Prosa Terpinggir: Esei dari 2004-2021

AHMAD MURAD MERICAN ialah Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
273 halaman termasuk Indeks

RM37.00

In stock

ISBN: 9789834937997 Product ID: 38752 Subject: Sub-subjects: , ,

Prosa Terpinggir: Esei dari 2004-2021 memuatkan 43 buah tulisan esei Ahmad Murad Merican yang pernah disiarkan menerusi Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan Dewan Sastera; yang telah ditambahbaik dan diperbaiki untuk sebuah penerbitan baharu ini. Semua esei yang pernah diterbitkan digunakan kecuali satu esei. Kolum sulung penulis dalam “Apa Cerita” digunakan sebagai pengganti pengenalan. Kolum bertajuk “Soalan yang Betul dan Kaedah Mencari Budi” digunakan dengan tajuk yang sama disifatkan sebagai Prolog, menyatakan sebab penulis menulis esei-esei yang tersiar itu. Esei sulung penulis di Dewan Sastera bulan Mac 2021 yang bertajuk “Kuasa tidak ketara: Prosa dalam Tradisi Sastera” dianggap sebagai satu rumusan kepada gelombang prosa yang mengharungi persekitaran dan kehidupan kita. Bahawasanya prosa ialah jiwa dan rupa, bagai lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan. Perspektif kita terhadap persekitaran dan alam dicorakkan oleh bentuk dan makna.

Penulis telah membahagikan buku Prosa Terpinggir kepada empat bahagian mengikut tema yang dianggap dapat menyatukan ruang cetusan sepanjang 17 tahun kebelakangan ini. Bahagian Satu penulis namakan sebagai “Budi dan Nama” mengambil kira unsur-unsur etnisiti dan bahasa, serta isu-isu sifat dan nama. Bahagian Dua disebut sebagai “Watan dan Abadi”. Bahagian ini memuatkan keperibadian beberapa tokoh dan negara bangsa yang melihatnya sebagai watak-watak di pentas tamadun dan gagasan negara. Bahagian Tiga diberikan nama “Alam dan Sejarah”. Di sini penulis menelusuri beberapa polemik dalam sejarah tanah air serta melihat semula rantau dan alam Melayu. Akhir sekali Bahagian Empat “Kewartawanan dan Surat Khabar” membicarakan tentang surat khabar dan kewartawanan dari imej kewartawanan, surat khabar dan ekspresi masyarakat serta kritikan penulis terhadap ilmu kewartawanan.

Prakata
Penghargaan
Prolog

BAHAGIAN 1 – BUDI DAN NAMA

1. Advokasi Kecendekiaan, Prosa dan Universiti
2. Melayu: Penguasaan Ilmu dan Perubahan
3. Bahasa Kebangsaan Memerlukan Naratif Baharu
4. Menangani Jenayah Bahasa dan Nama melalui Penguatkuasaan: Keperluan Tribunal Bahasa Kebangsaan
5. Membaca Melayu dan Kemelayuan
6. Geopolitik Dunia dalam Logik Melayu: Mengkaji Kaum Cina dan Negara China
7. Nama Tempat, Penjajahan Semula dan Pemikiran Kolot
8. Menebus Nama: Kewujudan dan Kesedaran “Malaysia”
9. Jiwa Hamba yang Takut pada Kritikan
10. Elias Ahmad: Keikhlasan dan Integriti
11. Penang Free School dan Anglofilia dalam Diri Kita
12. Jawi Pekan, Melayu dan DKK: Begini Ceritanya …

BAHAGIAN 2 – WATAN DAN ABADI

13. Gubal Dasar Mewartakan Rumah Melayu sebagai Warisan Seni Bina Kebangsaan
14. Salasilah sebagai Warisan: Agensi Awam sebagai Pemulihara Keturunan Keluarga
15. Kewatanan Za’ba di Tanjong Malim
16. Arshad Ayub: Kepimpinan melalui Gugusan dan Gagasan Ilmu Kemanusiaan
17. Surin Pitsuwan: Cendekiawan ASEAN, Internasionalis Melayu
18. Media Baharu, Sejarah Baharu: Naratif Nasional Baharu?
19. Idea mengenai Sesebuah Negara: Naratif Kelahiran Semula Malaysia Akhirnya Bermula?
20. Kaum Bukan Melayu Mudah Lupa
21. Pandemik COVID-19: Titik Perubahan Tamadun

BAHAGIAN 3 – ALAM DAN SEJARAH

22. Sesi Sejarah Lisan yang Tidak Kesampaian
23. Sejarah Pulau Pinang melalui Persuratan Melayu
24. Prejudis Sejarah Minangkabau di Pulau Pinang: Emosi dan Sentimen Pengguna Sejarah
25. Bagai Inggeris Minta Tanah: Buku Kedah 1771-1821 yang dipinggirkan
26. Surat-surat Francis Light: Cebisan Sejarah Global Kedah dan Kepulauan Melayu 1771-1794
27. Masyarakat Melayu-Polinesia: Sejarah, Kesedaran dan Masa Depan
28. Panglima Awang Mengangkat Masa Hadapan Negara
29. Merdeka yang Masih Dijajah
30. Empayar dari Angin: Menebus Semula Sejarah dan Maritim Malaysia Serantau
31. Menyahpenjajahan Nasionalisme Tanah Air Serantau: Kepulauan Melayu atau Nusantara?
32. Merdeka: Filipina dalam Dunia Melayu
33. Nilai Merantau dalam Autobiografi Profesor Ezrin Arbi

BAHAGIAN 4 – KEWARTAWANAN DAN SURAT KHABAR

34. Meluruskan Imej Wartawan dan Kewartawanan
35. Akhbar dan Nilai Pengucapan
36. Paparan Penganalisis Politik, Idea Politik dan Politik Idea
37. Berita COVID-19 dan Takrif Berita dalam Kebiasaan Baharu
38. Kewartawanan dan Utusan Melayu di Singapura
39. Pengajaran Ilmu Kewartawanan di Malaysia Perlukan Perspektif Baharu
40. Sejarah Dibuang: Mendidik Semula Profesion dan Pendidikan Kewartawanan
41. Bebalisme Sekolah Kewartawanan di Malaysia: Budaya Persuratkhabaran dan Media Melayu Kian Dibunuh
42. Tawakal Itu Membawa Bekal: Kesedaran Identiti Melayu Surat Khabar Jawi Peranakkan 1876 -1896

Epilog
Indeks

Weight0.341 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author