Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia

SYED AHMAD FATHI merupakan lulusan kejuruteraan dari Sankt-Peterburgskiy Gosudarstvennyy Morskoy Tekhnicheskiy Universitet, Russia. Kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia.

CAKNA (Cetakan pertama, 2024)
283 halaman termasuk Rujukan

RM45.00

In stock

ISBN: 9786299517603 Product ID: 46151 Subject: Sub-subjects: ,

Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia membahaskan tentang persoalan-persoalan sejarah meliputi perihal pemikir-pemikir sejarah, historiografi, corak penulisan sejarah, serta sejarah-sejarah spesifik seperti sejarah Tanah Melayu, Nusantara dan Asia. Penulisan ini akhirnya membangunkan suatu bentuk naratif yang memberi peri penekanan terhadap perkaitan manusia dan sejarah, bagaimana kesedaran kepada sejarah akhirnya melahirkan manusia sejarah yang digelar homo historikus, atau manusia sejarah. Perkembangan manusia sejarah bermula dengan tiga tahap utama. Pada peringkat pertama, manusia tidak mempunyai kesedaran kepada sejarah—peristiwa penting yang berlaku tidak direkodkan untuk menggambarkan perkara sebenar yang pernah berlaku. Perkembangan kedua adalah apabila manusia mula sedar akan keperluan merekodkan perjalanan sejarah dengan benar; lantas mengasingkan perkara yang benar-benar terjadi dengan mitos, legenda dan khurafat. Perkembangan ketiga dan terakhir adalah apabila manusia bukan sahaja sedar akan keperluan merekod sejarah yang objektif, mereka juga turut sedar bahawa mereka adalah sebahagian dari sejarah. Oleh itu tindak tanduk mereka dilakukan dengan penuh sedar bahawa ianya akan menjadi sebahagian dari sejarah. Sebab itu kita melihat hari ini, apabila berlaku perang-perang besar, wacana kemanusiaan akan menyusup masuk dan akan ada diskusi perihal “history will judge us”. Perkara ini menandakan kesedaran sejarah yang paling tinggi, walhasil manusia sedar bahawa dia adalah sebahagian dari sejarah dan secara aktif cuba mencorak sejarah.

Maka buku ini akan menganalisis sejarah melalui lensa kesedaran sejarah yang akhirnya melahirkan manusia sejarah. Buku ini akan meninjau pemikiran-pemikiran sejarah, historiografi, dan juga isu-isu sejarah terutamanya di Malaysia melalui lensa perkembangan kesedaran sejarah. Eksplorasi ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang lebih jelas tentang bagaimana kita melihat dunia dari lensa sejarah. Bagaimana kesedaran sejarah ini berperanan membentuk dunia kita pada hari ini.

Pengantar
Pengenalan

1. Pemikir Sejarah dan Idea Kesedaran
2. Intipati dan Perbahasan Sejarah
3. Historiografi
4. Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia
5. Kesedaran dan Pertarungan Naratif dalam Isu Sejarah di Malaysia
6. Pengaruh Arus Perubahan di Asia Terhadap Kesedaran Sejarah Malaysia

Penutup
Bibliografi

Weight0.279 kg
Dimensions20 × 13 × 2.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Intelektual yang Membosankan

    Intelektual yang Membosankan

    RM35.00