Ibrahim: Pahlawan Melayu

IBRAHIM ISMAIL (b. 1922 – d. 2010) adalah bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga, antara tahun 1970 sehingga 1977.

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
475 halaman termasuk Lampiran dan Indeks

RM150.00

Only 1 left in stock

Ibrahim: Pahlawan Melayu adalah sebuah autobiografi seorang anak watan yang ternama dalam sejarah Malaysia, Jeneral (B) Tun Ibrahim dan merupakan satu huraian peristiwa sejarah negara yang terbentang di hadapan mata seorang saksi yang masih bersama kita. Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian I – Sudahkah Kamu Bertemu Mariam? merupakan buku Tun Ibrahim yang terdahulu menceritakan zaman mudanya semasa menyertai Pasukan Tentera Negeri Johor, menjalani latihan dan seterusnya menerima tauliah Baginda King. Kemudian, pengalaman beliau semasa berkhidmat dengan Tentera Inggeris di India serta peranan semasa Perang Dunia Kedua sebagai ketua pasukan kecil yang diseludup balik ke Tanah Melayu yang pada masa itu masih di bawah penaklukan Jepun diceritakan juga.

Bahagian II – Ibrahim Pahlawan Melayu merupakan karya beliau yang terakhir mengisahkan perkhidmatannya dalam negara, juga dipaparkan dengan jelasnya. Imbasan kepada kejadian dan peristiwa pada masa lampau yang sentiasa menyala dan menjadi igauan dalam ingatan beliau telah menyemarakkan lagi catatan ini sebagai peringatan kepada yang masih hidup, tentang kapasiti manusia sama ada untuk memusnah atau membina. Tun Ibrahim juga membuka sudut kepada pembaca mengimbasi detik-detik istimewa beliau bersama-sama keluarga yang semuanya diadun dan dikarang dengan penuh kebijaksanaan dalam rangka menzahirkan riwayat seorang pahlawan Melayu.

Kerjaya Tun Ibrahim yang dilaluinya lebih 30 tahun, tentu sekali meninggalkan kesan yang tidak dapat dihapuskan, bukan sahaja dari segi sejarah Angkatan Tentera Malaysia, tetapi juga dalam arena politik negara. Keazaman beliau yang kuat, keperibadian yang sungguh dihormati, serta prinsip akhlak yang bermoral membuat beliau dikagumi, Beliau juga dipandang tinggi oleh para Perdana Menteri Malaysia. Cara beliau digambarkan di sini, dengan sifat lemah lembut terhadap keluarga dan kawan-kawan, memberikan satu persepsi berbeza daripada pandangan umum terhadap seorang yang berpakaian seragam seorang Jeneral.

Kata Pengantar – Tun Abdullah Ahmad Badawi
Kata Pengantar – Duke of Edinburgh
Kata Pengantar – Tun Hussein Onn
Prakata
Singkatan

Bahagian I: SUDAHKAH KAMU BERTEMU MARIAM?

Bab 1 Dari Zaman Kanak-Kanak, Angin Perubahan
Bab 2 Dari Kampung ke Dehra Dun
Bab 3 Pegawai Tauliah Baginda King
Bab 4 Ejen Perisik
Bab 5 Percubaan Menyusup yang Pertama
Bab 6 Percubaan Kedua yang Gagal
Bab 7 Percubaan Ketiga — Tertawan
Bab 8 Kami Berpura-pura Berpaling Tadah
Bab 9 Tipu Muslihat di Kota Bharu
Bab 10 Berakhirnya Penyamaran — dan Pecah Perang
Bab 11 Pergerakan Subversif dan Pemberontakan Rakyat
Bab 12 Selepas 30 Tahun

Bahagian II: IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU

Bab 13 Keseronokan yang Tidak Disangka-sangka: Dibebaskan daripada Tawanan Perang
Bab 14 Bukit Kepong, Pengawal Kampung, Johor
Bab 15 Saki-baki Pemerintahan Penjajahan
Bab 16 Maktab Turus, Camberley, England
Bab 17 Pertukaran Presiden UMNO, Kemerdekaan Tanah Melayu
Bab 18 Pegawai Pemerintah Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja
Bab 19 Kolej Pertahanan Imperial, London, England
Bab 20 Pemerintah, Briged Infantri Malaysia Kelima, Tawau, Sabah, Konfrontasi … Malaysia, 16 September 1963
Bab 21 Panglima Briged Infantri Malaysia Keempat, Singapura
Bab 22 Panglima Divisyen Infantri Malaysia Pertama, Kuching, Sarawak (DOPEM)
Bab 23 Panglima Divisyen Infantri Malaysia Kedua, Kuala Lumpur … Rusuhan Kaum pada 13 Mei 1969
Bab 24 Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Bab 25 Pembubaran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Bab 26 Perjanjian Am Sempadan antara Malaysia dengan Indonesia
Bab 27 Perkahwinan di Rumah Kesatria (Flagstaff)
Bab 28 Lawatan Rasmi ke Arab Saudi, Mesir dan United Kingdom
Bab 29 Perpisahan dan Selamat Tinggal kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Lampiran I Sejarah Ringkas Pasukan Tentera Negeri Johor

Lampiran II Catatan Mengenai Operasi “Oatmeal” oleh Pembantu Juruterbang Catalina “S” untuk Sugar

Lampiran III Laporan Rondaan Kapal Selam Diraja Severn oleh Lt. J.R.H. Bull R.N.

Lampiran IV Laporan “Likewise I” oleh Anggota Pasukan Setelah Percubaan yang Gagal

Senarai Gambar
Indeks

Weight1.295 kg
Dimensions24.7 × 22.1 × 3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.