Out of stock

Kekasih

USMAN AWANG (b. 1929 – d. 2001) adalah penerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1983.

UA Enterprises (Cetakan Pertama, 2014)
143 halaman

RM35.00

Out of stock

Product ID: 23881 Subjects: , Sub-subjects: ,

Kekasih adalah sebuah kumpulan 50 buah puisi-puisi karya Usman Awang. Kumpulan puisi ini dipilih atas dasar kemasyhurannya dan juga kerana dekat di hati penulis sendiri. Karya-karya puisi ini meliputi jangka masa dari awal beliau berkarya hinggalah ketika beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1983. Puisi Kekasih diangkat sebagai judul antologi ini kerana ia merupakan salah satu puisi Usman Awang yang termasyhur dalam kalangan peminat seni tanah air dan antarabangsa.

Kelebihan Usman Awang telah dibicarakan orang dari dekad ke dekad. Tokoh ini istimewa kerana berpijak di bumi moden, tetapi masih tidak melepaskan dunia tradisi. Kedua-duanya dikuasai dan dicintainya. Dengan bahasa dan gaya moden campur tradisi itu, Usman Awang memperkatakan pelbagai hal dengan sikap berani. Beliau tidak bertolak ansur dalam hal sikap, menjadikan beliau kelihatan lurus dalam kerja keseniannya.

Usman dikatakan penyair romantik kerana kelembutan bahasanya, yang merupakan pancaran kelembutan pekerti dan senyumannya. Sajak-sajak romantik yang manusiawi memang dihasilkan, dan “Kekasih” ialah puncaknya, yang dapat dikatakan tidak tercapai oleh penyair lain yang sesekali menghasilkan puisi yang bertema demikian.

Keistimewaan Usman Awang terutama terletak pada gayanya, namun orang sering lebih terdorong memuji tema dan persoalan yang dipilihnya, dan sikap yang diungkapkannya. Semasa hayatnya, memang muncul kritikan terhadap Usman yang tidak mahu tunduk pada kemodenan tulen. Apabila beliau menghasilkan karya yang berbentuk fizikal moden seperti “Di Bawah Bayang Tulip Merah”, “Salji Hitam” dan beberapa lagi, muncul pula kritikan yang mengatakan beliau terikut-ikut dengan gaya anak muda Kedua-dua hala kritikan sedemikian akhirnya tenggelam, dan yang timbul ialah kekaguman yang berterusan.

Usman Awang penyair yang benar-benar hebat. Kecenderungan beberapa orang penyair lain yang mahu mengikut gayanya—biarpun ada yang mencapai tahap tertentu—tetap dianggap berada di bawah bayangnya. Kita dapati, penyair yang betul-betul meningkat selepasnya ialah mereka yang beranjak keluar dari landasannya, seperti Muhammad Haji Salleh, Latiff Mohidin dan Baha Zain, kemudian diikuti Kemala, (yang kian membezakan dirinya dalam zaman baru dengan dirinya pada tahap awal). Penyair Zurinah Hassan dan Siti Zainon Ismail juga tidak memilih kaedah Usman Awang. Masing-masing penyair yang disebutkan di atas sedar, bahawa gaya hendaklah dibina berjarak dari gaya penyair besar yang sedia ada pada satu-satu ketika.

Usman Awang membina dan memelihara stailnya dengan penuh keyakinan.

Weight0.261 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.