Out of stock

Sains sebagai Institusi Sosial

Diselenggara oleh KHALIJAH MOHD SALLEH

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
238 halaman termasuk Indeks

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789834603977 Product ID: 532 Subjects: , Sub-subjects: ,

Pembaca diajak merenungi kemungkinan judul-judul wacana dalam buku Sains sebagai Institusi Sosial dapat dijadikan sebagai sumber penyelidikan sains, teknologi dan masyarakat dengan menggunakan kaedah kajian lapangan atau kaedah yang di anggap munasabah. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita peranan yang dimainkan oleh tamadun Islam terhadap kemajuan dan pembangunan sains. Walau bagaimanapun masalah semasa dalam sains, teknologi dan aplikasi memperlihatkan kepincangan sains moden yang bersifat sekular. Sehubungan itu, kita haruslah meneroka dan mengorak langkah memajukan sains dan teknologi berteraskan tauhid.

Kerja sains yang berteraskan tauhid akan mengaruh kegiatan dan budaya sains akan berada dalam batasan syariah Islam. Wacana demi wacana turut menghujahkan kepentingan mempunyai sains peribumi. Sudah adakah di Malaysia agenda pemeribumian sains sebagai respons kepada keperluan, kaedah menurut acuan kita atau status agenda pemeribumian sebenarnya tidak kemana? Institusi pengajian tinggi berperanan dalam melahirkan sumber manusia yang diperlukan untuk melaksanakan perancangan pembangunan dengan berkesan. Jelasnya hal ini akan memberi implikasi kepada kurikulum sains di IPT seterusnya akan timbul pelbagai isu dan cabaran. Hal ini turut dibahaskan dalam buku ini dengan harapan tercapailah kata sepakat mengenai tindakan susulan yang wajar di ambil.

Prakata

1. Beberapa Isu Sejarah dalam Perkaitan Sains Barat dengan Tamadun Islam
Wan Fuad Wan Hassan

2. Sains dan Teknologi Menuju Tauhid
Shahidan Radiman

3. Falsafah Sains Menurut Tradisi al-Hikmah: Menurut Penghayatan Warisan Kita
Mohd Zaidi Abdullah

4. Keperluan, Kaedah, Status dan Agenda Pemeribumian Sains di Malaysia: Tidak ke Mana Kita
Shaharir Mohamad Zain

5. Sains sebagai Institusi Sosial: Isu, Cabaran dan Implikasi Terhadap Kurikulum Sains di Institusi Pengajian Tinggi
Noor Fatmawati Mokhtar

6. Sains, Metafizik dan Etika: Suatu Pandangan untuk Kurikulum Falsafah Sains di Malaysia
Mat Rofa Ismail

7. Peranan Kursus Falsafah Pendidikan dan Falsafah Sains ke Arah Melahirkan Bakal Guru Cemerlang
Habsah Ismail et al.

8. Keperluan kepada Graduan Sejarah dan Falsafah Sains: Kajian Kes di Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh

9. Sejarah dan Falsafah Sains dalam Konteks Ekonomi Ilmu dan Masyarakat Ilmu
Khalijah Mohd Salleh dan Rohani Abdul Kadir

10. Petua Melayu sebagai Sumber Penyelidikan Sains dan Teknologi
Alinor Abdul Kadir

11. Kaedah Pengajaran Perantis: Membina Kemahiran Berfikir Sains
Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad

12. Metalurgi dari Perspektif Keilmuan Umat Islam
Azman Jalar

13. Pendidikan Sejarah dan Falsafah Sains di Institusi Pengajian Tinggi Awam
Azizan Baharuddin dan Maisarah Hasbullah

Indeks

Weight0.340 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.