Struktur Revolusi Sains

THOMAS S. KUHN (1922-1996) adalah ahli falsafah sains Amerika. Beliau telah berkhidmat sebagai Profesor di beberapa buah universiti, antaranya Princeton University dan Massachusetts Institute of Technology.

Terjemahan dari judul asal The Structure of Scientific Revolutions oleh SHAHARIR MOHAMAD ZAIN

DBP (Cetakan Kedua, 2000)
202 halaman

RM20.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789836256430 Product ID: 900 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Buku Struktur Revolusi Sains ialah terjemahan yang sah daripada buku The Structure of Scientific Revolutions (Second Editions) oleh Thomas S. Kuhn terbitan The University of Chicago Press pada tahun 1962. Buku Struktur Revolusi Sains mengisahkan satu pandangan secara kritis dan menganalisis bentuk serta corak perkembangan pengetahuan sains sehingga mewujudkan dunia sains seperti yang dilihat pada masa kini.

Antara aspek yang dibincangkan termasuk latar belakang persejarahannya, laluan dan hakikat pengetahuan sains, keutamaan paradigma, anomali dan kemunculan penemuan sains, krisis dan kemunculan teori sains, gerak balas terhadap krisis, keperluan dan kesan revolusi, revolusi yang tidak disedari, hasil dan kemajuan yang dicapai daripada revolusi.

Kuhn mengatakan bahawa peralihan yang terjadi dari satu paradigma ke paradigma yang lain bukanlah sesuatu yang boleh dipaksakan begitu saja, namun pengaruh dan saling mempengaruhi satu sarjana terhadap sarjana lainnya kemudian menjadikan suatu paradigma baru dapat diterima dengan cepat dan meluas. Dengan cara seperti itu, menurut Kuhn, maka sulit untuk mengatakan sains sebagai sebuah aktiviti yang murni rasional, dan ini kemudian yang menjadi pertentangan dengan pandangan positivisme yang percaya bahawa sains objektif dan rasional.

Perkembangan sains menuju kebenaran juga tidak bergerak linear dari yang salah menuju yang benar, sebuah hujah yang juga kontroversi dari Kuhn. Masalahnya kemudian bukanlah satu teori diubah menjadi benar kerana yang sebelumnya salah atau sebaliknya, tapi gagasan mengenai kebenaran yang objektif pada dasarnya perlu dipertanyakan, apakah benar-benar ada suatu kebenaran atau fakta-fakta mengenai dunia, yang benar-benar berdiri sendiri dan bebas pengaruh paradigma apa pun?

Fakta-fakta mengenai dunia itu sendiri, menurut Kuhn, sangat dipengaruhi oleh paradigma yang berlaku (paradigm relative) dan akan berubah ketika paradigmanya berubah juga.

Namun begitu model dari Kuhn ini ternyata cocok dengan sejarah perubahan-perubahan dalam perkembangan sains sendiri. Pandangan-pandangan mengenai sains selama ini dianggap sebagai tidak tepat secara persejarahannya dan naif secara kefilsafatan. Singkatnya, revolusi sains adalah peralihan atau perpindahan dari paradigma lama ke paradigma yang baru. Gagasan ini tidak hanya berdampak pada ilmu-ilmu alam saja, tapi juga terhadap ilmu-ilmu sosial dan secara umum pada budaya intelektual.

Maka dapat kita lihat bahawa ada dua penekanan yang menjadi gagasan sentral dari struktur revolusi sains Thomas Kuhn iaitu, pola perubahan sains dan paradigma. Yang pertama menjelaskan gerak sejarah dan yang kedua menjelaskan bagaimana gerak tersebut dapat terjadi. Dan sasaran dari revolusi sains ini yang pertama adalah menjelaskan konsepsi kemajuan sains dengan cara yang paling sederhana, kemudian menjelaskan untuk apa sebenarnya paradigma sains terjadi, lalu mengungkapkan kebenaran dari yang sebenarnya terjadi dalam perubahan-perubahan sains, yang terakhir adalah mendekatkan perbezaan antara context of discovery dengan context of justification.

Mukadimah

1. Pengenalan: Peranan Untuk Sejarah
2. Jalan Menuju Sains Normal
3. Tabii Sains Normal
4. Sains Normal Sebagai Penyelesaian Ranggauan
5. Keutamaan Paradigma
6. Anomali Dan Kemunculan Penemuan Saintifik
7. Krisis Dan Kemunculan Teori-Teori Sains
8. Sambutan Terhadap Krisis
9. Alam Tabii Dan Keperluan Revolusi Sains
10. Revolusi Sebagai Perubahan Pandangan Lam
11. Kehalimunan Revolusi
12. Peleraian Revolusi
13. Kemajuan Melalui Beberapa Revolusi

Poskrip — 1969

Weight0.28 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.4 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Fungsi Matematik Teritlak

    Fungsi Matematik Teritlak

    RM20.00
  • Kritikan Teori Kejadian Alam Semesta

    Kritikan Teori Kejadian Alam Semesta

    RM46.00
  • Matematik Suatu Sistem Budaya

    Matematik Suatu Sistem Budaya

    RM30.00
  • Beberapa Masalah Permulaan Dalam Sains Hayat dan Perubatan
    Out of stock

    Beberapa Masalah Permulaan dalam Sains Hayat dan Perubatan

    RM18.00