Satira dalam Politik dan Pembangunan Malaysia

FAIRUZZAMAN SHAHARUDDIN ialah pensyarah kanan di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2024)
150 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9786294862111 Product ID: 47177 Subject: Sub-subjects: , , ,

Satira dalam Politik dan Pembangunan Malaysia membincangkan tema berhubung menanggapi budi daya satirawan dalam mencerahkan makna penentangan dalam bentuk apa jua kekuasaan yang menghimpit masyarakat dengan lelucon, jenaka, dan tiruan lucu karya sastera (parodi) di ruang awam. Menerusi buku ini penulis menyingkapi ketekalan satirawan dalam karya-karya yang dihasilkan untuk mencolok mata dan mendekam masyarakat tentang kebebalan sebahagian ideolog politikus dalam pembodohan ke atas masyarakat. Di Malaysia, pasca reformasi adalah titik pulang modal kepada satirawan dalam politik dan pembangunan kerana wujud dekad ketamakan sebelum ini yang membinasakan lingkungan ekologi insan, masyarakat dan negara. Arakian, ada karya satira yang meladeni transkrip umum dan transkrip tersembunyi sebagai aksi penentangan kumpulan ini di ruang awam. Seni yang dipaculkan oleh satirawan dalam gerakan kesusasteraan terdahulu, pasca reformasi dan marcapada ini juga telah diperhalusi dengan persis dengan nilai keketaraan. Karya asli ini berbaloi untuk ditelaah kerana ia akan melacak dan menggugah cara fikir pembaca terkait karya-karya satirawan yang bergulat dengan asakan paradigma politik pembangunan daripada pelbagai sudut.

Prakata

1. Susur Langka dan Marcapada Dialektik Satira
2. Jelujur Satira Politik dalam Ruang Awam di Malaysia
3. Satira Politik dan Pembangunan Malaysia: Penentangan dan Pembenturan
4. Pembauran Satira dalam Politik dan Pembangunan: Pertembungan Kuasa Pasca Reformasi
5. Melampaui Hadapan: Melazimi Satira dalam Politik dan Pembangunan

Rujukan
Indeks

Weight0.189 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.