Ayahanda

AZIZI HAJI ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A dan penerima anugerah MASTERA 2007.

DBP (2016)
364 halaman

RM22.00

Only 1 left in stock

Ayahanda, sebuah karya oleh Azizi Haji Abdullah.

“Seorang bapa boleh memahami perasaan dua belas orang anaknya tetapi amat malang dua belas orang anak tidak mampu memahami perasaan seorang bapa.”

Ini kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.

Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka. Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti.

Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.

Petikan Buku Ayahanda

“Siapa perempuan dalam bilik itu?” Aku mendekati Abang Ramli. Aku kira pertanyaan aku ini didengar oleh perempuan di dalam bilik emak.

Abang Ramli cuma tersenyum.

“Siapa?” Aku bertanya lagi. Kakak Limah, Khomsiah, Badariah dan yang lain masih sibuk membasuh pinggan mangkuk. Emak pula entah apa yang dibuatnya.

“Mak.”

“Mak? Mak siapa?”

“Mak kita.”

Jadi … pak … pak….” Aku terhenti. Untuk meneruskan perkataan kahwin aku tidak sampai hati lagi. Terasa seketul batu gerigis terlekat di kerongkong. Batinku bagaikan hendak menjerit. Tiba-tiba sahaja aku naik geram kepada Abang Ramli. Kalau bukan abangku, mahu sahaja aku tendang biar terperosok ke sudut serambi.

Tetapi, Abang Ramli sudah turun dengan bersahaja dan terus balik ke rumahnya. Aku pun berjalan dengan hentakan kaki yang agak kuat.

Kakak Limah, Khomsiah dan Badariah sudah tiada. Mungkin mereka balik ke rumah mereka sekejap. Emak sedang mengumpul sisa-sisa gulai ke dalam timba plastik. Wajah emak tetap ceria. Emak nampaknya sangat rajin bekerja.

“Mak!” Aku menjegil dan menahan nafas benci.

“Pak kau tu menikah semalam,” kata emak seperti bangga benar.

Aku hampir hendak menjerit. Terasa bengang dan mahu gila, rasanya. Barulah aku faham senyum dan ceria wajah emak. Mungkin itu dipaksa-paksa. Emak sudah tentu termakan ubat guna-guna bapa. Emak tentu tertipu dengan ketaatan yang sering bapa peringatkan. Emak sudah dimadukan. Emak sudah bergelar bini tua

“Mak…” Aku cuba menguatkan semangat dan menahan amarah. “Pak…”

Emak cepat-cepat angguk. Kalau tidak kerana bapa berada di masjid, mahu aku hadapinya dan bertanya, “Pak! Tak cukupkah dengan mak?”

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.260 kg
Dimensions 11 × 1.4 × 18.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834613815

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ayahanda”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • pencinta alam azizi haji abdullah

    Pencinta Alam

    RM15.00
  • Harga Sebuah Maruah Azizi Haji Abdullah

    Harga Sebuah Maruah

    RM25.00