Sejarah Melaka

BUYONG ADIL (1907–1976) adalah sejarawan dan guru yang bertugas di Maktab Perguruan Sultan Idris sekitar tahun 1930-an. Beliau menghasilkan Sejarah Alam Melayu Penggal IV dan Penggal V, dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka.

DBP (Edisi Semakan, 2020)
106 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

Siri Sejarah Nusantara

RM15.00

In stock

Product ID: 22667 Subject: Sub-subjects: , , ,

Sejarah Melaka merupakan tulisan Buyong Adil dalam Siri Sejarah Nusantara, dengan memfokuskan sejarah melaka semenjak sebelum pemerintahan Parameswara sehinggalah ke zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Kerajaan Melayu Melaka dahulu ialah sebuah kerajaan yang pucuk pemerintahannya dipegang oleh raja-raja dan orang besar-besar Melayu semata-mata. Raja-raja Melayu di Melaka itu berasal dari Singapura (Temasik), iaitu setelah kerajaan Melayu Singapura itu dikalahkan oleh orang-orang Siam (Thai). Kerajaan Melayu di Melaka itu telah terdiri selama lebih sedikit seabad, iaitu dari akhir Kurun Masihi yang ke-14 hingga awal Masihi yang ke-16 tepatnya dari tahun 1394 hingga tahun 1511.

Dari sebuah kampung yang tiada dikenali, berkat usaha raja-raja dan orang besar-besar Melayu yang memerintah di situ, dalam masa tiada berapa lama, Melaka telah bertukar dengan pesatnya menjadi sebuah bandar perniagaan dan perdagangan yang dikenali dan didatangi oleh beberapa ramai saudagar-saudagar dan peniaga-peniaga dari berbagai-bagai tempat di benua Asia, iaitu dari pulau-pulau di Nusantara, dari India, Farsi, Arab, Cina, Burma (Pegu), Campa, Kemboja dan lain-lain, bahkan pada masa orang Eropah, iaitu orang Portugis, mula datang hendak berniaga sambil mengembangkan agama mereka (Roman Katholik) dan juga hendak menjajah negeri-negeri Melayu, Melaka jugalah yang mula-mula didatangi mereka (tahun 1509).

Melaka selama dalam pemerintahan raja-raja Melayu itu bukan sahaja telah menjadi bandar perniagaan yang ramai, tetapi juga telah menjadi pusat tempat penyebaran ajaran agama Islam ke seluruh Nusantara di samping mempunyai beberapa buah negeri yang takluk kepadanya. Pendeknya, sejak jatuhnya kuasa kerajaan Seri Wijaya dan Majapahit pada akhir Kurun Masihi yang ke-14, Melakalah pula bangun menegakkan kekuasaan bangsa Melayu di Nusantara.

Sungguhpun kisah sejarah kerajaan Melayu Melaka itu telah ditulis dengan panjang lebar oleh Tun Seri Lanang dalam hikayat Sejarah Melayu, tetapi oleh sebab didapati nama dan hal ehwal dua tiga orang raja yang mula memerintah di Melaka itu tidak begitu jelas huraiannya, tambahan pula kerana kisah raja-raja itu yang jelas dan teratur telah didapati ada tersebut dalam riwayat-riwayat China dan Portugis, maka sepatutnyalah kisah kerajaan Melayu Melaka itu disusun semula serta dilengkapi dengan tarikh-tarikhnya sekali supaya jelas dan mudah memahamkan perjalanan sejarah negeri itu pada keseluruhannya, iaitu dari mula dibangunkan, masa kebesaran dan kemegahannya, hinggalah kepada masa kejatuhannya oleh orang Portugis.

Seluruh kisah sejarah kerajaan Melayu Melaka yang dibentangkan dalam buku ini ialah kisah negeri itu sejak mula dibuka oleh rajanya yang bernama Permaisura (sebelum beragama Islam), kemudian raja itu memeluk agama Islam lalu memakai gelaran Permaisura Iskandar Syah (1394-1414). Lepas itu bergilir-gilirlah anak cucu dan zuriat keturunan baginda memerintah di Melaka, iaitu Sultan Megat Iskandar Syah (1414-1424), Seri Maharaja atau Sultan Muhammad Syah (1424-1444), Sultan Abu Syahid (1444-1446), Sultan Muzaffar Syah (1446 1456), Sultan Mansur Syah (1456 1477), Sultan Alauddin Riayat Syah (1477-1488), dan akhirnya Sultan Mahmud Syah (1488-1511). Hal ehwal dan pergolakan di Melaka pada zaman pemerintah masing-masing raja itu adalah diceritakan dengan jelas dalam buku ini.

Selain daripada itu, dalam kisah yang diceritakan itu dapat pula diketahui keadaan perhubungan di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri-negeri Melayu lainnya yang sezaman seperti Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Kedah, Johor (Batu Pahat dan Muar) dan lain-lain negeri juga.

Kerajaan Melayu Melaka yang telah didirikan oleh orang: orang Melayu dan telah pernah mencapai zaman kebesaran dad kemegahannya itu, tidaklah akan dapat dibangga-banggakan oleh orang Melayu sekiranya tidak mengetahui kisah sejarahnya yang telah berlaku. Oleh itu semoga apa yang dihidangkan dalam buku ini dapat kiranya memenuhi kehendak untuk memperingati zaman yang bersejarah itu.

Bab yang penghabisan dalam buku ini menceritakan kisah Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang akhir itu menentang orang-orang Portugis yang telah menaklukkan negeri Melaka dari tangan baginda, dan penentangan baginda terhadap orang Portugis itu dilakukan baginda sehingga akhir hayat baginda (1511-1528).

Kata Pengantar
Pendahuluan

1. Raja Melayu yang Mula-mula Membuka Negeri Melaka

2. Melaka dalam Pemerintahan Permaisura Iskandar Syah (Raja Melaka yang pertama: 1394-1414)

3. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah (Raja Melaka yang kedua: 1414-1424)

4. Melaka dalam Pemerintahan Seri Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah (Raja Melaka yang ketiga: 1424-1444)

5. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Abu Syahid (Raja Melaka yang keempat: 1444-1446)

6. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (Raja Melaka yang kelima: 1446-1456)

7. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Mansur Syah (Raja Melaka yang keenam: 1456-1477)

8. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah (Raja Melaka yang ketujuh: 1477-1488)

9. Melaka dalam Pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Raja Melaka yang kelapan dan akhir: 1488-1511)

10. Sultan Mahmud Memerangi Portugis di Melaka (1511-1528)

Bibliografi
Indeks

Weight0.148 kg
Dimensions21.6 × 13.9 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.