Anna Karenina, Jilid 2 merupakan terjemahan yang sah daripada buku Anna Karenina karya Leo Tolstoy yang diterbitkan pada tahun 1878. Anna Karenina merupakan sebuah novel yang melukiskan kehidupan moden di Rusia dalam tahun 1870-an. Kelebihan novel ini terletak bukan sahaja pada masa unsur estetika dalam babak-babak tertentu, tetapi juga pada keindahan yang menyeluruh.
Tiap-tiap idea yang dicetuskan itu dapat dihayati dan difahami dalam erti kata yang sebenar-benarnya dalam konteks keseluruhan cerita itu. “Sanjungan terhadap kehidupan” dan “kehidupan berkeluarga” merupakan tunjang yang penting bagi Tolstoy sebagai pengarangnya. Matlamat beliau bukan untuk mengutarakan penyelesaian yang muktamad, tetapi untuk memberi kekuatan kepada insan agar mencintai kehidupan dalam segala bentuk dan manifestasi yang luhur.
Tolstoy pernah berkata, “Kalau orang memberitahu saya bahawa apa-apa yang saya tulis itu akan dibaca oleh anak-anak 20 tahun dari sekarang dan mereka akan menangis atau ketawa apabila membacanya dan mencintai kehidupan, saya pasti akan mengorbankan segala jiwa raga dan tenaga saya untuknya.” Kata-kata ini telah ditulisnya 100 tahun yang lampau. Karyanya kini telah menempuh ujian masa. Setiap karyanya merupakan ajaran dan Natijah bagi para pembacaannya.
Reviews
There are no reviews yet