Rungus: Peribumi Momogun Sabah

RAYMOND MAJUMAH adalah penulis novel dan drama berketurunan etnik Rungus. Beliau merupakan seorang aktivis budaya, sastera dan bahasa yang banyak menulis tentang suku kaum Rungus.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
285 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM30.00

In stock

Rungus: Peribumi Momogun Sabah mengandungi maklumat tentang suku kaum Momogun Rungus. Suku kaum yang terdapat di Sabah ini mempunyai daya tarik dari segi budaya yang asli, bahasa yang tersendiri, sastera yang amat indah, dan adat istiadat sebagai pengawal sosial sehingga kini. Buku ini juga memaparkan beberapa isu lain yang agak menarik seperti istilah Momogun yang kontroversi dan hubungannya dengan rumpun Kadazandusun-Murut (KDM), kepercayaan kuno serta kuasa-kuasa ghaib dan sebagainya.

Nama Borneo digunakan dalam judul buku ini untuk memberikan gambaran bahawa buku ini mengandungi unsur sejarah antropologi sosial. Pulau Borneo merupakan salah sebuah pulau yang terbesar di dunia. Menurut Charles Hose, Pulau Borneo pada masa dahulu didiami oleh natural man (manusia asal) yang tinggal di isle of romance, nature and man (pulau yang terdiri daripada hikayat, alam semula jadi, dan manusia). Pulau Borneo pada masa itu merupakan tempat yang tidak dikenali dan perkara yang tidak diduga berlaku.

Owen Rutter pula secara umum telah menyebut kaum Kadazan dan kaum Murut (suku kaum asli di Borneo sebagai natural man, kaum yang dirujuk oleh Charles Horse itu) sebagai pagan (tidak beragama) kerana tidak dapat memberikan nama yang sesuai kepada pelbagai suku masyarakat asli yang hanya terdapat di Sabah (Borneo ketika itu). Setiap satu suku masyarakat asli itu mempunyai cerita warisan, legenda dan mitos yang menarik, bernilai tinggi, dan bermutu sejagat lagi memukau serta melenakan. Inilah sastera Borneo, khususnya Borneo Utara.

Suku kaum Rungus merupakan salah satu suku kaum peribumi, iaitu penduduk asli negeri Sabah. Suku kaum Rungus bersama-sama dengan kaum Kadazan Dusun, Murut, Iban atau Dayak, dan beberapa suku kaum lain, hanya dapat ditemui di Borneo. Suku kaum Rungus hanya berada atau terdapat di bahagian utara Borneo yang meliputi daerah Kudat, Matunggong, Kota Marudu, dan Pitas, termasuk pulau Banggi dan sebahagian Sandakan di negeri Sabah. Bahagian paling utara itu pernah menjadi pusat pentadbiran British yang pertama untuk Borneo Utara. Kudat merupakan bandar yang penting pada waktu itu. Bandar Kudat merupakan ibu negeri Sabah yang pertama.

Pada masa pentadbiran British dan pada awal kemerdekaan, daerah Kota Marudu dan Pitas termasuk dalam bahagian Kudat. Begitu juga daerah kecil Banggi dan Matunggong. Namun daerah-daerah itu kini tidak lagi ditadbir sebagai satu daerah kerana masing-masing telah mempunyai pentadbiran sendiri. Suku kaum Momogun Rungus ditemui di daerah-daerah itu.

Sebenarnya, Rungus tidak dapat dipisahkan daripada satu nama bangsa atau rumpun yang besar, iaitu Momogun. Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan bahawa Rungus hanyalah salah satu etnik kecil dalam rumpun bangsa Momogun. Etnik Momogun lain ialah Nulluw, Gonsomon, dan Pillapazan yang dapat dibezakan melalui dialek masing-masing. Suku kaum Rungus (termasuk Nulluw, Gonsomon dan Pilapazan) mentafsir bahawa istilah Momogun ialah nama rumpun bangsa yang paling asli untuk suku kaum lain yang kini tergolong sebagai Kadazan Dusun-Murut sebagaimana tafsiran masa kini.

Prakata
Pengenalan

BAB 1 Rungus sebagai Peribumi Sabah

BAB 2 Sejarah Momogun Rungus dari Sudut Cerita Legenda

BAB 3 Istilah “Momogun” dan Hubungannya dengan Kadazan Dusun-Murut-Rungus (KDMR)

BAB 4 Budaya dan Warisan Ketamadunan Suku Kaum Momogun Rungus

BAB 5 Sastera Momogun Rungus

BAB 6 Bahasa Rungus: Sistem Ejaan (Ortografi) dan Masalah Masa Kini

BAB 7 Animisme dan Hal-hal Ghaib dalam Kepercayaan Tradisi Momogun Rungus Primitif

BAB 8 Adat Istiadat dan Hukuman Tradisi Suku Kaum Momogun Rungus

BAB 9 Pelbagai Kegiatan Budaya Masyarakat Momogun Rungus secara Bergambar
Bahagian Satu: Upacara Perkahwinan (Mogontong)
Bahagian Dua: Ritual Moginum
Bahagian Tiga: Pelbagai Pesta, Keramaian, Penyembahan (Animisme) dan Kegiatan Sosial yang Lain

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.491 kg
Dimensions21.6 × 13.9 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.