Warisan Seni Bina Melaka

MOHAMAD TAJUDDIN MOHAMAD RASDI adalah Profesor di School of Architecture and Built Environment, School of Architecture and Built Environment.

DBP (Cetakan Pertama, 2012)
101 halaman termasuk Lampiran dan Indeks

RM45.00

In stock

Warisan Seni Bina Melaka memuatkan beberapa buah bangunan warisan yang berusia lebih sekurun bagi tatapan umum buat kali pertama, koleksi arkib KALAM atau Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu yang berpusat di Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Bangunan yang dipilih semuanya terletak di sekitar Bandar Raya Melaka. Kepentingan warisan seni bina dalam koleksi ini adalah pencerminan komitmen negara Malaysia dalam menghidupkan suasana kepelbagaian etnik dan kaum bagi pemerkayaan budaya bangsa dalam masyarakat ini.

Berikut adalah antara bangunan yang dipilih: (1) Gereja Sacred Heart, (2) Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, (3) Bangunan The Royal Press, (4) Kelab Cosmopolitan, (5) Bangunan Jabatan Buruh Dan Audit, (6) Rumah Kedai Tan Hin Kit, (7) Bangunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, (8) Rumah Kedai Lam Sam Leong, (9) Tokong Low Thian It Thong, (10) Kopitiam Riverside, (11) Bangunan Bistro De Sinaran, dan (12) Rumah Kedai Tian Tai.

Terdapat banyak pengajaran sama ada dari aspek teknologi, budaya dun estetika yang dapat dipelajari daripada contoh-contoh bangunan dalam koleksi ini. Adalah menjadi harapan agar buku ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk membuat kajian terperinci dan perbandingan bagi mencungkil rahsia budaya dan seni bina serta teknologi dari warisan silam. Buku ini juga bertujuan untuk mengetengahkan isu konservasi perbandaran dan bangunan agar identiti sejarah negara ini terpelihara bagi kepentingan dan keseronokan generasi masa hadapan.

Melaka merupakan pusat kebudayaan sejarah Malaysia moden. Di sinilah mulanya ketamadunan yang bercambah ke serata pelosok negeri di semenanjung ini. Belanda, Portugis dan Inggeris telah meninggalkan warisan seni bina masing-masing semasa penjajahan mereka. Bandar ini juga mempunyai warisan bangsa Arab, Cina, dan India yang datang berdagang dan meninggalkan warna warisan kebudayaan masing-masing. Buku ini membentangkan pelbagai contoh bangunan warisan seperti kuil, gereja, rumah kedai, bangunan komersil dan bangunan pentadbiran. Seni bina warisan ini memaparkan kehidupan zaman kegemilangan Melaka yang boleh mencetuskan impian terhadap apakah seni bina yang sepatutnya dibuat bagi mengembalikan suasana kemanusiaan dan kebudayaan dalam bandar moden masa kini.

Senarai Foto
Senarai Rajah
Prakata

1. Gereja Sacred Heart
2. Kuil Sri Poyattha Vinayagar Moorthy
3. Bangunan The Royal Press
4. Kelab Cosmopolitan
5. Bangunan Jabatan Buruh Dan Audit
6. Rumah Kedai Tan Hin Kit
7. Bangunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat
8. Rumah Kedai Lam Sam Leong
9. Tokong Low Thian It Thong
10. Kopitiam Riverside
11. Bangunan Bistro De Sinaran
12. Rumah Kedai Tian Tai

Lampiran
Indeks

Weight0.323 kg
Dimensions24.9 × 25.1 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.