberi tumpuan kepada penglibatan orang Melayu- Muslim dalam bidang ini selain kesan perniagaan haji kepada pelbagai sektor ekonomi di kawasan Lebuh Aceh termasuk perniagaan buku/kitab, percetakan dan juga kesannya kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. Sementara itu Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid pula menyentuh pelbagai aspek sosio-ekonomi Kedah termasuk urusan belanjawan negeri Kedah, kegiatan ekonomi termasuk dari pelabur-pelabur Cina dari Pulau Pinang dan hubungan sosioekonomi Kedah dengan Siam dan lnggeris.


Kumpulan esei-esei ini diterbitkan bawah Tabung Peringatan Tan Sri Mubin Sheppard

Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
Abu Talib bin Ahmad

Sejarah Perniagaan Haji di George Town, 1860-an–1970-an
Siti Aminah Binti Abdullah

Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Sebagai Dokumen Sejarah Sosioekonomi Negeri Kedah (1881-1943)
Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.400 kg
Edition

Format

ISBN

9789679948608

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…