Out of stock

Shaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali ke Laut

MOHD. YUSOF HASAN adalah Profesor Madya di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik, Universiti Utara Malaysia.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2020)
623 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Shaari Isa – Ikon Pendidikan Malaysia: Aku Sudah Kembali ke Laut memperlihatkan kedua-dua hemisfera pemikiran Shaari Isa yang cemerlang dalam bidang sains melalui hemisfera otak kiri (hoki) dan bidang sastera melalui hemisfera otak kanan (hoka). Tajuk kecil buku ini Aku Sudah Kembali ke Laut bermaksud suara hati simbolik arca ikan duyung yang sudah bebas dan merdeka seperti yang digambarkan pada awal novel Lepaskan Kembali Aku ke Laut

Buku ini mengandungi dua bahagian bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada sejarah hidup Shaari Isa secara ringkas dan pendidikan dalam bidang sains, ekonomi, sosiobudaya, perakauan dan keusahawanan, bahasa Inggeris, politik dan ekonomi, kemajuan bangsa dan negara, kerohanian dan kemantapan Islam global.

Bahagian kedua pula memberi tumpuan kepada pendidikan yang disampaikan melalui karya kreatif kesusasteraan, iaitu novel tentang pendidikan pengurusan, sejarah dan nasionalisme, dunia korporat, akhlak, moral dan etika, masalah remaja dan dadah, pendidikan tentang peperangan dan percintaan, hubungan kemanusiaan dan kisah drama pentas. Begitulah bidang pendidikan sains dan sastera yang diusahakan oleh Shaari Isa yang sangat relevan dengan sistem pendidikan di negara kita.

Salah satu keistimewaan Shaari Isa ialah kemampuan menghasilkan novel sejarah yang terpanjang di Malaysia bertajuk Lepaskan Kembali Aku ke Laut iaitu sebanyak tiga jilid dan setebal 1334 muka surat (Edisi DBP, 1990). Pada halaman empat terdapat gambaran bahawa di pejabat Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Charles MacGillivray ada sebuah patung kecil yang dibuat daripada gading licin dan berkilat berbentuk ikan duyung. Ukurannya amatlah cantik. Rambut duyung itu lembut mengurai dan wajahnya memandang betul-betul kepada sesiapa sahaja yang duduk di kerusi itu. Matanya merayu, kedua-dua belah tangannya menghulur ke hadapan, mulutnya separuh terbuka seolah-olah berkata: “Tolonglah lepaskan aku kembali ke laut” secara simboliknya, kita dapat memahami bahawa duyung itu merayu untuk dibebaskan ke laut semula iaitu diberi kebebasan dan kemerdekaan.

Duyung itu ibarat rakyat Tanah Melayu yang dibelenggu oleh penjajahan yang silih berganti sehingga kedatangan British semula selepas mengalahkan kuasa Jepun.

Tajuk kecil buku mengenai Shaari Isa dengan gagasan perjuangan besar menuntut kemerdekaan sehingga tahun 1957 ini, penulis gunakan sebagai satu kejayaan negara dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sejarah, ekonomi, politik, sosiobudaya, sains dan teknologi, seni dan kreativiti, kemasyarakatan dan kemanusiaan serta lain-lain lagi sebagai lambang kata-kata keramat, syahdu dan kudus berbunyi “Aku Sudah Kembali ke Laut”.

Sebagai guru terlatih di Kirbly College, Shaari Isa menghasilkan buku kaedah pengajaran bahasa Inggeris bertajuk English: A Quasi Natural Approach. Terdapat buku mengenai pendidikan kemajuan bangsa dan negara bertajuk Budaya x Budaya y. Sebuah buku yang sangat komprehensif tentang pendidikan hubungan kemanusiaan dan pembalasan dendam dalam politik di Sabah bertajuk Vendetta and Abuse of Power—pembalasan dendam dan penyalahgunaan kuasa setebal 807 halaman dan dikatakan diterjemahkan ke bahasa Melayu dan Mandarin. Turut dihasilkan juga karya tentang pendidikan kerohanian dan kemantapan Islam global berjudul Islam dan Realiti secara mantap dan tuntas.

Sebahagian besar ditulis unsur-unsur ikonik pendidikan oleh Shaari Isa untuk disampaikan kepada masyarakat ialah melalui tiga genre hasil karya sasteranya iaitu novel, cerpen dan drama pentas.

Weight0.959 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 3.4 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.