Jejak Kopi

FAIZAL AZZURI SHUKRI adalah pengasas bersama Albatross Coffee yang beroperasi sekitar Putrajaya.

Era Ora (Cetakan pertama, 2024)
xvii + 117 halaman

RM249.00

In stock

ISBN: 9786299936909 Product ID: 43314 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Jejak Kopi merupakan sebuah usaha julung kalinya untuk mencari takrifan kopi dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, di sebalik perjuangan dalam penghasilan suatu bentuk nikmat secawan kopi. Menerusi percubaan ini, penulis memperkenalkan suatu rumus 4P iaitu pokok, proses, panggang dan pembuatan, justeru untuk menjawab persoalan yang menjadi asas kepada pengetahuan kopi. Penulis bermula dengan menceritakan tiga jenis biji kopi iaitu Arabica, Robusta dan Liberica serta beberapa perbandingan karakter biji kopi ini termasuk perbandingan sifat-sifat pokok ketiga-tiga jenis kopi ini. Turut diceritakan adalah kawasan-kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat penanaman pokok kopi. Ada juga dalam kalangan umum menganggap proses kopi adalah proses menjadikan biji kopi kepada serbuk kopi. Benar, menjadikan kopi itu kepada serbuk juga suatu proses dalam istilah kopi. Tetapi menerusi buku ini penulis membawa satu kesatuan fahaman bahawa dalam industri kopi, istilah proses ini merupakan aktiviti menjadikan kopi jambu (coffee cherry) yang menjalani beberapa prosedur sehingga menjadi kopi beras (green bean). Pada bab selanjutnya, penulis menceritakan aktiviti panggang kopi beras yang telah diproses. Ada beberapa peringkat panggangan yang akan menghasilkan terbitan nota rasa dan profil bagi setiap hasilan. Setiap peringkat panggangan boleh digandingkan dengan cara pembuatan hidangan kopi yang sesuai. Selain pembuatan sajian kopi, penulis turut berkongsi tentang bagaimana penggredan biji kopi dibuat melalui coffee cupping.

Pengantar

1. POKOK
Susur Variasi Kopi
Jenis-Jenis Utama Biji Kopi
Biji Kopi Arabica
Biji Kopi Robusta
Biji Kopi Liberica
Perbandingan Biji Kopi
Ciri-Ciri Pokok Kopi
Perbandingan Pokok Kopi
Peta Coffee Belt
Carta Perbandingan Kawasan Latin
Liberica Permata Kopi Tempatan
House of Kendal

2. PROSES
Keratan Buah Kopi
Proses Pembuatan Kopi
Proses Kering (Natural)
Proses Basah (Washed)
Proses Giling Basah (Wet Hulled)
Proses Honey
Teknik-teknik Proses Yang Lain
Sabarica Arabica di Bawah Bayu

3. PANGGANG
Kopi Kampung
Blend Coffee Roaster

4. PEMBUATAN
Sekilas Pandang
Simbiosis Kopi
Melengkapkan Nikmat Secawan Kopi
Situasi
Bagaimana Hal Ini Terjadi?
Apa Itu Simbiosis?
Karakter Kopi
Karakter Peminum Kopi
Karakter Pembuat Kopi
Coffee Cupping
Coffee Sensory
Mesin Espresso
Pour over (Tuang Lalu)
French Press
Moka Pot
Sajian Ala Warung Kopi
Kawa Daun, Suatu Manifestasi
Solok Radjo, Kopi Untuk Rakyat Dan Bumi

5. PENUTUP
Panorama Kopi
Aroma Dan Halwa
Sumpitan
Kesimpulan

Weight0.939 kg
Dimensions23.5 × 28.5 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.