Daftar Kata Bahasa Melayu-Bahasa Kedayan

Terbitan BAHAGIAN PERKAMUSAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
238 halaman

RM28.00

Only 1 left in stock

Daftar Kata Bahasa Melayu-Bahasa Kedayan memuatkan kira-kira 4,000 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Melayu – bahasa Kedayan. Daftar kata ini dikumpulkan berdasarkan kepada perkataan yang kerap digunakan oleh kedua-dua penutur bahasa ini dan diharap dapat membantu kemusykilan-kemusykilan yang timbul oleh kedua-dua pengguna bahasa ini. Dengan adanya penerbitan daftar kata ini diharapkan dapat menambah khazanah buku daftar kata pelbagai bahasa sukuan khususnya dalam usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memperbanyakkan penyerapan pelbagai bahasa sukuan khususnya yang melibatkan pelbagai istilah dan kata umum ke dalam bahasa Melayu. Dengan adanya penerbitan ini juga bahasa-bahasa sukuan di Sarawak terus dipelihara dan dilestarikan untuk tatapan generasi pada masa akan datang.

Dari segi demografi, sebaran etnik Kedayan melampaui batasan politik. Di negara Brunei Darussalam terdapat juga kumpulan etnik ini. Mereka awal-awalnya merupakan penduduk pertanian yang terpenting dalam Kerajaan kesultananan Melayu Brunei. Etnik Kedayan juga terdapat di kawasan pantai barat daya Sabah terutamanya di Pulau Labuan dan daerah Sipitang. Di Sarawak, daerah kecil Subis di bahagian Miri merupakan kawasan etnik Kedayan yang utama. Menurut Banci 1980, daripada 11,036 etnik Kedayan, kira-kira 5,351 orang terdapat di bahagian Miri. Sejumlah 4,915 orang yang lainnya pula terdapat di daerah Limbang dan Lawas.

Etnik Kedayan disifatkan sebagai tergolong dalam rumpun Austronesian, iaitu kumpulan bumiputera Sarawak yang mempunyai persamaan ciri-ciri asas bahasa—ada pertalian kekeluargaan antara bahasa-bahasa bumiputera. Beberapa pengertian telah dimajukan oleh sebilangan penulis berhubung dengan perkataan “Kedayan”. Etnik Kedayan juga dikenali dengan tidak kurang daripada 10 jenis ejaan.

Etnik Kedayan dipercayai mula bertapak di kawasan Pasir Jerudong, Brunei Darussalam sebelum berhijrah ke kawasan-kawasan Merapok, daerah Lawas, lembah sungai Sibuti dan Niah, daerah Miri/Subis dan juga di kawasan Sipitang di pesisiran pantai barat Sabah; dan Pulau Labuan. Masyarakat Kedayan umumnya terdiri daripada kaum petani. Dalam hubungan ini, tradisi bertanam padi dan hidup sesuai dengan peraturan yang ditentukan oleh semangat padi merupakan tema penting dalam kehidupan masyarakan Kedayan.

Prawacana
Prakata
Penghargaan
Sidang Penyusun
Keterhadan dan Metodologi Pengumpulan
Bahasa dan Masyarakat Kedayan
Panduan kepada Pengguna

Daftar Kata Bahasa Melayu — Bahasa Kedayan Abjad A – Z

Weight0.311 kg
Dimensions21.6 × 14 × 1.3 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.