Kerangka Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN berkhidmat sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya; selain dilantik sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

DBP (Cetakan pertama, 2024)
xi + 260 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM47.00

In stock

Kerangka Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan mengungkapkan etika tadbir urus yang baik bagi mengukuhkan konsep Malaysia Madani dengan menggunakan analisis jurisprudens watan untuk menghuraikan prinsip Malaysia Madani agar ia dapat dilihat pada landasan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Gagasan Anwar Ibrahim dalam buku beliau berjudul Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi turut dipetik sebagai kekunci bagi menjelaskan kerangkanya dari aspek Perlembagaan. Konsep negara bangsa, jati diri bangsa Malaysia, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan menjadi tajuk bab dalam buku ini kerana kesemuanya merupakan asas penting yang sering dibahaskan dari pelbagai perspektif.

Buku ini membawa para pembaca untuk menyoroti aspek tersebut mengikut konteks tempatan berlandaskan sejarah perundangan bagi pembentukan amalan yang bersesuaian di Malaysia. Buku ini berusaha untuk merentasi jurang pemikiran yang ada dengan membawa naratif baharu melalui rekonstruksi konsep kerakyatan, kebangsaan dan kewarganegaraan berteraskan pemupukan nilai watan sebagai impetus menjayakan agenda perpaduan rakyat Malaysia yang madani melalui semangat cintakan tanah air berpendekatan asimilasi dan akomodasi.

Raja berperlembagaan yang mewakili kesetiaan kepada raja dan negara yang menjunjung bidup bertuhan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan merupakan empat prinsip Rukun Negara yang diangkat untuk mengukuhkan konsep Malaysia Madani dari sudut etika tadbir urusnya. Selanjutnya, jati diri bangsa Malaysia mengemukakan aspek yang perlu disantuni dengan penuh kesusilaan oleh setiap warganegara Malaysia dengan mengekalkan nilai kemoralan berteraskan agama dan adat tempatan melengkapi prinsip Rukun Negara. Konsep Malaysia Madani seperti diletakkan dalam kerangka etika berpaksikan sistem politik dan perundangan yang berkeluhuran Perlembagaan Persekutuan diyakini dapat membina semula ketamadunan Malaysia yang sejahtera tanpa mencicirkan unsur insani dan jiwa bangsa.

Prakata

1. Malaysia Madani
2. Konsep Negara Bangsa
3. Jati Diri Bangsa Malaysia
4. Raja Berperlembagaan
5. Kedaulatan Undang-undang
6. Keluhuran Perlembagaan

Bibliografi
Indeks

Weight0.312 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.