Sangeetha dalam Kritikan

Disunting oleh SITI HAJAR CHE MAN

Penerbit USM (Cetakan pertama, 2014)
160 halaman termasuk Indeks

RM42.00

In stock

Sangeetha dalam Kritikan menghimpunkan 11 makalah tentang novel Sangeetha yang ditulis dari pelbagai sudut pandangan. Penulisan buku ini dimulakan dengan pandangan peribadi pengarangnya, Azizi Haji Abdullah. Tulisan beliau memfokuskan kepada proses kreatif dan pengalaman peribadi dalam usaha menghasilkan novel Sangeetha. Pemerihalan Azizi merujuk kepada bagaimana beliau memulakan penulisan novel ini. Pertamanya, jiwanya tersentuh ketika membaca berita luar negeri yang termuat dalam akhbar Utusan Malaysia pada 25 Jun 2004 tentang seorang lelaki tua yang bertemu jodoh dengan perempuan tua. Bermula dari situ, beliau selanjutnya mencari watak dan bagaimana hendak membentuknya. Setelah itu latar zaman 1950an dan menentukan perkara pokok yang akan dipusatkan ialah pertemuan “perasaan” dua warga tua tanpa mengaitkan sedikit pun perkataan “cinta”. Penulisan novel ini bermula pada 10 Ogos 2004 dan berakhir pada 25 Jun 2005. Azizi menjelaskan kepada kita semua bahawa proses novel Sangeetha adalah satu kepayahan, satu nikmat, satu kelelahan dan satu kelegaan.

Sangeetha sebuah novel hasil karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah telah dihasilkan pada tahun 2005. Novel ini berjaya mendapatkan liputan hangat disebabkan kelainan isu yang dipaparkan oleh pengarangnya. Sangeetha, sebuah karya yang menggarap berbagai-bagai persoalan kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kesohoran novel ini bukan saja telah mencatatkan satu kontroversi dalam dunia sastera tetapi juga menjadi sandaran utama yang membolehkan novel ini dinobatkan untuk memenangi anugerah berprestij di rantau Nusantara, MASTERA pada tahun 2008.

Sangeetha menjadi tatapan masyarakat dengan isu percintaan antara warga emas, lebih menarik percintaan itu berlaku secara senyap dan tersirat yang mencantumkan dua rasa dalam kancah budaya dan agama. Sangeetha atau Geetha yang beragama Hindu bergelar janda kaya menyimpan rasa kasih terhadap Derus, iaitu pembantu Viralal, suami Sangeetha; juga mantan seorang posmen yang belum pernah berkahwin.

Berlatarbelakangkan senario sekeliling yang semuanya sunyi, muram, sayu, kelam, usang, tua dan lama, itulah suasana yang menghidupkan jalan cerita novel ini. Namun di sebalik suasana kepikunan itu, berbagai-bagai persoalan hidup telah berjaya dirungkaikan oleh 12 pemakalah yang merenung, mengkaji, meneliti, menganalisis dan merincikan percintaan luar biasa antara dua insan pikun ini. Sudut pandangan setiap pemakalah berjaya mengungkapkan berbagai-bagal dimensi analisis dan kritikan yang membedah karya ini dari sudut agama dan kepercayaan, amalan dan budaya, personaliti, disiplin ilmu teori dan kritikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan. Hasil perbincangan inilah menjadi pencetus terhasilnya Sangeetha dalam Kritikan.

Berbicara tentang karya-karya Azizi Haji Abdullah tiada titik penyudahnya. Hasil-hasil karya kreatif Azizi Haji Abdullah telah mendapat tempat istimewa dalam kalangan penuntut IPTA, para sarjana, pemikir sastera apatah lagi dalam kalangan pengkritik sastera. Justeru, himpunan makalah yang termuat dalam buku berjudul Sangeetha dalam Kritikan adalah kumpulan pandangan para sarjana yang datang dari satu minat dan disiplin ilmu yang sama.

Demikianlah sepintas lalu inti sari pandangan pemakalah yang telah menyumbangkan idea dan pandangan kritis mereka terhadap novel Sangeetha. Sesungguhnya novel Sangeetha telah memperlihatkan satu wadah dan perspektif baru dalam membicarakan novel-novel di abad ke-21. Sangeetha telah membuka minda baru dan mengubah paradigma pelbagai pihak. Sekaligus mengiktiraf dan menobatkan pengarang dan novelnya menerima Hadiah MASTERA.

Prakata
Penghargaan

1. Proses Kreatif Novel Sangeetha: Nikmat dalam Kepayahan
Azizi Haji Abdullah

2. Sangeetha dalam Diri Pengarangnya
Muhd Mansur Abdullah

3. Sangeetha: Dua Dunia, Dua Kesepian
Anwar Ridhwan

4. Yang Diulangi dan Yang Berbeza: Imej Sangeetha di Internet
Arndt Graf

5. Petanda dalam Sangeetha dari Perspektif Kajian Semiotik
Hashim Ismail dan Tuan Zainab Tuan Wi

6. Sangeetha Bukan Cinta Biasa: Mendalami Erti Cinta Dua Dunia
Siti Hajar Che Man

7. Wanita dalam Karya Azizi Haji Abdullah: Citra Jiwa Raga Wanita dalam Sangeetha
Suzana Muhammad

8. Sepi Sangeetha: Satu Pendekatan Psikologi Kemanusiaan
Ratna Roshida Abd. Razak

9. Sangeetha: Suatu Bacaan Psikoanalisis
Rahimah Haji A. Hamid

10. Pergeseran Budaya dalam Sangeetha
Sakinah Abu Bakar

11. Sangeetha dan Melankoli
Halimah Mohamed Ali

Bibliografi
Penyumbang
Indeks

Weight0.301 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.