Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan dan Tokoh Politik

TAN MIAU ING adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2018)
342 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM66.00

Only 1 left in stock

Tun Sir Henry Lee Hau Shik: Ahli Tokoh Perniagaan dan Tokoh Politik merupakan sebuah biografi sejarah H.S. Lee yang merangkumi kehidupan politik dan perniagaannya merentasi tiga generasi. Lee Hau Shik (李孝式) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee atau Henry Lee merupakan satu-satunya orang Cina di Malaysia yang mendapat gelaran ‘Kolonel’ daripada kerajaan China di bawah parti Kuomintang, anugerah ‘Sir’ oleh kerajaan British dan ‘Tun’ oleh kerajaan Malaysia. Anugerah ‘Sir’ dan ‘Tun’ masing-masing merupakan pengiktirafan yang tertinggi British dan Malaysia atas sumbangan yang diberikan.

Beberapa industri yang terkenal yang kita lihat hari ini di Malaysia adalah milikan keluarga Lee suatu masa dahulu. Ini termasuk ‘Kam Lun Tai’ (錦綸泰) jenama kuih bulan yang terkenal, surat khabar China Press (中国报), dan nama Cina bagi RHB bank iaitu Xing Ye Yinhang (兴业银行) masih kekal digunakan sehingga kini selepas D&C Bank yang ditubuhkan oleh Lee, diambil alih oleh Rashid Hussain pada tahun 1997. Lee juga aktif dalam politik Tanah Melayu dengan melibatkan diri dalam mengasaskan Malaysia Chinese Association (MCA) dan Parti Alliance, iaitu asas Barisan Nasional hari ini. Selain itu, Lee juga mewakili Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan dengan British dan merupakan menteri kewangan yang pertama bagi Tanah Melayu yang merdeka. Sebagai penghijrah baru yang tiba di Tanah Melayu pada umur 24 tahun, pelantikan Lee untuk mengawal nadi ekonomi sesebuah negara yang baru dilahirkan adalah pengiktirafan kepada kewibawaannya.

Namun, selain daripada Jalan Tun H.S. Lee di pusat bandar Kuala Lumpur, nama H.S. Lee hampir dipadamkan daripada memori rakyat Malaysia, bahkan di dalam penulisan akademik dan media massa popular hari ini atau naratif rasmi MCA di mana Lee adalah sebahagian daripada kisah sama ada secara positif atau negatif, jika dibandingkan dengan tokoh Cina yang sezaman dengan beliau seperti Tan Kah Kee dan Tan Cheng Lock. Mengapakah H.S. Lee yang memainkan peranan penting dalam sejarah Malaysia dipinggirkan?

Dengan itu buku ini cuba menjawab bersoalan tersebut dengan mengkaji riwayat H.S. Lee sebagai seorang ahl; perniagaan dan tokoh politik dalam bentuk biografi. Kisah Lee mencakup; pelbagai lapis kerana beliau bukan hanya seorang pemimpin kumpulan dialek beliau, tetapi juga adalah pemimpin masyarakat dan negara. Pada masa yang sama beliau juga adalah pelombong timah, pemilik bank, pemilik surat khabar dan menteri kerajaan. Tidak ramai orang Cina di Malaysia yang sezaman dengan Lee mempunyai corak kehidupan yang beraneka dan pengalaman seluas beliau. Oleh itu kajian biografi terhadap Lee membolehkan riwayat hidup Lee dan zaman yang beliau lalui dihayati dengan lebih menyeluruh.

Pada masa yang sama buku ini juga merupakan satu kajian sejarah perniagaan dalam kajian perniagaan keluarga (business history in family business studies) yang merentasi tiga generasi, iaitu kira-kira 100 tahun. Bermula dari Kam Lun Tai sebuah syarikat perdagangan sutera yang ditubuhkan pada 1890-an, ia berkembang menjadi sebuah syarikat transnasional yang terlibat dalam siri perniagaan yang berkaitan dengan pengeksportan buruh termasuk menyediakan penginapan, kiriman wang dan pertukaran asing selain melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah dan bahan galian yang lain di China dan Tanah Melayu. Kemuncaknya adalah penubuhan D&C bank yang pada suatu ketika adalah bank yang kelima besar di Malaysia.

Berbeza dengan kisah ‘rags to riches‘ yang biasa kita dengar tentang migran baru yang miskin berjaya mengumpul kekayaan di negara barunya lalu melabur semula di kampung halaman di China, iaitu yi jin huan xiang (衣锦还乡); keluarga Lee yang agak kaya di China pula mengembangkan perniagaan keluarganya ke Tanah Melayu lalu memperbadankannya di negara bermastautin. Maka kajian terhadap perniagaan keluarga Lee membantu dalam kajian migrasi jenis kelas kaya yang jarang diberi perhatian.

Akhirnya buku ini juga meninjau sifat kepimpinan H.S. Lee. Daripada migran kepada pemimpin nasionalis, jenis kepimpinan yang digambarkan oleh Lee adalah penting untuk meninjau sifat kepimpinan orang Cina seberang laut. Pada peringkat awal, sebagai penghijrah baru, Lee menaruhkan kesetiaannya pada negara asal, iaitu China; tetapi selepas melalui Perang Dunia Kedua, ketaatannya telah beralih ke Tanah Melayu, negara yang Lee bermastautin. Perubahan ini adalah berbeza dengan Tan Kah Kee yang juga adalah penghijrah baru tetapi memilih untuk pulang ke negara asal dan Tan Cheng Lock yang berlatar belakang peranakan dan tidak pernah mengaitkan dirinya dengan negara China. Maka kajian ini dapat membantu kita memahami sifat dan jenis kepimpinan yang berbeza dalam masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Senarai Rajah dan Peta
Senarai Jadual
Senarai Gambar
Prakata
Nota Penjelasan
Senarai Singkatan

Pengenalan
Kajian Sejarah Tentang H.S. Lee
Pembahagian Bab

1. Latar Belakang Keluarga dan Kehidupan H. S. Lee sehingga 1924

Budaya Keluarga
Penubuhan Kam Lun Tai
Pendidikan Awal yang Diterima
Pengalaman di Cambridge

2. Permulaan di Tanah Melayu, 1924-1941

Membina Kepentingan Perniagaannya, 1924-1928
Membangunkan Pengaruh Komuniti dan Politik di Selangor, 1929-1936
Pemimpin dalam Gerakan Anti Jepun, 1937-1941

3. Pelarian Perang di India, 1942-1945

Terlibat dalam Pertahanan Tanah Melayu
Rancangan Awal — Pergi ke China, 1942
Penubuhan Persatuan Cina di India, 1943
Komuniti Tanah Melayu di India, 1944-1945

4. Peralihan Orientasi Politik kepada Tanah Melayu, 1946-1948

Kebangkitan Semula Sebagai Pemimpin Cina
Pembinaan Semula Kepentingan Perniagaan
Penglibatan dalam Politik Tanah Melayu

5. Permulaan Politik Tanah Melayu, Jun 1948-1952

Penubuhan MCA
Penglibatan dalam Darurat
Pembentukan Parti Perikatan (The Alliance Party)

6. Ke Arah Kemerdekaan, 1953-1956

Perancang Pemulauan Kerajaan British
Dalang di Belakang Pilihan Raya 1955
Disingkir dari MCA Selangor
Mewakili Tanah Melayu dalam Rundingan Kemerdekaan, 1956

7. Dilantik Sebagai Menteri Kewangan, April 1956-1959

Menteri Kewangan, 1956-1959
Perletakkan Jawatan, 1959

8. Kembali Sebagai Ahli Korporat, 1960-1988

Kembali Semula Sebagai Ahli Korporat, 1960-1965
Pengerusi Development & Commercial (D&C) Bank, 1966

Kesimpulan
Lampiran
Rujukan
Indeks

Weight0.585 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.