Turki Uthmaniah: Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu

ERMY AZZIATY ROZALI adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
360 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!
ISBN: 9789834901011 Product ID: 27515 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,

Turki Uthmaniah: Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu menyajikan kajian mengenai hubungan rapat antara dawlah dan masyarakat Melayu menerusi catatan karya sastera Melayu tradisional dan perkembangan muttakhir menjelang perjuangan menuntut kemerdekaan. Masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang menunjukkan kecenderungan dan memandang tinggi kepada dawlah Turki Uthmaniah dan memberikan penghormatan kepada kerajaan tersebut. Persepsi dan kecenderungan ini banyak tercatat dan dikenal pasti dalam karya-karya sastera Melayu tradisional. Hal ini dilihat menerusi usaha mengaitkan salasilah kesultanan Melayu dengan dawlah Turki Uthmaniah, iaitu sebuah kerajaan Islam yang dianggap sebagai kuasa besar dunia Islam ketika itu.

Karya-karya sastera Melayu tradisional seperti sejarah, hikayat dan salasilah mengandungi maklumat dan penceritaan yang berkaitan dengan masa lalu yang turut mempunyai nilai dan elemen sejarah. Hasil karya sastera Melayu tradisional juga dapat mencerminkan sejarah dan masyarakat Melayu pada masa lampau. Antara contoh tersebut termasuklah Hikayat Raja-Raja Pasai, Silsilah Kutai, Sejarah Melayu ataupun catatan undang-undang Melayu lama seperti Risalah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Pahang, Adat Aceh dan sebagainya mengemukakan kepada kita corak pentadbiran, hierarki masyarakat, agama atau kepercayaan, pemikiran, persepsi masyarakat dan lain-lain yang terdapat pada masa dahulu.

Menerusi karya sastera Melayu tradisional juga menonjolkan kecenderungan terhadap Timur Tengah dan Asia Tengah, terutamanya merujuk kepada kerajaan Rom dan dawlah Turki Uthmaniah. Masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan Hindia Timur Belanda menganggap “Raja Rom” sebagai seorang raja yang agung dan kuat. Gelaran ini diberikan secara khusus kepada Sultan Turki Uthmaniah pada abad ke-16 Masihi selaku kerajaan Islam yang besar ketika itu dan peranan mereka sebagai pendukung khilafah Islam.

Sejarah menunjukkan masyarakat Melayu telah menjalinkan hubungan dengan dawlah Turki Uthmaniah sejak abad ke-16 Masihi lagi. Hubungan awal yang terbina pada abad tersebut memberikan impak kepada persepsi dan pengaruh Turki Uthmaniah terhadap masyarakat Melayu. Pemerihalan mengenai dawlah Turki Uthmaniah dan masyarakat Melayu juga dikenal pasti menerusi penulisan golongan ulama. Hubungan antara Alam Melayu dengan Turki Uthmaniah dapat dilihat dalam beberapa penulisan ulama Melayu. Antara sumber terawal yang dikenal pasti termasuklah tulisan Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam Bustan al-Salatin.

Kemudiannya, kemunculan akhbar dan majalah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu. Kedua-dua media ini bukan hanya menyiarkan berita dan laporan, bahkan menjadi forum perdebatan mengenai isu-isu agama, politik semasa dan juga sosial yang berhubung dengan masyarakat Melayu. Menerusi perkembangan pesat industri persuratkhabaran ini, terdapat beberapa buah akhbar yang banyak memberikan liputan meluas mengenai dawlah Turki Uthmaniah, iaitu akhbar Jawi Peranakan, al-Imam, Neracha, Tunas Melayu, Seruan Azhar dan juga Idaran Zaman. Berdasarkan penelitian beberapa buah akhbar dan majalah, salah satu aspek yang menjadi tumpuan ialah kemajuan dan kegemilangan Turki Uthmaniah.

Pada pertengahan abad ke-19, pemikiran dan gagasan Pan-Islamisme berkembang kesan penjajahan Barat ke atas dunia Islam. Gagasan Pan-Islamisme adalah untuk menyatukan umat Islam dan sebagai reaksi terhadap reformasi yang pro-Barat serta penjajahan di dunia Islam. Oleh itu, Pan-Islamisme direncanakan untuk berhadapan dengan ketamakan kuasa Barat dan menyeru kepada kesetiaan dan kesatuan umat Islam di bawah pemerintahan sultan Turki Uthmaniah selari dengan kedudukan mereka sebagai khilafah umat Islam. Penyebaran gagasan Pan-Islamisme turut mendapat reaksi daripada masyarakat Melayu, walaupun tidak begitu menggalakkan. Kajian mengenali penentangan masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British menunjukkan wujudnya elemen pengaruh Pan-Islamisme.

Permohonan bantuan daripada sultan Turki Uthmaniah oleh masyarakat Melayu untuk menentang penjajah dilihat sebagai impak daripada gagasan Pan-Islamisme. Penggunaan bendera Turki Uthmaniah dan pakaian Turki yang dikesan dalam masyarakat Melayu mempunyai signifikan terhadap penyebaran gagasan Pan-Islamisme. Secara keseluruhannya penghormatan dan penghargaan masyarakat Melayu terhadap dawlah Turki Uthmaniah dapat ditelusuri dan diteliti menerusi karya Melayu tradisional, persuratkhabaran Melayu dan penyebaran gagasan Pan-Islamisme.

Prakata
Penghargaan

BAB 1 PERSEPSI TERHADAP TURKI UTHMANIAH DALAM KARYA SASTERA MELAYU TRADISIONAL

Pengenalan
Keagungan Kesultanan Melayu
Penghormatan dan Pengiktirafan
Kewiraan dan Kepahlawanan
Penghargaan dan Penyanjungan
Penutup

BAB 2 PEMERIHALAN MENGENAI DAWLAH TURKI UTHMANIAH DAN MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan
Hubungan Dawlah Turki Uthmaniah dengan Alam Melayu
Pengaruh dalam Bidang Pentadbiran dan Pertahanan
Sumbangan terhadap Bidang Pendidikan dan Pembangunan
Pembaharuan Turki Uthmaniah
Penutup

BAB 3 PENGARUH TURKI UTHMANIAH DALAM MASYARAKAT MELAYU DENGAN AKHBAR DAN MAJALAH SEBAGAI WAHANA

Pengenalan
Penyaluran Berita Mengenai Turki Uthmaniah
Pemaparan Kemajuan dan Kegemilangan
Penonjolan Aspek Ketenteraan
Konflik Turki Uthmaniah-Eropah
Penutup

BAB 4 PERSEPSI TERHADAP PAN-ISLAMISME DAN PENGARUH TURKI UTHMANIAH DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan
Kemunculan Idea Pan-Islamisme
Pan-Islamisme dan Masyarakat Melayu
Reaksi Masyarakat Melayu terhadap Gagasan Pan-Islamisme
Penentangan terhadap British dan Pengaruh Pan-Islamisme
Penutup

BAB 5 KEPENTINGAN PENGARUH TURKI UTHMANIAH

Bibliografi
Indeks

Weight 0.479 kg
Dimensions 21.6 × 13.9 × 2 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Turki Uthmaniah: Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu”

Your email address will not be published. Required fields are marked *