Out of stock

Strategi Dunia Islam Abad Ke-21

ZIAUDDIN SARDAR merupakan sarjana British-Pakistan, pengkritik budaya dan intelektual awal yang mempunyai kepakaran dalam bidang pemikiran Islam, kajian masa depan dan hubungan kebudayaan.

Terjemahan daripada judul asal Information and the Muslim World: A Strategy for the Twenty-first Century

DBP (Cetakan Kedua, 1995)
214 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM15.00

Out of stock

Ziauddin Sardar menerusi bukunya Strategi Dunia Islam Abad Ke-21 menegaskan bahawa sudah sampai masanya umat Islam bangkit menahan serangan-serangan musuh-musuh Islam dan membalas serangan mereka dengan menguasai teknologi maklumat ini. Umat Islam haruslah membangunkan strategi yang kemas dan ampuh yang dapat digunakan oleh umat Islam sendiri, istimewa pada abad yang akan menjelang tidak lama lagi. Teknologi maklumat telah memberikan kemudahan dan kenikmatan kepada manusia. Teknologi maklumat juga telah mendatangkan kemudaratan dan malapetaka kepada manusia. Bahkan, ada kalanya teknologi ini menjadi semacam penjajah baru yang sukar dilawan atau ditentang. Setakat ini teknologi maklumat telah mencemarkan wawasan dan imej Islam mengikut kehendak musuh-musuh Islam. Hal ini berlaku disebabkan umat Islam tidak berupaya memiliki teknologi tersebut. Oleh itu, martabat Islam dan umat Islam sentiasa direndah-rendahkan. Rasanya cukuplah sudah setakat ini sahaja umat Islam menanggung penghinaan ini.

Daftar Rajah
Prakata

1. Menentang Suatu Klise
2. Satuan dan Kepingan: Memahamkan Informasi
3. Kelmarin dan Hari Esok: Bergerak Maju Menuju Warisan Islam
4. Komputer dan Satelit: Satu Pendekatan Seimbang untuk Memahami Abad Informasi
5. Tradisional dan Moden: Fungsi Pembangunan Informasi
6. Visi dan Imej: Informasi dan Subversi Kebudayaan
7. Warga Kota dan Desa: Informasi dan Kualiti Kehidupan
8. Ilmuwan dan Sarjana: Alih Informasi atau Komunikasi Pengetahuan
9. Bangsa dan Negara: Mengembangkan Sistem-sistem Informasi Nasional
10. Kekuasaan dan Pengendalian Kerjasama untuk Informasi
11. Pengampang dan Pembekal Gagasan; Tanggungjawab Ilmuwan Informasi Islam
12. Blok-blok Bangunan Suatu Kebijaksanaan Informasi Islam

Bibliografi
Indeks

Weight0.235 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.