Tun Dr. Mahathir Mohamad: Kuasa dan Krisis Kehakiman 1982-1988 menelusuri pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan kesannya terhadap sistem kehakiman di negara ini dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Kesan pentadbiran Mahathir Mohamad terhadap sistem kehakiman dapat dilihat khususnya dalam beberapa aspek yang saling berhubung kait antaranya melalui siri campur tangan dan perluasan kuasa eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman dalam tempoh masa yang dikaji. Pentadbiran Mahathir Mohamad dan kesannya terhadap sistem kehakiman Malaysia adalah merupakan topik yang cukup menarik untuk dibincangkan kerana ianya melibatkan antara lain keluhuran pentadbiran, konflik dan kepincangan yang berlaku ketika pentadbiran Mahathir Mohamad dengan badan kehakiman Malaysia.
Siri campur tangan dan perluasan kuasa eksekutif terhadap bidang kuasa badan kehakiman dilihat bermula pada peringkat awal sebelum—berlakunya krisis perlembagaan persekutuan iaitu pada tahun 1986 melalui kes wartawan Asian Wall Street Journal. Pada 27 September1986, kerajaan Malaysia menerusi Menteri Dalam Negeri (ketika itu Mahathir Mohamad) menggantung permit dua orang wartawan Asian Wall Street Journal iaitu John Peter Berthelsen dan Raphael Pura daripada bertugas di Malaysia kerana di dakwa menerbitkan artikel yang boleh menggugat keselamatan negara. Keadaan ini dapat dilihat melalui pindaan ke atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di mana peranan mahkamah diambil alih oleh pihak eksekutif.
Kemudiannya krisis semakin memuncak apabila berlakunya kes saman yang melibatkan parti UMNO pada tahun 1987 yang menyebabkan UMNO dibawa ke mahkamah. Mahkamah tinggi akhirnya mengisytiharkan keputusan pemilihan parti UMNO sebagai tidak sah serta telah melanggar syarat-syarat pertubuhan persatuan. UMNO dikategorikan sebagai sebuah parti tidak sah penubuhannya ekoran pengisytiharan tersebut. Seterusnya adalah tercetusnya konflik, perluasan kuasa eksekutif serta penggantungan dan pemecatan hakim Mahkamah Agung melalui penubuhan sebuah tribunal siasatan khas. Siri campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman adalah merangkumi perkara yang melibatkan fungsi, peranan dan bidang kuasa badan kehakiman.
Krisis Perlembagaan Persekutuan tahun 1988 pada dasarnya meninggalkan kesan penting terhadap badan kehakiman kerana kehilangan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam perlembagaan persekutuan. Krisis yang berlaku turut membawa kepada kehilangan pengaruh serta persepsi negatif masyarakat dalam dan luar negara terhadap sistem pentadbiran di negara ini khususnya berhubung dengan tindakan Mahathir Mohamad yang menggantung dan memecat hakim. Tindakan yang dilakukan oleh pihak eksekutif bagi mengehadkan bidang kuasa badan kehakiman adalah melalui pindaan Akta Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kuas2 yang diperuntukkan kepada badan kehakiman di parlimen. Keadaan ini secara tidak langsung mengubah persepsi orang ramai terhadap badar kehakiman sebelum itu yang dianggap sebagai satu badan bebas namun dilihat masih terikat dan terbelenggu di bawah pengaruh dan kuasa pihak eksekutif (Perdana Menteri).
Senarai Foto
Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Singkatan
Prakata
1. Pendahuluan
Pengenalan
Definisi Istilah
• Kebebasan Kehakiman
• Kepimpinan Autokratik
• Kepimpinan Diktator
Latar Belakang Sistem Pemerintahan di Malaysia
• Badan Eksekutif
• Badan Perundangan
• Badan Kehakiman
Kesimpulan
2. Hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Badan Kehakiman
Pengenalan
Tahun 1981 hingga 1984
Tahun 1984 hingga 1988
Kesimpulan
3. Krisis Kepimpinan UMNO Era Tun Dr. Mahathir Sehingga Pengharaman UMNO
Pengenalan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
• UMNO dan Akta Pertubuhan
• Perspektif Sejarah Krisis dalam UMNO
• Krisis Kepimpinan Era Tun Dr. Mahathir Mohamad
• Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden Parti Tahun 1981
• Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden Kali Kedua pada Tahun 1984
• Krisis Sebelum Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 1987
• Penentangan Terhadap Kepimpinan Tun Dr. Mahathir
• Perhimpunan Agung UMNO Ke-38
• Keputusan Pemilihan Parti di Mesyuarat Agung Ke-38
• Peristiwa Selepas Perhimpunan Agung
• Penentangan Terhadap Pucuk Kepimpinan
• Faktor Wujudnya Krisis dalam UMNO
Kesimpulan
4. Krisis antara Tun Dr. Mahathir dan Badan Kehakiman
Pengenalan
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Krisis
• Kes BME – Petronas Mengambil alih Bank Bumiputra
• Kes Tun Dr. Mahathir vs Tengku Razaleigh Hamzah
• Kes UEM Pertama
• Dakwaan Berat Sebelah dalam Kes UMNO
• Kes Penahanan Tan Sri Raja Khalid
• Kes bagi Kesalahan Agama Islam
• Surat Tun Salleh Abas kepada Yang Di-Pertuan Agong
• Kes Hakim Dato’ Harun Hashim
• Kes JP Berthelsen vs Director General of Immigration
• Kes Public Prosecutor vs Dato‘ Yap Peng
• Kes Lim Kit Siang vs United Engineers (M) Berhad
• Kes Persatuan Aliran Kesedaran Negara vs Kementerian Dalam Negeri
• Kes Karpal Singh vs Kementerian Dalam Negeri
• Kes Pindaan Kanun Acara Jenayah
• Kes Teoh Eng Huat vs Kadhi Pasir Mas
• Kes Penahanan Beramai-ramai ketika Operasi Lalang
• Hubungan Tun Dr. Mahathir dengan Badan Kehakiman
• Kes Pertuduhan Terhadap Tun Dr. Mahathir kerana Tidak Menghormati Mahkamah
• Tun Salleh Abas Menjawab Kritikan Tun Dr. Mahathir
• Kritikan Tun Dr. Mahathir Terhadap Badan Kehakiman
• Kritikan Tun Dr. Mahathir Terhadap Hakim Dato’ Harun Hashim serta Pendirian Tun Salleh Abas
• Kritikan Tun Dr. Mahathir Terhadap Badan Kehakiman di Parlimen
• Kritikan Tun Dr. Mahathir Terhadap Badan Kehakiman dalam Majalah Business Times
• Kritikan Tun Dr. Mahathir Terhadap Badan Kehakiman dalam New Straits Times
• Konflik Tun Dr. Mahathir dengan Ketua Hakim Negara
Kesimpulan
5. Campur Tangan dan Perluasan Kuasa Tun Dr. Mahathir terhadap Kehakiman Malaysia
Pengenalan
Eksekutif Mempengaruhi Badan Kehakiman
Pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA)
Pindaan Akta Pertubuhan 1966
Pindaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak
Pindaan Akta Polis
Pindaan Akta Imigresen
Membentuk Tribunal bagi Memecat Hakim
• Tribunal Pertama
• Tribunal Kedua
Pemecatan Tun Salleh Abas
Penggantungan Tugasan Lima Hakim Mahkamah Agung
Pemecatan Tan Sri Wan Suleiman
Pemecatan Datuk George Seah
Cadangan untuk Menyingkirkan Hakim Harun Hashim di Parlimen
Kesimpulan
6. Implikasi Campur Tangan dan Perluasan Kuasa Tun Dr. Mahathir terhadap Kehakiman Malaysia
Pengenalan
Pindaan Perlembagaan Berhubung dengan Kuasa Hakim
Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan: Bertujuan Menghapuskan Interpretasi Hakim
Keputusan Penghakiman Tidak Telus dan Bias
Penyalahgunaan Kuasa Eksekutif Terhadap Badan Kehakiman
Kedudukan Badan Kehakiman Menjadi Lemah dan Kehilangan Kuasa
Menghakis Keyakinan dan Kepercayaan Rakyat Terhadap Integriti Badan Kehakiman
Penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Hak Kebebasan Asasi dan Aktiviti Politik
Kritikan Dalam dan Luar Negara Terhadap Eksekutif
Semakan Semula Krisis Perlembagaan 1988
Kesimpulan
7. Penutup
Lampiran
Bibliografi
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet