Warisan Melayu Sri Lanka merupakan kumpulan makalah-makalah tentang Melayu Sri Lanka yang dihasilkan oleh penuls-penulis Sri Lanka. Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian yang mencakup sejarah umum dan budaya; hubungan Sri Lanka dangan dunia Melayu; petempatan di bandar dan desa; bahasa dan persuratan; pertubuhan Melayu di Sri Lanka; biografi tokoh Melayu; hal ehwal sosial dan budaya; masjid dan keramat; kegiatan sukan; dan juadah Melayu di Sri Lanka. Buku ini penting dalam konteks pendokumentasian dan penyebaran maklumat tentang bahasa, persuratan dan kebudayaan Melayu di daerah luar dan Nusantara iaitu daerah yang mewarisi tradisi tamadun Melayu dan yang menjadi bukti penyebaran bangsa Melayu yang luas.
Sri Lanka yang dahulu dikenal sebagai Ceylon memiliki erti yang tersendiri dalam perkembangan bahasa dan peradaban Melayu. Barangkali tidak berlebihan kami katakan bahawa berbanding dengan diaspora Melayu di rantau lain, waris Melayu di Sri Lanka merupakan kelompok yang amat jelas iltizamnya dalam upaya mengekalkan dan mengembangkan aspekaspek peradaban Melayu dalam kalangan generasi semasa, termasuk generasi mudanya. Orang Melayu Sri Lanka yang berjumlah sekitar 50,000 orang (angka sebenarnya dijangka lebih daripada itu) menggerakkan usaha melestarikan “cara hidup Melayu” melalui kegiatan persatuan Melayu Sri Lanka yang jumlahnya hampir 20 buah.
Sejarah hubungan Alam Melayu dengan Sri Lanka sudah bermula ratusan tahun lalu, dipercayai selewat-lewatnya dalam abad ke-13. Walaupun masih menjadi bahan perdebatan dalam kalangan ahli sejarah tentang kerajaan manakah dari Alam Melayu yang dikatakan memulakan usaha peluasan jajahan takluk di Sri Lanka dalam abad itu, rakaman sejarah seperti dalam babad Culavamsa menunjukkan adanya jalinan hubungan antara Sri Lanka dengan Alam Melayu sejak lama dahulu.
Sementara tarikh awal kedatangan orang dari Alam Melayu di Sri Lanka masih menjadi bahan kajian yang menarik, ahli sejarah tidak berselisih pendapat tentang migrasi orang dari Alam Melayu ke Sri Lanka pada abad ke18. Generasi awal pada abad itu terdiri daripada ketua dan anggota kumpulan yang menentang penjajah Belanda dan dipindahkan ke Sri Lanka sebagai orang buangan. Istilah orang buangan mungkin kurang manis disebut dan didengar, tetapi sejarah tidak dapat diubah dan bagi waris mereka yang menyambung kehidupan nenek moyang mereka sesudah itu malah dapat berbangga kerana nenek moyang mereka yang dibuang negeri itu merupakan pejuang kebangsaan yang mengutamakan kedaulatan negara daripada kepentingan diri.
Istilah Melayu dalam konteks di Sri Lanka cukup menarik dan sekali gus menggambarkan hakikat konsep Melayu yang difahami dan diterima selama beberapa ratus tahun. Semua orang yang datang dari Alam Melayu, meskipun mereka itu Jawa, Sunda, Aceh, Minangkabau dan sebagainya, dikenal sebagai orang Melayu. Hal ini ternyata rapat pula kaitannya dengan hakikat bahawa istilah Jawi yang difahami dan digunakan selama ratusan tahun oleh bangsa di luar Alam Melayu merujuk kepada bangsa yang datang dari Alam Melayu. Demikianlah konsep Melayu dengan pengertian yang luas itu diterapkan kepada bangsa Melayu di Sri Lanka, tanpa persoalan satuan geopolitik yang menjadi tanah asal mereka, baik Indonesia mahupun Malaysia. Sementara asal keturunan Melayu Sri Lanka dari Indonesia dipindahkan oleh Belanda, generasi Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu mula dibawa ke Sri Lanka oleh Kerajaan Inggeris melalui Rejimen Melayu pada abad ke-19.
Kata Penghantar I
Kata Penghantar II
Pengenalan
BAHAGIAN 1: SEJARAH UMUM DAN BUDAYA
1. Keterangan Ringkas tentang Sejarah Orang Melayu Sri Lanka
2. Orang Melayu Sri Lanka: Anggota Dunia Melayu
3. Sejarah Awal Orang Melayu Sri Lanka
4. Hubungan Sejarah Orang Melayu Sri Lanka dengan Alam Melayu
5. Kesan Bangsa Melayu di Timur
6. Orang Melayu Sri Lanka Keturunan Orang Melayu Indonesia
7. Orang Buangan Hindia Timur Belanda
8. Kami Orang Melayu
9. Orang Melayu yang Ternama di Sri Lanka dan Masa Depan Mereka
10. Pemerian tentang Orang Melayu
11. Orang Islam Sri Lanka
12. Bangsa Melayu di Sri Lanka
13. Apakah yang Menarik Bangsa Melayu ke Sri Lanka?
14. Faktor Melayu di Sri Lanka
15. Bangsa Melayu, Moor, atau Muslim?
16. Kewiraan Melayu di Sri Lanka
17. Islam dan Pendidikan dalam Kalangan Bangsa Melayu
18. Dilema Jati Diri Orang Melayu di Sri Lanka
19. Diari Greeving C.O 54/12, Jil. III Bertarikh 11 Mei 1804
BAHAGIAN 2: HUBUNGAN DENGAN DUNIA MELAYU
20. Hubungan Sri Lanka — Malaysia: Satu Imbasan
21. Rombongan ke Malaysia: Rombongan A.C.M.A. Disambut dengan Baik
22. Saudara yang Semakin Pupus: Dilema Bangsa Melayu Sri Lanka
23. Dunia Melayu dan Bangsa Melayu Sri Lanka
24. Pertalian Malaysia — Sri Lanka
25. Hubungan Budaya di Asia Tenggara
26. Hubungan Orang Melayu: Kisah Masyarakat Melayu Sri Lanka
BAHAGIAN 3: PETEMPATAN DI BANDAR DAN DI DESA
27. Hambantota: Perkampungan Melayu di Sri Lanka
28. Keturunan Langsung Orang Melayu yang Mula-mula Bermastautin di Hambantota
BAHAGIAN 4: BAHASA DAN PERSURATAN
29. Bahasa dan Kesusasteraan Orang Melayu
30. Bahasa Melayu Sri Lanka dan Masa Depannya
31. Bahasa Melayu Sri Lanka Pragmatik Sama Pentingnya dengan Kemurnian Bahasa Melayu Baku
32. Bahasa Orang Melayu Sri Lanka yang Semakin Pupus
33. Usaha untuk Menghidupkan Kembali Bahasa
34. Bahasa Sinhala Tidak Menghalang Bahasa Melayu di Sri Lanka
35. Pusat Pengajian Melayu Sri Lanka
36. Lagu dan Lirik: Sajak dan Pantun Melayu
BAHAGIAN 5: PERTUBUHAN MELAYU SRI LANKA
37. Pertubuhan Melayu
38. Pertubuhan Melayu dan Pergerakan Sosial di Sri Lanka
39. Kelab, Pertubuhan, dan Dana Rupee Melayu
40. Dana Rupee: Perkhidmatan yang Ideal
41. Kelab Melayu Unik (The Uniques’ Malay Club)
42. Pertubuhan Melayu Bersatu Sri Lanka (Sri Lanka United Malay Organisation (SLUMO))
BAHAGIAN 6: BIOGRAFI TOKOH MELAYU
43. Baba Ounus Saldin
44. Baba Ounus Saldin (I.1832 — M.1906): Pemerian Cendekiawan Kesusasteraan Melayu Sri Lanka
45. Orang Melayu Ternama
46. Dr. T.B. Jayah: Khidmat untuk Manusia
47. Zahiere Lye: Pertemuan Akrab dengan Dunia Melayu
48. Zahiere Lye: Bekas Wakil Lantikan Parlimen
49. Zahiere Lye: Bekas Anggota Lantikan Parlimen dan Pengasas Padang — Rumah Orang Melayu Sri Lanka
50. Marhum Kala Bushana Haji S.B.C. Halaldeen
51. Penghormatan untuk Saudara Farook Thaliph atas Dedikasi dan Usaha Meyakinkan untuk Menaikkan Etos Budaya Melayu Sri Lanka dan Hak Etnik Mereka
BAHAGIAN 7: HAL EHWAL SOSIAL DAN BUDAYA
52. Masyarakat, Budaya, dan Adat Resam Bangsa Melayu di Sri Lanka
53. Orang Melayu: Budaya dan Adat Resam Mereka yang Kaya
54. Hubungan Budaya di Asia Tenggara
55. Pengaruh Budaya Melayu ke Atas Sri Lanka
56. Orang Melayu Sri Lanka: Sudahkah Hilang Warisan Budaya Mereka?
57. Kekuatan Rohaniah Melayu Awal yang Tidak Boleh Dipertikaikan
58. Peranan Belia Melayu Sri Lanka dalam Senario Perniagaan
59. Bangsa Melayu yang Elit dan yang Beradab
60. Beberapa Aspek Hukum Syariah Berhubung dengan Perkahwinan dan Perceraian
61. Bangsa Tamil, India dan Melayu di Sri Lanka
62. Jaringan Perniagaan di Sri Lanka
63. Kewujudan Rejimen Melayu
64. Rejimen Melayu Daripada Cetakan Awal tentang Ceylon
65. Rejimen Senapang Sri Lanka
66. Kehidupan Selepas Rejimen
BAHAGIAN 8: MASJID DAN KERAMAT
67. Masjid, Tanah Perkuburan, Ulama, dan Makam Orang Melayu
68. Masjid, Ulama, dan Makam Orang Melayu di Sri Lanka
69. Masjid dan Makam Masjidul Akbar
70. Wali Melayu Disemadikan di Sini
BAHAGIAN 9: KEGIATAN SUKAN
71. Bangsa Melayu dalam Sukan: Bangsa yang Bersemangat Sukan
72. Bangsa Melayu dalam Pasukan Kebangsaan
73. Sumbangan Bangsa Melayu kepada Sukan Sri Lanka
BAHAGIAN 10: JUADAH MELAYU SRI LANKA
74. Bole: Kuih Melayu
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet