Tema Baru Penulisan Sejarah bertujuan memberi dorongan dan pendedahan bahawa penulisan sejarah bukanlah bersifat kaku dan tertumpu kepada aspek tertentu sahaja. Penulisan tradisional dahulu, menekankan hanya bukti tertulis sahaja dikatakan sejarah dan tumpuan lebih kepada kajian terhadap politik.
Kebanyakan penulisan tradisional seperti menurut pandangan Leopord Van Ranke menekankan bahawa penulisan yang berbentuk bukti bertulis sahaja boleh dikatakan sejarah. Hal seumpama ini menyebabkan penulisan sejarah pada era Ranke ini terhad kepada kajian terhadap politik semata-mata lantaran sumber bertulis biasanya tertumpu kepada bidang tersebut. Oleh itu kajian mengenai sosial termasuklah juga ekonomi pada asalnya amat terhad dalam penulisan sejarah. Namun demikian, tanggapan dan idea Ranke ini mula dikemaskan dengan idea total history.
Salah seorang sarjana Amerika Syarikat iaitu James Harvey Robinson yang menerbitkan buku bertajuk The New History mula memperkembangkan idea berkaitan sejarah manusia dengan pandangan yang jauh lebih menyeluruh. Berikutnya, idea sejarah baru ini menjadi lebih berpengaruh apabila Lucien Febvre dan Marc Bloch menerbitkan pula jurnal bertajuk Annales d’histoire économique et sociale pada tahun l929. Idea darlpada kedua-dua sarjana Perancis ini telah mempengaruhi corak dan pola penulisan selarah hinggalah ke hari ini dan membuktikan bahawa kajian dan penulisan sejarah itu juga dinamik sifatnya dan sentiasa mempunyai ruang untuk menyelongkar isu dan tema baru.
Idea yang dibawa oleh Lucien Febvre dan Marc Bloch ini lebih dikenali sebagai golongan Annales School. Golongan ini mula memperkenalkan kaedah baru dalam penulisan sejarah dengan melihat ‘sejarah dari bawah’. Rentetan dari itu, muncullah pelbagai penulisan dan kajian sejarah yang bersifat lebih menyeluruh dalam kehidupan manusia seperti sejarah wanita, sejarah alam sekitar, sejarah perang, sejarah masyarakat dan sebagainya. Seiringan itu, kaedah dan sumber yang digunakan juga turut divariasikan misalnya dengan memanfaatkan sumber lisan, sumber visual dan pelbagai disiplin ilmu yang lain selain daripada sejarah yang asal itu sendiri.
Hasilnya, pengenalan sejarah baru ini telah memperkukuhkan lagi pengajaran dan pemahaman dalam bidang sejarah Sejarah tidak lagi dilihat hanya kepunyaan golongan atasan tetapi menjadi milik masyarakat seluruhnya.
Reviews
There are no reviews yet