1001 Akal Budi Melayu: Kumpulan Puisi

ABDUL LATIF SAMIAN adalah Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2017)
182 halaman termasuk Glosari

RM24.00

In stock

Product ID: 27519 Subject: Sub-subjects: ,

1001 Akal Budi Melayu adalah sebuah kumpulan puisi empat rangkap yang menggambarkan akal budi dan falsafah Melayu, mirip dengan kumpulan puisi dalam Hikayat Abdullah dan puisi-puisi karya Hamzah Fansuri. Puisi-puisi empat rangkap mengenai akal budi Melayu ini dimulai dengan puisi tentang hubungan manusia dengan alam. Rangkaian puisi termasuk puisi-puisi berbentuk nasihat ini diakhiri dengan rangkap-rangkap puisi nama-nama Allah SWT, Asmaul Husna, selepas puisi tentang hubungan manusia dengan benda, hubungan manusia sesama manusia, dan hubungan manusia dengan tuhan.

Orang Melayu dan keturunan mereka ialah orang awal yang berkerajaan di Asia Tenggara dan sekitarnya. Falsafah Melayu adalah akal budi Melayu yang menyeluruh, merangkumi tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai, pengetahuan dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran dan tingkah laku orang Melayu yang dicetuskan dalam menangani pelbagai masalah. Dalam sejarah mereka sejak zaman prasasti lagi, orang Melayu telah mengalami pelbagai perubahan, baik yang mendasar seperti perubahan agama, ataupun yang lebih kecil seperti perubahan fisiologi. Orang Melayu telah didokumenkan wujud di Asia Tenggaraini sekurang-kurangnya sejak abad ke-4 Masihi.

Sebahagian mereka pernah beragama Kapitayan, animisme, Hindu, Buddha, Sinkretisme, Kristian dan kini lebih sembilan puluh sembilan peratus beragama Islam. Untuk menghuraikan falsafah Melayu bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan kepelbagaian yang ada di Alam Melayu. Oleh yang demikian, 1001 Akal Budi Melayu hanya memfokuskan kepada orang Melayu yang kini beragama Islam dengan mengambil kira perubahan anutan agama yang telah dilalui oleh nenek moyang mereka sebelum ini.

Prakata

BAHAGIAN I – HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM

1. Kitaran
2. Masa
3. Bulan
4. Uji Kaji (Tajribah)
5. Alam
6. Air
7. Api
8. Angin

BAHAGIAN II – HUBUNGAN MANUSIA DENGAN BENDA

9. Kereta
10. Buku
11. Komputer
12. Rumah
13. Nasi Lemak
14. Sambal
15. Ulam
16. Gaji
17. Senjata
18. Perpustakaan
19. Kopiah
20. Songkok
21. Masjid
22. Surau
23. Buku II
24. Minyak
25. Bunga
26. Rumah II
27. Parang
28. . Kain Pelekat
29. Laksa
30. Kicap
31. Nasi Lemak II

BAHAGIAN III – HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA

32. Melayu
33. Politik
34. Raja
35. Sikap
36. Agama
37. Cina
38. India
39. Wanita
40. Matematik
41. Nilai
42. Pakaian
43. Kerja
44. Cinta
45. Sejarah
46. Ketuanan
47. Kerajaan
48. Dunia
49. Keluarga
50. Simpanan
51. Tetamu
52. Perniagaan
53. Pertanian
54. Ulama
55. Pengembaraan
56. Keselamatan
57. Keamanan
58. Sedekah
59. Senyuman
60. Mesyuarat
61. Pertandingan
62. Pantun
63. Peribahasa
64. Tekanan
65. Sastera
66. Sekolah
67. Makan
68. Raya
69. Cuti
70. Kesopanan
71. Mengamuk
72. Peperangan
73. Korupsi
74. Keprofesionalan
75. Anak Yatim
76. Rumpun Melayu
77. Kebersihan
78. Nusantara
79. Dendam
80. Air Muka
81. Perkahwinan
82. Kemiskinan
83. Songkok II
84. Anak
85. Pasar Malam
86. Warna Kulit
87. Bersatu
88. Indonesia – Malaysia
89. Bangla
90. Kilang
91. FELDA
92. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
93. Silat
94. Nelayan
95. Kebebasan
96. P.Ramlee
97. Lagu
98. Hindu
99. Buddha
100. Tamadun
101. Senyum
102. Dengki
103. Tabung Haji
104. Sakit Jantung
105. Kencing Manis
106. Darah Tinggi

BAHAGIAN IV – HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN

107. Pendidikan
108. Tidur
109. Rehat
110. Idea
111. Kreativiti
112. Angan-angan
113. Cita-cita
114. Jati Diri
115. Masa Depan
116. Gaya
117. Akidah
118. Ekonomi
199. Kesihatan
120. Asal Usul
121. Sains
122. Seni
123. Kematian
124. Sakit
125. Masa Depan II
126. Umur
127. Kesetiaan
128. Niat
129. Malu
130. Ketenangan
131. Kelahiran
132. Sembahyang
133. Rasulullah SAW
134. Tuhan
135. Akhirat
136. Hantu

BAHAGIAN V – ASMAUL HUSNA

137. Asmaul Husna

Biodata Penulis
Glosari

Weight0.228 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.