Out of stock

Kaum Muda di Tanah Melayu, 1906-1957

KAMARUL AFENDEY HAMIMI

ISHAK SAAT

Penerbit UPSI (Cetakan Kedua, 2020)
362 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM45.00

Out of stock

Kaum Muda di Tanah Melayu, 1906-1957 mengkaji peranan Kaum Muda di Tanah Melayu sekitar 1906-1957 yang menggerakkan kesedaran orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk gerakan kesedaran menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Berdasarkan kajian lampau, kajian tentang Kaum Muda ini lebih terarah kepada polemik perbezaan pandangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua yang berkisar kepada persoalan furuk keagamaan.

Namun begitu, berdasarkan kajian semasa, terdapat perjuangan yang lebih besar yang dilalui oleh Kaum Muda iaitu untuk membentuk kemajuan pemikiran masyarakat khususnya orang Melayu. Justeru, buku ini diharap dapat mengisi kelompangan kajian lampau tentang perjuangan Kaum Muda yang tidak dipaparkan kepada khalayak seperti peranan mereka dalam mengangkat persoalan orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk sebagai penggerak kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu. Kajian ini turut menilai faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi perkembangan perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu. Di samping itu buku ini turut menyenaraikan beberapa tokoh pejuang Kaum Muda daripada pelbagai latar belakang aliran pendidikan yang berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat.

Kajian menunjukkan Kaum Muda bukan sahaja menumpukan perhatian kepada soal-soal pembaikan dalam ibadat khusus tetapi turut mewarnai dunia politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Hasil kajian Kaum Muda di Tanah Melayu, 1906-1957 juga mendapati Kaum Muda merupakan penyuntik awal kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu walaupun tidak semua tokoh Kaum Muda terlibat secara langsung dalam politik kepartian untuk menuntut kemerdekaan.

Mereka ini bergerak menggunakan beberapa kaedah seperti menerbitkan akhbar, menubuhkan madrasah, persatuan yang akhirnya mewujudkan parti politik. Ekoran daripada kegiatan tersebut, golongan ini turut menerima reaksi masyarakat sama ada berbau positif ataupun negatif. Mereka menghadapi tribulasi dan penentangan baik dalam kalangan aristokrat Melayu, pimpinan politik Melayu, tokoh-tokoh Kaum Tua dan juga pihak British apabila Kaum Muda ini mula terlibat dalam dunia politik.

Kesimpulan kajian ini menunjukkan perjuangan Kaum Muda yang dipelopori oleh agamawan merupakan perintis kepada gerakan kesedaran kemerdekaan di Tanah Melayu walaupun perjuangan mereka tidak sepenuhnya mendapat sokongan rakyat. Kajian juga menunjukkan pengakhiran perjuangan mereka untuk menuntut kemerdekaan berjaya menggerakkan momentum kesedaran dalam kalangan rakyat walaupun golongan ini tidak menjadi penyudah kepada kejayaan mencapai kemerdekaan tersebut. Hal yang demikian ini disebabkan Kaum Muda merupakan golongan berhaluan kiri mendapat tentangan daripada aktivis politik elitis Melayu, Kaum Tua, dan juga British di samping beberapa kelemahan dalaman yang berlaku dalam perjuangan Kaum Muda itu sendiri.

Prakata
Senarai Rajah
Senarai Jadual

1 PENDAHULUAN
Pengenalan
Kaum Muda
Kesimpulan

2 SEJARAH AWAL PERJUANGAN KAUM MUDA
Pengenalan
Perkembangan Kegiatan Kaum Muda
Faktor-faktor Luaran Kemunculan dan Perkembangan Kaum Muda
– Pengaruh Ulama Timur Tengah
– Pengaruh Ulama India
– Pengaruh Ulama Nusantara-
– Pengaruh Penghijrahan Orang Nusantara dan Tanah Melayu
– Pengaruh Gerakan Kemerdekaan di Luar Negara
– Kemunculan Gerakan Islam Sedunia
Faktor-faktor Dalaman Kemunculan dan Perkembangan Kaum Muda
– Peranan Institusi Madrasah
– Kepesatan Media Penerbitan
– Islam Penggerak Kesedaran Ummah
– Peranan Cendekiawan dan Hartawan Muslim
Kesimpulan

3 TOKOH-TOKOH PEJUANG KAUM MUDA
Pengenalan
Aliran Pemikiran Timur Tengah
– Syed Syeikh al-Hadi (1864-1934)
– Perjuangan Syed Syeikh al-Hadi dalam Kaum Muda
– Syed Syeikh al-Hadi Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
– Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956)
– Perjuangan Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dalam Kaum Muda
– Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
– Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari (1904-1970)
– Perjuangan Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari dalam Kaum Muda
– Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
Aliran Pendidikan India
– Dr. Burhanuddin al-Helmy (1911-1969)
– Perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmy dalam Kaum Muda
– Dr. Burhanuddin al-Helmy Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
– Maulana Abdullah Awang Noh (1905-1947)
– Perjuangan Maulana Abdullah Awang Noh dalam Kaum Muda
– Maulana Abdullah bin Awang Noh Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
Aliran Pendidikan Inggeris
– Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1895-1973)
– Perjuangan Za’ba dalam Kaum Muda
– Za’ba Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
Aliran Pemikiran Tempatan
– Ustaz Abu Bakar al-Baqir (1909-1974)
– Perjuangan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dalam Kaum Muda
– Ustaz Abu Bakar al-Baqir Penggerak Kesedaran Kemerdekaan
Kesimpulan

4 PENDEKATAN PERJUANGAN KAUM MUDA
Pengenalan
Tahap Aliran Perjuangan Kaum Muda
Kegiatan Penerbitan Kaum Muda
– Majalah al-Imam
– Majalah Saudara
Kegiatan Pendidikan Kaum Muda
Kegiatan Politik Kaum Muda
– Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), 1945
– Hizbul Muslimin, (1948)
– Parti Islam Se-Malaya (PAS), 1951
Kesimpulan

5 REAKSI MASYARAKAT TERHADAP PERJUANGAN KAUM MUDA
Pengenalan
Reaksi Masyarakat terhadap Perkembangan Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu
Reaksi Masyarakat terhadap Kekuatan dan Kelemahan Kaum Muda
Tribulasi dan Cabaran dalam Perjuangan Kaum Muda
Kesimpulan

6 PENUTUP

Bibliografi
Indeks

Weight0.547 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 2 cm
Author(s)

,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.