Hikayat Hang Tuah: Manuskrip Terawal Tahun 1758

Transliterasi daripada versi Cod. Or. 1762 (Leiden) oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH

DBP (Cetakan pertama, 2023)
xlix + 921 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM200.00

Only 1 left in stock

Hikayat Hang Tuah: Manuskrip Terawal Tahun 1758 merupakan sebuah transliterasi manuskrip Hikayat Hang Tuah yang tertua dalam simpanan mana-mana perpustakaan dunia oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu versi Cod. Or. 1762 di Leiden, bertarikh 1758 bersamaan 1172H. Dalam khazanah dan warisan kita, terdapat 30 salinan Hikayat Hang Tuah di seluruh dunia—di Malaysia, Indonesia, dan negara-negara Eropah—khususnya Belanda, England dan Rusia. Dan seperti dapat diteka, usia naskhah-naskhah ini juga berbagai-bagai—dari yang paling tua hinggalah yang paling muda. Dua buah lagi yang terdapat di Leiden ialah MI 572 dan MI 207 (dalam Koleksi von de Wall) dan disalin di Melaka, pada tahun 1277H, iaitu 1861 Masihi.

Pada suatu waktu, yang tidak bertarikh, dan mungkin setelah kejatuhan Melaka, ratusan cerita-cerita lisan tentang Hang Tuah disusun kembali untuk diberikan suatu alur kisah yang kronologis dan teratur. Oleh sebab cerita-cerita ini cukup besar jumlahnya, dan banyak pula versinya yang terdapat di Sumatera dan Semenanjung, maka hikayat yang dikarang ini juga dapat diibaratkan seperti suatu kalung permata agung sastera, yang juga sama panjang pula. Selain meminjam daripada beberapa sumber lisan, Hikayat Hang Tuah juga meminjam daripada Sulalat al-Salatin, dan kisah kejayaan watak asalnya. Yang sangat luar biasa dalam karya ini ialah hakikat bahawa terdapat ratusan episod, yang hanya berhubungan dengan kembara Hang Tuah dan kejayaan seorang manusia yang berasal dar1 Sungai Duyung, iaitu sebuah kampung terpencil di Pulau Singkep, Riau, beliau dibawa oleh keluarganya berpindah ke Bentan serta Melaka. Di Melaka, setelah memperlihatkan keberanian yang tiada tandingnya, dan kesetiaan yang luar biasa, beliau dijadikan bentara di istana sultan.

Apabila beliau menjadi semakin matang dan mengenal dunia perhubungan antarabangsa, beliau dinaikkan taraf menjadi jurucakap istana dan duta ke istana-istana penting di dunia pada masa itu. Dalam sebuah episod yang sangat menyayat, beliau ditakdirkan membunuh teman dan saudaranya untuk menegakkan kuasa sultan untuk menjalankan tugas yang tertanam dalam dirinya dan menjadi bukti kesetiaannya kepada baginda. Hang Tuah belajar daripada beberapa orang “ajar-ajar” untuk menggunakan kemahiran berkeris, membaca pustaka dan firasat kawan atau musuhnya untuk pandai bercerita dan menjadi seorang duta, yang tiada tolok bandingnya. Beliau mengakhiri hidupnya sebagai seorang darwisy yang cuba mencari rahsia alam kubur untuk rajanya. Akhirnya, beliau disebut sebagai ketua masyarakat yang tinggal di hulu sebatang sungai.

Penghargaan
Pengenalan

1. Asal Usul Kerajaan Bentan
2. Hang Tuah: Hamba kepada Raja
3. Kedatangan Patih Kerma Wijaya ke Melaka
4. Sang Jaya Nantaka, Calon Raja Muda
5. Utusan Meminang ke Majapahit
6. Raja Melaka Berangkat ke Majapahit
7. Pernikahan Raja Melaka dengan Raden Emas Ayu
8. Patih Gajah Mada Menghalang Hang Tuah
9. Hang Tuah dalam Buangan
10. Hang Tuah Melarikan Tun Teja
11. Tunang Tun Teja, Megat Panji Alam
12. Pertemuan Tun Teja dengan Raden Emas Ayu
13. Hang Tuah di Majapahit
14. Betara Majapahit Meraikan Raja Melaka
15. Hang Tuah Difitnah
16. Hang Jebat Mengganti Raja di Istana
17. Pertikaman – Hang Tuah dengan Hang Jebat
18. Betara Majapahit dan Rancangan untuk Menggagalkan Hang Tuah
19. Hang Tuah ke Benua Keling dan Benua China
20. Raden Bahar dan Adipati Solok
21. Hang Tuah ke Benua Siam
22. Pertemuan dengan Raja Sailan
23. Inderapura Kembali ke Pangkuan Melaka
24. Hang Tuah Uzur
25. Hang Tuah ke Benua Rom
26. Hang Tuah Kembali ke Benua Rom
27. Kejatuhan Kerajaan Melaka

Lampiran
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight1.462 kg
Dimensions23.5 × 15.8 × 5.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.