Einstein di Malaya

ROSLAN ABD SHUKOR adalah Profesor di Jabatan Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
162 halaman termasuk Lampiran dan Indeks

RM40.00

In stock

Einstein di Malaya menceritakan catatan Albert Einstein dalam diarinya ketika singgah di Malaya semasa pelayaran beliau dari Eropah ke Jepun. Einstein dan isterinya Elsa membuat perjalanan dari Eropah ke Jepun pada 7 Oktober 1922 hingga 21 Mac 1923. Semasa pelayaran pergi, antara tempat yang disinggahi beliau ialah Singapura. Dalam perjalanan pulang pula beliau singgah di Malaya, termasuk sekali lagi di Singapura, serta di Melaka dan Pulau Pinang pada awal Januari 1923. Pemerhatian beliau semasa singgah di Malaya diceritakan dalam buku ini.

Albert Einstein merupakan antara tokoh sains yang tersohor di dunia, Sama ada kita sedar atau tidak, teori fizik beliau telah merubah kehidupan manusia pada hari ini. Ada banyak buku tentang ahli fizik tersohor ini, tetapi tidak ada satu pun yang menceritakan Jawatan dan catatan beliau semasa singgah di Malaya pada penghujung tahun 1922 dan awal tahun 1923. Juga, tidak banyak buku tentang Einstein yang ditulis dalam bahasa Melayu meskipun beliau seorang ahli sains yang tersohor. Justeru, buku ini ditulis bagi menceritakan Einstein dan teorinya, catatannya sewaktu singgah di Malaya serta kesan kedatangan beliau ke dunia Melayu.

Dalam pelayaran Einstein dari Eropah ke Jepun bersamasama isterinya Elsa pada penghujung tahun 1922, Einstein telah mencatatkan pengalamannya semasa singgah di beberapa tempat di Asia Selatan dan Malaya. Dalam pelayaran pergi, antara tempat yang disinggahi beliau ialah Colombo (Sri Lanka) dan Singapura. Dalam pelayaran pulang pula, pelabuhan yang disinggahinya ialah Singapura, Melaka, Pulau Pinang dan Sri Lanka.

Buku ini ditulis dengan merujuk catatan diari Einstein sendiri semasa dalam pelayaran tersebut. Selain itu, beberapa sumber seperti akhbar, jurnal dan majalah, terutamanya yang terbit di antara tahun 1922 dan tahun 1923, juga dirujuk. Fakta yang bukan daripada catatan Einstein disahkan sekurang-kurangnya melalui dua sumber yang berlainan. Semua sumber rujukan yang digunakan disenaraikan dalam Bibliografi di bahagian akhiran buku ini.

Apa yang menarik jalah Einstein meneruskan penulisan tentang feori fiziknya semasa pelayaran pergi dan pulang dari Jepun. Semasa dalam pelayaran pulang, kapal yang dinaiki beliau, Haruna Maru, singeah di Melaka dan Pulau Pinang pada Januari 1923. Di kedua-dua kota ini Einstein meneruskan penulisan artikel tentang teorinya sehinggalah beliau menamatkan pelayaran di Pelabuhan Said, Palestin pada 1 Februari 1923. Artikel tersebut diterbitkan oleh Akademi Sains Prusia di Berlin pada bulan Mei 1923. Terjemahan dalam bahasa Inggeris diterbitkan pada bulan September 1923 dalam jurnal Nature di United Kingdom. Pada tahun itu juga, Einstein menerbitkan sebuah lagi artikel tentang Teori Kerelatifan Am yang juga ditulis semasa dalam pelayaran ke Jepun.

Einstein menggunakan diari yang mempunyai 182 halaman dengan 81 halaman tertulis catatan beliau. Di bahagian paling belakang diari tersebut terdapat 20 halaman kiraan matematik yang ditulis secara terbalik. Tulisan beliau yang kemas dan teratur memudahkan catatannya dibaca. Einstein mencatatkan apa yang dilihatnya sendiri ketika itu walaupun ada sebahagian catatan beliau mungkin agak kontroversi dan kelihatan rasis. Kedaifan masyarakat Asia pada awal kurun ke-20 seperti yang dilihat pada gambar-gambar pada masa itu adalah bertepatan dengan catatan Einstein. Pada masa itu, kebanyakan negara Asia masih lagi dijajah oleb negara-negara Barat. Sebahagian besar penduduknya miskin dap penampilan mereka begitu daif.

Setiap bab dalam buku ini dimulai dan diakhiri dengan kata kata daripada Einstein. Ramai ahli sains dan personaliti disebutkan dalam Einstein di Malaya. Bagi memudahkan pembaca, biografi ringkas beberapa tokoh dan personaliti dan juga institusi yang penting diberikan dalam bab terakhir.

Senarai Rajah & Gambar
Tarikh Penting Sejarah Einstein dan Pelayaran ke Jepun dan Asia
Prakata

BAB 1 Ikon Ahli Sains Dunia
— Personaliti Paling Berpengaruh dalam Sejarah
— Sumbangan kepada Sains
— Profesor di Universiti
— Kediaman Einstein di Princeton
— Pandangan Politik

BAB 2 Kisah Peribadi
— Zaman Kanak-kanak dan Remaja
— Persona Einstein
— Kepintaran dan IQ
— Hobi
— Insiden dan Cerita Lucu Einstein

BAB 3 Jemputan dan Rancangan Pelayaran ke Jepun
— Jemputan ke Jepun
— Insiden Walther Rathenau Ditembak Mati
— Menaiki Kapal di Marseille Perancis

BAB 4 Kota Singa 1922 dan 1923
— Kunjungan Sulung
— Sesi Bergambar Bersama-sama Keluarga Meyer
— Sumbangan untuk Universiti
— Kunjungan Kedua
— Berkunjung ke Kampung Simpang Bedok

BAB 5 Hadiah Nobel Fizik 1921
— Telegram di Shanghai
— Sumbangan dan Penemuan Saintifik Hadiah Nobel
— Wang Hadiah Nobel

BAB 6 Kota Melaka dan Pulau Pinang 1923
— Berlabuh di Pelabuhan Melaka
— Kepelbagaian Budaya dan Adat Resam
— Orang Pulau Pinang Bergaya
— Catatan Diari di Melaka dan Pulau Pinang
— Balai Cerap di Lembang Jawa
— Iklim Panas dan Lembap

BAB 7 Berkarya di Malaya: Teori Medan Affine
— Rambut Tebal di dalam Sup Elektrik di Melaka
— Cerapan Gerhana Matahari di Afrika Barat
— Teori Gabungan Graviti dan Elektrik dari Singapura

BAB 8 Lanca di Sri Lanka
— Kunjungan Pertama
— Bangsawan Miskin
— Kunjungan Kedua
— Catatan Diari di Sri Lanka
— Mengingati Sri Lanka

BAB 9 Kesan dan Pemerhatian Einstein di Malaya
— Kota Metropolitan di Malaya
— Penubuhan Universiti di Palestin
— Penulisan Teori Gabungan Graviti dan Elektrik
— Menulis Surat kepada Arrhenius, Bohr dan Planck Sewaktu di Singapura
— Pandangan Terhadap Wanita Asia
— Iklim Tropika
— Kesimpulan Einstein di Malaya

BAB 10 Biografi Tokoh dan Institusi
— Tokoh
—— Mohammad Abdus Salam
—— Svante August Arrhenius
—— Niels Henrik David Bohr
—— Satyendra Nath Bose
—— Arthur Stanley Eddington
—— Elsa Einstein
—— Enrico Fermi
—— Mileva Marić
—— Menasseh Meyer
—— Robert Andrews Millikan
—— Isaac Newton
—— Max Karl Ernst Ludwig Planck
—— Walther Rathenau
—— Joan Voûte
—— Chaim Weizmann
— Institusi
—— Yayasan Hadiah Nobel
—— Institute for Advanced Studies

Lampiran
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Rujukan
Indeks

Weight0.241 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Muhammad Imran Syafie Z. (Verified Reader)

    Kawah buku lubuk kepada pencinta buku, teruskan usaha.Kemudahan membeli juga berada di tahap yg baik.Boleh pertimbangkan untuk bangunkan applikasi yg lebih mesra pengguna telefon pintar.Syabas

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.