Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang

MUHAMMAD HAJI SALLEH merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara.

SIRD (Cetakan pertama, 2017)
223 halaman

RM38.00

Only 1 left in stock

Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang dapat dianggap sebagai sebuah biografi yang paling lengkap yang manggalur alir kehidupan Usman dari Tanjung Lembu/Kuala Sedili hinggalah ke Mersing, Muar dan Segamat. Melaka dan Singapura pula mematangkannya dan membentangkan bakat multi-bidangnya. Benang kreativitinya diusut pada pengalaman dan puisi-puisinya.

Puluhan gambar lama dan baru mengakar kita pada kenyataan hidup penyair ini. Sesungguhnya, dengan mata yang sangat tajam dan kehadirannya yang selalu ‘terlibat’, Usman telah membawa pembacanya melalui tiga zaman sebelum perang, selepas perang dan selepas Merdeka. Pada tahun-tahun 1960-an hingga 1990-an, Usman menjadi pemimpin dan contoh, teman dan penggerak drama, puisi dan majalah sastera di Malaysia. Dunia penuh Usman yang dilukiskan dalam biografi ini disajikan kepada peminat, pengkaji, pelajar dan semua yang ingin melihat tempat sasterawan ini dan sastera dalam Malaysia.

Muhammad Haji Salleh, seorang teman, kritikawan puisi dan juga seorang penyair, mengenali Usman sejak tahun 1968. Beliau sering berkongsi pentas dan ruang sastera dengan Usman. Untuk menyiapkan biografi ini, Muhammad telah mewawancara Usman tidak kurang daripada 20 kali untuk mengutip buah ingatannya. Muhammad juga menggeledah sumber daripada anak Usman, sepupunya, ibu saudaranya, teman-temannya, pustakawan dan tentu sahaja buku, makalah, majalah, juga ratusan foto lama, yang turut menjadi sumber primer Muhammad dalam menghasilkan biografi yang cukup bermakna ini.

Sastera sebagai jurucakap rakyat adalah ideologi dan amalan Usman. Maka Usman terus memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan, keadilan sosial dan ekonomi untuk rakyat yang miskin. Apabila terjadi peristiwa Teluk Gong, di mana petani miskin yang sedang membuka hutan dihalang meneruskannya maka Usman dengan alamiah sekali menggerakkan mesin protesnya dengan sekali lagi mengumpul puisi untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Hamid Tuah dan teman-temannya.

Kata A. Bakar Hamid (1967: vii), yang menulis ‘Sepatah Katanya’, sajak-sajak yang dikumpulkan ialah hasil ‘penyair tanah air yang turut merasa terharu dengan peristiwa Teluk Gong yang menyedihkan itu. Penyair-penyair ini terharu terhadap kelaparan tanah yang dihadapi oleh petani-petani ini.’ Usman menyumbang empat buah sajak Salah sebuahnya, ‘Penerokaan Abad Dua Puluh’ mempersoalkan hak rakyat dan undang-undang.

Untuk terus mengingatkan kembali kepada penerbitan dan rintihan pejuang bahasa Melayu setahun sebelum itu maka disusun pula, pada tahun 1968, sebuah lagi kumpulan esei dan puisi. Karya ini berjudul Menyambut Hari Ulang tahun 152.

Weight0.497 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.