Lakaran Budaya dalam Puisi Muhammad Haji Salleh

MUHAMMAD IRFAN NYIA ABDULLAH adalah Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Lumpur.

DBP (Cetakan pertama, 2023)
viii + 158 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

ISBN: 9789834938451 Product ID: 41506 Subject: Sub-subjects: , ,

Lakaran Budaya dalam Puisi Muhammad Haji Salleh memaparkan lakaran budaya yang terdapat dalam karya puisi Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh dari tahun 1974 hingga 2008. Perantauan Muhammad Haji Salleh yang menjangkau tempoh satu pertiga usia beliau telah menemukan beliau dengan pelbagai peristiwa, pengalaman dan budaya bangsa dunia yang amat bernilai digarap dan dilakar beliau menjadi puisi indah yang akhirnya menjadi naratif bervariasi serta bervisi untuk tatapan khalayak pembaca. Perbicaraan yang berkisar kepada tema manusia dengan manusia mencakupi budaya perubahan pemikiran, budaya ilmu dan budaya kerja ying menjadi asas utama kepada ketamadunan serta kejayaan sesuatu bangsa dunia. Puisi Muhammad Haji Salleh mengajak khalayak pembaca mengamatkan budaya perubahan pemikiran agar mampu bersaing di persada dunia. Bangsa Malaysia perlu melepaskan pemikiran lama yang tidak menguntungkan, sentiasa berfikiran positif dan berupaya memecah tembok penghalang untuk maju setanding bangsa dunia lain.

Selain itu, manusia yang memiliki ketinggian ilmu pengetahuan dapat mengatasi segala permasalahan, konflik hidup tanpa pergaduhan, pertengkaran dan pertumpahan darah, Bangsa Melayu harus memiliki keyakinan diri dan tekad yang kukuh untuk membudayakan budaya ilmu. Hanya menerusi inspirasi int, bangsa Melayu mampu menjadi bangsa yang disegani di dunia. Di sebalik kehebatan bangsa Barat yang ditemui, Muhammad Haji Salleh berusaha membetulkan tanggapan bangsa dunia berkaitan budaya kerja. Menerusi puisi, beliau menjulang budaya kerja bangsa Jepun yang jauh lebih baik daripada bangsa Barat yang wajar dijadikan model oleh bangsa dunia. Menerusi lakaran budaya dalam puisi Muhammad Haji Salleh, weltanschauung berkaitan nilai sejagat dan nilai murni yang bersangkutan perhubungan manusia dengan manusia secara global. Hal ini berupaya memperlihatkan rahsia kejayaan sesuatu bangsa dunia yang wajar dijadikan teladan oleh masyarakat serta pemimpin dalam misi membangunkan negara pada era global.

Prakata

1. Menyingkap Dunia Puisi
2. Latar Belakang Kepengarangan Muhammad Haji Salleh sebagai Manifestasi Budaya
3. Budaya Perubahan Pemikiran
4. Budaya IImu
5. Budaya Kerja
6. Rangkuman Bicara Puisi

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.205 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.