Razak Sensei: Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun

KALTHOM HUSAIN dan AIDA NASIRAH ABDULLAH adalah Pensyarah Kanan di Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

HANIPAH HUSSIN adalah profesor dalam bidang pendidikan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
160 halaman

RM40.00RM50.00

Product ID: 4303 Subjects: , Sub-subjects: ,

Razak Sensei: Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun merupakan biografi seorang guru tersohor bahasa Jepun di Malaysia iaitu Datuk Abdul Razak bin Abdul Hamid. Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Razak, Abdul Razak Hiroshima, dan Razak Sensei. Beliau meninggal dunía pada 18 Julai 2013, tidak sampai dua minggu selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-88. Allahyarham merupakan satu-satunya rakyat negara ini yang terselamat dalam serangan bom atom Amerika Syarikat ke atas bandar Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945.

Razak Sensei sangat berminat dan bersemangat mempelajari bahasa Jepun. Oleh sebab minatnya itu, beliau dilantik sebagai koordinator program di Pusat Persediaan Pendidikan di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA). Sumbangannya dalam mempromosikan bahasa Jepun dan meningkatkan persefahaman antara Tokyo dengan Kuala Lumpur pula menarik perhatian Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengangkat Allahyarham mengetuai Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982.

Razak Sensei telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Hiroshima pada tahun 2013 bersama-sama bekas Perdana Menteri Brunei Darussalam, Pengiran Yusuf dan bekas Ahli Parlimen Indonesia, Hasan Rahaya. Beliau juga menerima penghormatan menghadap Maharaja dan Maharani Jepun selepas dianugerahkan Hadiah Khas Yayasan Jepun pada tahun 1995 atas sumbangannya mempromosikan bahasa Jepun dan membentuk persefahaman antara Jepun dengan Malaysia.

Untuk mengetahui kisah lengkap riwayat hidup Razak Sensei, semuanya dipaparkan dalam buku Razak Sensei: Pemangkin Jalinan Malaysia-Jepun ini. Jadikanlah buku ini sebagai koleksi peribadi kerana tokoh yang dibicarakan dalam buku ini diperakui kerajaan Jepun sebagai salah seorang daripada 1760 rakyat asing yang terselamat daripada letupan bom atom di Hiroshima.

Weight0.465 kg
Dimensions15.8 × 1.2 × 23.1 cm
Format

,

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.