Dalam karya Asuhan Budi Menerusi Islām, Za’ba menegaskan peranan agama sebagai asas penting bagi pemantapan tingkah laku bangsa Melayu. Pada pendapat Za’ba, usaha membaiki akhlak orang Melayu perlu disandarkan pada agama kerana agama Islam menjanjikan pahala dan dosa serta balasan syurga dan neraka dan asas itu dapat menjadi dorongan orang Melayu mematuhi perintah Tuhan dan mengelakkan larangan-Nya. Untung rugi di dunia dan di akhirat dapat menjadi pertimbangan untuk seseorang memilih untuk berbuat baik atau berbuat jahat. Secara tersirat Za’ba telah menyemaikan pentingnya menolak sekularisme, iaitu pemisahan kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat. Namun, berkali-kali Za’ba menegaskan peri pentingnya kekuatan pertimbangan akal dalam melaksanakan ajaran agama, bukan anutan dan amalan secara melulu, dengan pengertian pentingnya ajaran agama dipelajari dengan pemahaman yang betul dan mendalam.
Sejumlah 10 bab yang terkandung dalam buku ini memaparkan kupasan Za’ba untuk melaksanakan ‘asuhan budi’ bagi orang Melayu menurut pendekatan agama Islam yang benar. Bermula dengan beberapa bahasan tentang peri pentingnya menjaga kemuliaan sahsiah, seperti kewajiban kepada diri sendiri dalam ehwal diri yang zahir, harta benda dan kehidupan duniawi, Za’ba menegaskan peri pentingnya menitikberatkan kewajiban kepada diri yang batin atau diri yang hakiki, iaitu dalam ehwal didikan hati dan budi pekerti.
Buku ini merupakan edisi kedua bagi buku yang edisi pertamanya diterbitkan oleh H. M. Shah pada tahun 1958 dan diberi kata pengantar oleh Syed Nasir bin Ismail selaku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada waktu itu. Menurut kata pendahuluan pengarang sendiri, Asuhan Budi Menerusi Islām ialah versi yang telah disusun semula daripada bahan ceramah bersiri dalam rancangan agama di radio, dari pertengahan bulan Julai 1951 hingga akhir bulan Januari 1953. Bahan ceramah yang tersimpan selama lima tahun itu baru pada tahun 1958 diterbitkan atas permintaan Tuan H. M. Shah.
Penghargaan Penerbit Edisi Kedua
Catatan Penyuntingan Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Kedua
– Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan
Kata Pengantar Edisi Pertama
– Tun Syed Nasir Ismail
Pendahuluan Pengarang
BAHAGIAN I
Bahath 1: Peri Kemuliaan Perangai
1. Pentingnya Perangai Yang Mulia dalam Agama Islām
2. Kewajipan Perangai Yang Mulia dalam Kehidupan Manusia
3. Kewajipan Manusia di Medan Akhlāq
Bahath 2: Kewajipan Kepada Diri Sendiri
1. Pihak Kasar: Tentang Tubuh Badan, Harta Benda dan Lain-lain Haq Kebendaan
— Kewajipan Tentang Tubuh Badan
— Kewajipan Tentang Harta Benda
— Kewajipan Memelihara Keselamatan Diri dan Ḥaq-Ḥaq Kebajikannya
Bahath 3: Kewajipan Kepada Diri Sendiri
2. Pihak Halus: Didikan Hati dan Budi Pekerti
— Menuntut ‘Ilmu
— Mengenal Qadar Diri
— Membaiki Perangai Diri
— Menjaga Keselamatan Perangai
— Memelihara Maruah dan Kehormatan Diri
— Menahan Kemahuan Hawa Nafsu
Bahath 4: Didikan Kepada Anak-Anak
1. Ibu Bapa Guru Yang Pertama Kepada Anak-Anaknya
2. Cara Memberi Didikan
3. Melatih Anak-Anak Mengenal Baik Jahat
4. Tempat Didikan di dalam Urusan Rumah Tangga
5. Kewajipan Ibu Bapa kepada Anak-Anaknya
Bahath 5: Ajaran Jimat Cermat Dalam Islam
1. Mustahaqnya
2. Fa’idah dan Contoh-Contohnya
3. Kesalahan Kita
4. Qa’idah Berjimat Cermat
BAHAGIAN II
Bahath 6: ‘Ibādāt Puasa Dalam Islam
1. Tujuannya dan Isinya
2. Kenangan Kepada Bulan Puasa dan Hari Raya
3. ‘Adat-‘Adat Yang Bukan Agama
4. So’al Ru’yah dan Ḥisāb
Bahath 7: Ber’amal Kerana Allah
1. Ertinya dan Falsafahnya
2. Darjat-Darjat ‘Amal Kebajikan
3. Darjat-Darjat Menjauhi Kejahatan
4. Ajaran Islām Bagi Semua Peringkat
Bahath 8: Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat
1. Kewajipan Himmah dan ‘Amal
2. Jangan Berhati Tikus
3. Undang-Undang Tuhan Kepada Makhlūq
Bahath 9: Agama dan Kemestiannya Kepada Manusia
1. Erti Agama dan Tujuannya
2. Apa Perlunya Didatangkan Agama?
3. Agama Yang Sebenar
4. Mustahaqnya Pengetahuan Agama
Bahath 10: Pelajaran Agama Pada Umat Melayu
1. Di Kampung-kampung
2. Di Sekolah-sekolah dan Kolej Melayu
3. Pada Anak-anak Melayu di Sekolah-sekolah Orang Putih
4. Di Bandar-Bandar dan Di Kelab-Kelab Melayu
5. Cita-cita Melayu Dishorkan
Daftar Rujukan Edisi Kedua
Daftar Rujukan Edisi Pertama
Indeks
Biodata
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet