Out of stock

Sejarah Kesultanan Melayu Kelantan

Senarai penulis:
ABDUL RAZAK @ MOHAMAD MAHMUD
NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABD. RAHMAN
RAJA ISKANDAR RAJA HALID
FATIMAH @ HASNAH DAUD
BAHARIN ILIAS
MOHAMAD SAFARUDDIN ISMAIL
AZHAR ABDUL LATIFF

Penerbit UMK (Cetakan Pertama, 2017)
175 halaman termasuk Indeks

RM90.00RM140.00

If you purchase this book you will earn 18-28 reward points!
If you purchase this book you will earn 18-28 reward points!

Rakaman episod-episod sejarah dalam Sejarah Kesultanan Melayu Kelantan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan susur galur sejarah kesultanan Melayu Kelantan. Selain itu, perbincangan mengenai peranan dan sumbangan Sultan-sultan Kelantan dalam pembangunan negeri, di samping sebagai platform pemindahan ilmu kepada umum. Ia juga bertujuan memelihara dan mengembangkan sejarah dan adat warisan Melayu Kelantan agar dapat diketengahkan untuk pengetahuan masyarakat dalam negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Buku ini diharapkan berupaya mengetuk pintu hati masyarakat agar mencari, mengenali semula dan mengekalkan identiti Melayu dari hal agama, adat dan budaya bangsa. Semoga ia dapat menyumbang dalam mencapai kesedaran akan peri pentingnya Institusi Kesultanan Melayu Kelantan dan adat warisannya agar terus dipelihara, dijaga, dilestarikan dan dipertahankan sebagai maruah bangsa yang berdaulat. Buku ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam korpus historiografi Melayu. Leonard Andaya, pakar sejarah tersohor mengenai Asia Tenggara dari Universiti Hawaii pernah menyatakan bahawa “lazimnya kita dapati sejarah negeri-negeri Melayu distrukturkan oleh naratif dominan satu atau dua buah kerajaan yang besar sahaja. Lantaran itu, adalah sukar untuk memperoleh satu gambaran tentang kelainan atau ‘lokalisasi’ kebudayaan Melayu dan amalan di beberapa buah negeri lain yang, walaupun kecil tetapi tidak kurang pentingnya?” (Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008, 2009: 33). Buku ini mempunyai variasi atau kelainan kepada naratif dominan tersebut. Dengan demikian, diharapkan ia dapat mengisi lompang sejarah serta membuat sumbangan tersendiri dari segi melengkap dan memperkasakan khazanah sejarah Malaysia.

Sejarah amat penting sebagai landasan bagi pembinaan dan kesinambungan tamadun bangsa dan tanah air. Bangsa yang lupa sejarah tidak dapat belajar daripada pengalaman dan akan mengulangi kesilapan sejarahnya. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan amat prihatin akan kepentingan sejarah untuk hari ini dan masa depan negara.

Raja pemerintah Kelantan yang pertama bagi wangsa pemerintah Kelantan yang ada sekarang bernama Long Yunus. Nama lengkapnya, menurut yang ditarjih oleh beberapa orang penulis sejarah Kelantan, ialah Long Yunus bin Long Sulaiman bin Long Baha. Datuknya, Long Baha, atau kadang-kadang dikenali juga dengan nama “Raja Bendang Badang” atau “Raja Tuan Besar”, menurut sumber ini, ialah raja pemerintah negeri Patani sekitar tahun 1711 hingga 1715 sebelum dijemput ke Kelantan oleh mertuanya Raja Sakti II bagi menjadi pemangku raja Kelantan Timur pada penghujung tahun 1715 dan kemudiannya, selepas baginda mangkat, dilantik menjadi raja Kelantan Timur dan ditabalkan pada tahun 1719.

Menarik untuk diperhatikan bahawa pengantian penguasa negeri Kelantan daripada Raja Sakti II kepada Raja Bendang Badang ini, telah memulakan sebuah peralihan kuasa raja-raja pemerintah Kelantan dari wangsa lama, iaitu Wangsa Raja-raja Jembal kepada sebuah wangsa baharu, iaitu Wangsa Long Yunus. Bermula dari Raja Bendang Badang inilah, sebuah wangsa rajaraja pemerintah yang baharu muncul di Kelantan, menggantikan wangsa sebelumnya yang berakhir dengan Raja Sakti II.

Meskipun secara rasmi dilantik menjadi Raja Kelantan Timur, namun Raja Bendang Badang pada zaman awalnya, sebelum ditabalkan, banyak memerintah dari Patani. Hal ini terjadi kerana, selain isterinya Raja Pah dari Kelantan (anak Raja Sakti II), Raja Bendang Badang juga mempunyai seorang, isteri lagi di Patani (namanya tidak dikenali). Dari Raja Pah Kelantan, baginda memperoleh, antara lain, seorang putera bernama Raja Yunus yang kemudian menjadi Raja atau Sultan Patani (1729 -1749), manakala dari isteri Patani beliau beroleh, antara lain, seorang anak bernama Long Sulaiman atau kadang-kadang dipanggil juga Long Nik atau Wan Anom.

Weight N/A
Dimensions N/A
Edition

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.