Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid menghuraikan dengan panjang lebar tentang latar belakang, takrif, asas-asas falsafah, kaedah dan pendekatan dalam Pendidikan Estetika. Turut dibicarakan ialah Espen iaitu satu genre baharu kesusasteraan yang dikemukakan dalam arena kesusasteraan kontemporari. Pendidikan estetika dalam pengertian yang dimaksudkan oleh Mohd. Affandi Hassan ini meneliti karya sastera dari segi makna kepada kehidupan manusia yang beradab. Makna ini dilihat dari dua sudut. Makna dari segi struktur, yang mencirikan keindahan sesebuah karya; dan makna dari segi perutusan (isi, falsafah, mesej, moral dan sebagainya), yang mencirikan kebenaran dari segi worldview Tauhid. Kerana adanya penekanan kepada aspek makna dari dua segi ini, maka setiap karya sastera dapat dinikmati keindahannya dari segi seninya, dan dari segi isi kandungannya. Melahirkan kedua-dua aspek makna inilah yang dimaksudkan dengan pendidikan adab dalam pengajaran sastera.
Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid
MOHD AFFANDI HASSAN pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Wadi al-Irfan (Edisi kedua, 2024)
xvi + 195 halaman termasuk Indeks
RM45.00
In stock
Pengantar
Pengenalan – “Sastera”, “Kemodenan Sastera” dan “Sastera Islam”: Cabaran Persuratan Baru Terhadap Kesusasteraan Melayu Moden, oleh Mohd. Zariat Abdul Rani
Pendahuluan – Pendidikan Estetika daripada Pendekatan Tauhid
1. Latar Belakang dan Takrif Pendidikan Estetika
2. Asas-Asas Falsafah dalam Pendidikan Estetika
3. Kaedah dan Pendekatan dalam Pendidikan Estetika
4. Espen: Satu Genre Sastera Islam dan Peranannya dalam Pendidikan Estetika
Penutup
Indeks
Weight | 0.335 kg |
---|---|
Dimensions | 21.5 × 13.8 × 1.4 cm |
Author(s) | |
Edition | |
Format | |
Language | |
Publisher | |
Year Published |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet