Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Perkembangan dan Isu Undang-Undang

Penulisan bersama HENDUN ABD RAHMAN SHAH, ADZIDAH YAAKOB, ABIDAH ABDUL GHAFAR, ARIF FAHMI MD YUSOF, DINA IMAM SUPAAT, FARAH SALWANI MUDA @ ISMAIL, NORFADHILAH MOHAMAD ALI, SYAHIRAH ABDUL SHUKOR dan SURAIYA OSMAN

Penerbit USIM (Cetakan Pertama, 2021)
96 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Dinamika Undang-Undang Tanah Adat di Negeri Sembilan: Perkembangan dan Isu Undang-Undang melihat pengaruh undang-undang tanah adat ketika era pentadbiran British di Negeri Sembilan dan perkembangannya selepas era tersebut sehingga kini, tatkala amalan tanah adat sedia ada adalah berdasarkan kepada kerangka undang-undang tanah adat yang telah pun berusia hampir satu abad. Amalan eksklusif di Negeri Sembilan menggariskan bahawa tanah adat ialah mana-mana tanah di bawah hak milik (geran) pejabat tanah yang disahkan perkataan “Tanah adat” (Customary Land) dalam Suratan Hakmilik dan Buku Daftar Hakmilik tanah tersebut.

Tanah-tanah yang dibuka oleh penghijrah-penghijrah Adat Perpatih dari Minangkabau adalah secara berkelompok. Justeru, pentadbiran tanah sebelum kedatangan British adalah tertakluk kepada undang-undang adat yang diuruskan oleh Buapak dan Lembaga. Keunikan Adat Perpatih ialah sifatnya yang matrilineal iaitu yang berasaskan nasab sebelah ibu. Tradisi adat menetapkan secara umumnya bahawa pihak perempuan berhak mewarisi tanah adat. Hal ini menimbulkan perbezaan yang sangat ketara dalam peraturan adat di Negeri Sembilan kerana dalam peraturan ini, terdapat cara tertentu dalam urusan pembukaan, pemilikan serta peraturan dalam pembahagian sebidang tanah.

Peraturan tanah adat di daerah tertentu Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih ditadbir mengikut peraturan adat yang telah dipertahankan sekian lama. Bermula daripada pentadbiran informal melalui kata-kata perbilangan, pepatah dan sebagainya. Semasa era kolonial, peruntukan institusi informal menjelaskan bahawa tujuan pengusahaan tanah pusaka itu sendiri adalah untuk memberi asas ekonomi keluarga sahaja. Adat ini sebenarnya memastikan setiap isi rumah mempunyai halaman, sawah, ladang getah dan dusun buah-buahan walaupun dalam keluasan yang terhad dan terpencil.

Sistem tanah adat ini membahagikan tanah kepada tiga kategori iaitu tanah pusaka, tanah carian bujang dan tanah carian suami isteri. Dalam isu tanah pusaka, peraturan tanah adat sememangnya meletakkan wanita dalam sesuatu suku sebagai pewaris kepada pemilikan tanah adat. Walaupun demikian, tanah ini masih dianggap sebagai milik suku berkenaan dan bukan hak milik mutlak individu. Perlu ditekankan di sini, hak waris lelaki dalam Adat Perpatih sebenarnya tidak pernah dinafikan. Ini kerana, hak pewarisan bukan hak mutlak waris perempuan tersebut. Seorang lelaki adat yang ideal mampu berdikari dan tidak mengharapkan pergantungan kepada harta pusaka ibunya. Pada dasarnya, sifat berdikari seorang lelaki yang boleh mencari dan mengusahakan harta sendiri menjadi satu faktor yang menyebabkan pewarisan tanah adat diberikan kepada waris perempuan.

Namun begitu, mereka masih boleh mengusahakan dan mengambil hasil daripada tanah adat tersebut. Lebih menarik lagi, dalam keadaan tertentu hak lelaki untuk menjadi penghuni sepanjang hayat (life occupant) kepada tanah adat juga diiktiraf. Ini bererti, waris lelaki sama ada yang terdiri daripada anak lelaki ataupun saudara lelaki seibu sebapa boleh didaftarkan dalam geran sebagai penghuni sepanjang hayat di samping waris wanita yang hidup, yang didaftar sebagai pemilik harta tanah adat tersebut. Ini kerana, adat melarang waris lelaki mewarisi tanah pusaka tetapi adat tidak pernah melarang waris lelaki mengambil hasil daripada tanah tersebut.

Masyarakat adat menitikberatkan kepentingan waris perempuan kerana perempuan dikatakan sebagai “kunci maruah” kepada suku. Kedudukan istimewa untuk mewarisi tanah ini diberikan oleh peraturan tanah kepada pewaris perempuan kerana merekalah yang melahir dan mendidik generasi dalam suku dan sewajarnya mereka diberi perlindungan. Tanah pusaka yang diwarisi melalui peraturan adat ini sebagai jaminan hidup, khususnya jika mereka sudah tiada tempat bergantung. Perubahan dalam sistem pentadbiran tanah adat telah mula berkembang dan melalui satu evolusi sedari zaman pentadbiran British.

Kata Pengantar
Prakata

1. KONSEP DAN SEJARAH TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN
Pengenalan
Konsep Tanah Adat
Perbilangan Adat di Negeri Sembilan
Sistem Tanah Adat di Negeri Sembilan

2. PERUNDANGAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN
Pengenalan
Pengaruh Undang-undang British dalam Pentadbiran dan Pengamalan Tanah Adat
Enakmen Pemegangan Adat 1909 (Customary Tenure Enactment 1909)
Enakmen Pemegangan Tanah Adat Bab 215 (Customary Tenure Enactment Chapter 215)
Enakmen Pemegangan Tanah (Adat Lengkongan) 1960
Kesan Perlaksanaan Enakmen Pemegangan Adat (Bab 215) kepada Masyarakat Adat

3. PEMILIKAN, PENDAFTARAN DAN PINDAH MILIK TANAH ADAT
Pengenalan
Kedudukan Tanah Adat di Bawah Kanun Tanah Negara 1965 dan Enakmen Pemegangan Adat
Pendaftaran Tanah Adat di Bawah Enakmen Pemegangan Adat No.17 Tahun 1909
Permohonan Pendaftaran Tanah Adat di Bawah Enakmen Pemegangan Adat 1926 Bab 215
Pendaftaran Tanah Adat di Bawah Enakmen Pemegangan Adat (Tanah Lengkongan) No.4 Tahun 1960
Pendaftaran Tanah Adat Melalui Perintah Pembahagian Pusaka di Bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (APPK 1955) atau Akta 98
Pengguguran Istilah “Tanah Adat” daripada Geran Tanah
Pindah Milik Tanah Adat
Peraturan Menjalankan Penjualan
Prosedur Pindah Milik Tanah Adat
Isu-Isu Berkaitan Pindah Milik Tanah Adat

4. ISU-ISU PENGAMBILAN TANAH ADAT
Pengenalan
Pengambilan Tanah Adat oleh Pihak Berkuasa
Kes-kes Mahkamah Berkaitan Tanah Adat

5. TUNTUTAN TERHADAP TANAH ADAT SEBAGAI HARTA SEPENCARIAN
Pengenalan
Dalil Keharusan Harta Sepencarian
Harta Sepencarian dalam Adat Melayu
Pembahagian dan Kadar Harta Sepencarian
Isu Tuntutan Terhadap Tanah Adat

6. MASA HADAPAN TANAH ADAT DI NEGERI SEMBILAN

Lampiran
Rujukan
Akta dan Enakmen
Kes-Kes
Biodata Penulis
Indeks

Weight0.158 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 0.6 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.