Hatimu Aisyah

ZURINAH HASSAN (b. 1949 -) merupakan salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia.

DBP (Cetakan Kedua, 2016)
240 halaman

RM15.00

In stock

Product ID: 25276 Subjects: , Sub-subject:

Hatimu Aisyah merupakan sebuah novel “rakaman dekad” yang menggambarkan jurang generasi antara dua keturunan. Aisyah telah dididik secara tradisional yang segala-galanya mesti akur dengan norma-norma masyarakat dan orang tua-tua. Dua orang anak perempuannya “terkorban” kerana tidak dapat melawan norma masyarakat ini. Apabila membina keluarganya sendiri, suasananya sudah berubah. Anak-anaknya menyanggah “kebenaran” yang dipelajarinya dulu, bersoal jawab mengenai sesuatu yang meragukan, membantah peraturan adat yang mereka anggap lapuk dan usang. Semua tindakan mereka tidak pernah terlintas di hatinya apalagi untuk dilakukan pada zamannya dulu. Pada mulanya, sangat sukar dia menerima perubahan ini. Akan tetapi, akhirnya dia terpaksa mengikut arus pemodenan itu. Dia berjaya membina keluarganya walaupun semua anaknya tidak ada di sampingnya seperti yang diharap-harapkan. Semua persoalan ini diolah dengan satu gaya penceritaan yang lembut, indah dan menawan satu gaya penulisnya yang unik, gaya Zurinah Hassan.

Weight0.217 kg
Dimensions18.5 × 11.4 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi

    Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi

    RM35.00
  • Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden

    Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden

    RM40.00