Out of stock

Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih (Malaysian Destar Heritage: A Selected Collection)

WAN YAHYA ABDULLAH adalah budayawan dari Galeri Citra Warisan, Kuala Lumpur.

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 2011)
156 halaman termasuk Rujukan

RM80.00

Out of stock

Destar Warisan Malaysia: Koleksi Terpilih (Malaysian Destar Heritage: A Selected Collection) membentangkan sejarah, reka bentuk, jenis-jenis, adat pemakaian, dan cara mengikat destar, iaitu salah satu unsur penting dalam pakaian orang Melayu. Destar mengikut Kamus Dewan bermakna setangan kepala, tengkolok, tanjak, kain (ikat) kepala; destar beranting-anting; destar berapi-api adalah destar yang biasanya dipakai oleh penari-penari; destar bertatah adalah destar yang disematkan perhiasan yang disebut jata; destar hitam berkotak adalah destar untuk penghulu adat; destar pelangi adalah destar yang beraneka warna; destar tebu setuntong dan lain-lain. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan memberi makna destar ialah pemuntal, setangan kepala, kain ikat kepala, tanjak, tengkolok, saluk atau sapu tangan.

Destar ialah sejenis kain penutup kepala, bulang hulu, tengkolok, setangan kepala ataupun tanjak sama dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Umum Bahasa Indonesia yang menyamakan destar dengan kain kepala atau tengkolok. Definisi destar juga boleh diberi berdasarkan kepada fungsi dan reka bentuknya. Pada umumnya, destar ialah sejenis kain penutup kepala orang lelaki yang dipakai oleh raja, orang besar-besar istana atau pengantin dan pesilat. Sementara itu terdapat istilah lain digunakan mengikut tempat tetapi masih membawa maksud yang sama dengan destar, antaranya tengkolok berasal dari Perak, setanjak dari Selangor, bulang hulu yang digunakan khas untuk raja-raja, puntal bersering dan ikat kepala ataupun semutar yang sering dipakai oleh nelayan di Kelantan dan Terengganu.

Menurut Hassan Noel Ariffin, perkataan destar berasal daripada perkataan Parsi, manakala puntal bersering menurut Winstedt berasal dari Patani. Masyarakat yang berasal dari Minangkabau sering menyebutnya sebagai destar sementara masyarakat berketurunan Bugis mengenali pakaian kepala ini sebagai tengkolok atau setanjak.

Destar adalah salah satu cabang seni rupa Melayu tiga dimensi berasaskan pada bentuknya yang mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi. Hasil ciptaan ini sarat dengan nilai estetika di samping memperlihatkan ketekunan dan kehalusan penciptaannya yang tinggi. Sebagai sebuah hasil seni, destar mempunyai nilai seni dan keindahan yang tinggi dan ini jelas tergambar daripada reka bentuknya.

Sesetengah pendapat menyatakan ada perbezaan antara destar dan tengkolok. Tengkolok lebih memberatkan sifatnya yang agam, tinggi dan kadang-kadang didapati bertingkat-tingkat sementara destar lebih rendah, lebih molek dan kemas serta ringkas buatannya. Namun pada hakikatnya, kedua-dua destar dan tengkolok bolehlah dikatakan sama. Perbezaan yang ada hanyalah perbezaan pada nama dan sedikit sebanyak bentuknya tetapi dari segi ikatan dan fungsinya tidak ada perbezaannya. Kedua-duanya mewarisi satu sejarah yang sama.

Perubahan masyarakat dan budaya serta munculnya songkok, kopiah, tarbus, topi dan sebagainya memberi kesan besar kepada pemakaian destar. Pemakaian destar yang meluas semakin berkurangan tetapi dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan raja-raja Melayu, perkahwinan, persilatan dan persembahan pentas, destar masih mendapat tempatnya.

Weight1.287 kg
Dimensions28.5 × 25.7 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.