Out of stock

Sihir: Suatu Amalan Kebatinan

AMRAN KASIMIN adalah mantan Profesor Madya di jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. UKM (1973-2000) dan Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) (2001-2003). Beliau banyak membuat kajian tentang ilmu kebatinan Melayu yang melibatkan perubatan dan ilmu mempertahankan diri. Kini, beliau adalah ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (2009)
346 halaman

RM60.00

Out of stock

Product ID: 8677 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Perbincangan dalam Sihir: Suatu Amalan Kebatinan tertumpu kepada sihir yang menjadi amalan kebatinan dalam masyarakat Melayu. Islam melarang dan menganggap sihir sebagai salah satu dosa besar yang membinasakan. Sihir boleh menghasilkan natijah luar biasa, menarik, mengelirukan dan kadangkala berupaya mengatasi masalah manusia setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, amalan sihir ini terus diamalkan secara tersembunyi atau terang-terangan seolah-olah amalan ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, apatah lagi usaha untuk menghalangnya seumpama tidak wujud dan jelas.

Sihir tidak mudah dihuraikan untuk difahami dan diyakini, namun amalan ini tetap dapat dijelaskan berdasarkan kepada unsur sihir itu sendiri, iaitu sesuatu amalan yang tersembunyi, natijahnya mencari adat, tidak dapat difikir logiknya, bukan hakikat dan yang paling utama, sihir tidak boleh berlaku tanpa penglibatan makhluk halus yang terdiri daripada jin yang dibela, dibuat sahabat atau saudara.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu adalah adunan daripada pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan unsur Islam. Lalu, lahirlah istilah jampi, mantera, serapah dan doa. Pengaruh animisme yang begitu mendalam dalam pemahaman masyarakat Melayu menyebabkan amalan sihir yang melibatkan jin tadi bercampur-aduk dengan amalan pengaruh Islam menyebabkan timbulnya pelbagai kecelaruan masyarakat sehingga kini.

Unsur-unsur Islam yang terdapat dalam amalan ini, yang diselitselitkan dalam ungkapan jampi mantera dan serapah yang dituturkan, juga upacara-upacara yang dilakukan, amalan-amalan yang mesti dipatuhi ketika menuntut, juga pengijazahan, termasuk pantang-larang dan fatwa-fatwa atau syarat yang kelihatan seumpama sebahagian daripada ajaran Islam menyebabkan amalan sihir sering dianggap sebagai salah satu amalan bertakarub (menghampirkan diri pada Allah), apatah lagi dengan adanya penglibatan individu tertentu yang dilakukan dengan ikhlas, ataupun untuk memperoleh ilmu kebatinan yang melibatkan rawatan, atau ilmu kebatinan mempertahankan diri, pada hal mereka pada hakikatnya terjebak dengan amalan sihir, yang akhirnya tidak berupaya melepaskan diri daripada ilmu yang melibatkan jin-jin, untuk hidup seperti manusia biasa.

Amalan sihir dalam masyarakat Melayu terus berlaku tanpa adanya usaha-usaha untuk mengatasi atau membenterasnya secara efektif kerana kurang pemahaman mengenainya oleh mereka yang terlibat; golongan agama juga oleh mereka yang berautoriti, dan akibat penahan sesetengah masyarakat tentang kewujudannya, juga amalan sihir yang tidak mudah untuk dibuktikan atau dihuraikan untuk mengatakan bahawa amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Weight0.501 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.