Out of stock

Sumber Historiografi Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin

TATIANA A. DENISOVA adalah Mualim Tamu di Perpustakaan Negara Malaysia dan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia (Edisi Terkini, 2020)
591 halaman termasuk Glosari, Bibliografi, dan Indeks

RM75.00

Out of stock

Sumber Historiografi Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin merupakan sebuah kajian terhadap koleksi peribadi yang dimiliki oleh John Bastin tentang Alam Melayu. Koleksi John Bastin yang diperolehi pada tahun 1995 adalah kumpulan buku tentang alam Melayu yang amat menarik dan bernilai tinggi yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Koleksi ini mengandungi 3,071 judul yang menjadi sumber sejarah dan historiografi yang komprehensif dan amat penting sebagai satu kesatuan dalam membantu kita memahami sejarah dan tamadun Alam Melayu dan juga historiografi kajian Alam Melayu di seluruh dunia.

Koleksi John Bastin mengandungi tiga subjek utama iaitu Sejarah Purba dan Arkeologi, Sejarah Melaka dan Orang Melayu dan Tamadun Melayu. Ketiga-tiga subjek ini menjadi perhatian dalam penelitian alam Melayu di seluruh dunia, terutama di Barat (dalam Malay Studies). Semua bahan ini dianalisis berdasarkan format bahan (sama ada monograf, kertas kerja, tesis, makalah, buku), asal usul bahan, tempat dan tarikh penerbitan, bahasa, pengarang dan tema yang dibahaskan. Antara karya pengarang yang tersimpan ialah oleh William Milne, François Valentijn, Paul Wheatly, R. O. Winstedt, C. O. Blagden, Mubin Sheppard, Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba), Amin Sweeney, William R. Roff dan Syed Hussein Alatas. Bahan terawal koleksi ini bertarikh 1726 dan dikumpul sehingga bertarikh 1993, iaitu merangkumi tempoh 267 tahun kajian Alam Melayu.

Koleksi John Bastin adalah suatu kumpulan buku-buku tentang sejarah dan kebudayaan orang Melayu. Koleksi John Bastin yang telah diperolehi pada tahun 1995, adalah koleksi peribadi terbesar yang diterima oleh Perpustakaan Negara Malaysia. John Bastin adalah seorang profesor dalam bidang pengajian sejarah Malaya dan Indonesia. Beliau merupakan pengasas dalam bidang pengajian sejarah di Universiti Malaya dan merupakan Dekan Fakulti Sastera yang pertama di universiti tersebut. Koleksi beliau mengandungi lebih daripada 3,000 judul buku mengenai sejarah, arkeologi, ckonomi, kebudayaan, kajian alam dan lain-lain.

Sumber Historiografi Alam Melayu: Koleksi Peribadi John Bastin sebagai satu kesatuan sumber historiografi, adalah sangat penting dalam kajian tradisi ilmu dan historiografi di Alam Melayu bagi menjelaskan dan menafikan prasangka serta mengurangkan salah faham mengenai pelbagai unsur tamadun Melayu dan khazanah persuratan Melayu, memajukan dialog antarabangsa dan mencari bahasa umum antara umat Islam dan alam Barat di dunia yang baru ini.

Analisis Koleksi John Bastin sebagai sumber historiografi tidak mengandungi sistem pembuktian yang lengkap mengenai semua teori dan pandangan yang dirumuskan dalam karya-karya yang disenaraikan di sini. Tujuan kajian ini adalah untuk mengemukakan pelbagai maklumat yang terdapat di dalamnya, menyampaikan pendapat dan data-data utama kepada para pembaca supaya memperkenalkan para pembaca dengan sejarah penelitian Alam Melayu, dengan aliran dan bidang kajian Alam Melayu dan juga mempromosikan tamadun dan sejarah Alam Melayu yang begitu kaya dan istimewa.

Weight0.875 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 3.1 cm
Author(s)
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.