Sejarah Pemikiran Pandang ke Timur: Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1906-1980)

UQBAH IQBAL adalah mantan pelajar Doktor Falsafah (Sejarah) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2017)
390 halaman, termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

Sejarah Pemikiran Pandang ke Timur: Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1906-1980) merupakan satu penyelidikan mendalam ke atas sejarah pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia dari 1906-1980. Kepentingan ekonomi Jepun kepada Malaysia telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar ProBarat dan Dasar Berkecuali semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur pada 1982. Tujuan utama penulisan ini dijalankan adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia sebelum 1982 serta melihat sejarah konflik antara pemikiran Pro-Barat dan pemikiran Pandang Ke Timur yang disebabkan oleh kemasukan pelaburan Jepun ke Malaysia.

Semasa pemerintahan British di Tanah Melayu, kepentingan negara ini adalah dalam bentuk sumber semulajadi seperti getah dan bijih timah, kedudukannya yang strategik di rantau ini dan juga bekalan buruh yang murah untuk kepentingan industri utama. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia memilih untuk mempelbagaikan ekonominya, dan sejak itu mencapai kedudukan global dalam sector petrokimia, teknologi dan perkilangan. Sejak 1967, Jepun telah menggantikan Singapura sebagai pembeli utama produk Malaysia.

Kepentingan Jepun terhadap pembangunan ekonomi Malaysia diterjemahkan melalui Dasar Pandang Ke Timur pada 1982, hasil pemikiran Pandang ke Timur yang telah lama wujud sebelumnya. Pada 2012, Jepun kekal sebagai antara rakan dagang Malaysia terbesar di Asia Timur iaitu yang kedua selepas China dan ketiga di dunia dengan jumlah perdagangan bernilai RM145.32 bilion.

Antara 1980-2012, Jepun adalah pelabur asing terbesar di Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah RM68.2 bilion yang mewujudkan lebih 300,000 peluang pekerjaan. Memandangkan status Malaysia sebagai bekas koloni British, bagaimanapun Jepun Berjaya menjadi antara rakan ekonomi terpenting dan pelabur asing terbesar di Malaysia pada masa kini. Penulisan ini bertujuan menambahkan koleksi pembacaan mengenai hubungan Malaysia-Jepun.

Sejarah Pemikiran Pandang ke Timur: Kepentingan Jepun dalam Pembangunan Sosioekonomi Malaysia (1906-1980) sesuai dibaca oleh mereka yang berminat mendalami hubungan Malaysia-Jepun, Asia Timur dan mereka yang terlibat dalam usaha hubungan ekonomi dengan Jepun, pelajar universiti pelbagai aliran dan kepada golongan pembaca umum dalam masyarakat.

Penemuan buku ini memperlihatkan bahawa cetusan idea pemikiran mengenai Pandang Ke Timur pertama kali diutarakan pada Julai 1906 oleh golongan Kaum Muda melalui penerbitan majalah al-Imam. Idea ini kemudian dikembangkan oleh akhbar dan majalah lain di Tanah Melayu sehingga menjelang Perang Dunia Kedua.

Semasa pendudukan Jepun, walaupun bidang persuratkabaran Tanah Melayu telah dijadikan alat propaganda oleh pentadbiran tentera Jepun, pemikiran Pandang Ke Timur masih diteruskan menerusi pelbagai akhbar dan majalah terutamanya Berita Malai, Malai Sinpo, Semangat Asia, Suara Timur dan Fajar Asia.

Menyedari kepentingan pelaburan Jepun terhadap ekonomi Malaysia, pemikiran Pandang Ke Timur masih dikekalkan semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh tiga tokoh Perdana Menteri ini menyaksikan Jepun muncul sebagai rakan dagang utama Malaysia apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara.

Weight0.584 kg
Dimensions22.7 × 15 × 2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.