Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee

ABDULLAH HUSSAIN (1920–2014) ialah seorang penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.

DBP (Cetakan Pertama, 2016)
279 halaman

RM25.00

In stock

Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee merupakan hasil tulisan Abdullah Hussain yang tersiar secara bersiri dalam majalah Gelanggang Filem di bawah tajuk “P. Ramlee yang Kukenal“. Pada awalnya Abdullah Hussain menulis kisah hidup P. Ramlee dalam bentuk buku kecil bertulisan Jawi berjudul Kisah Hidup P. Ramlee yang diterbitkan oleh Ahmad Latif, Pulau Pinang. Buku itu kemudian diterbitkan dalam tulisan Rumi berjudul Gagak di Rimba. Kedua-dua buah buku ini telah dibaca oleh P. Ramlee. Bagi penulis, itulah rencana tentang seorang bintang filem tempatan yang pernah ditulis dalam majalah filem pada waktu itu.

Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee ditulis dengan bahan rujukan yang amat terbatas. Semasa hayatnya, terutama sewaktu di Singapura, agak sukar untuk mendapatkan bahan daripada P. Ramlee. Semua wartawan filem kenal benar dengan sifat P. Ramlee yang tidak suka di interview, bertanya keadaan kisah hidupnya. Kita boleh membuat janji temu dengannya, tetapi belum tentu kita berjaya menemuinya, ataupun kita nanti akan mendengar cerita yang lain sama sekali daripadanya.

Jadi, penulis mengumpul bahan-bahan tersebut sedikit demi sedikit daripada cerita-ceritanya sendiri, cerita yang tidak ditanya, tetapi cerita yang secara tidak sedar keluar daripada mulutnya ketika moodnya baik, dan daripada kawan-kawan rapatnya yang selalu berada di sampingnya.

Selama sepuluh tahun (dari tahun 1951 hingga tahun 1961) penulis bergaul rapat dengan seniman agung itu, dan kemudian bekerja di Penerbitan P. Ramlee yang menerbitkan Gelanggang Filem, penulis dapat melihat masa gemilangnya dengan mata kepalanya sendiri, betapa P. Ramlee meningkat naik menjadi manusia pujaan yang dikenali bukan sahaja oleh orang Melayu, bahkan semua golongan bangsa. Semua orang suka menonton filem lakonannya, namanya selalu disebut-sebut, kemunculannya ditunggu-tunggu, dan suaranya diminati lelaki dan wanita, tua dan muda. Dia menjadi ikutan fesyen pemuda pada zamannya. Mereka meniru potongan rambutnya, misainya, bajunya, malah suaranya juga.

Kemudian, secara tidak sengaja, Allah SWT telah mentakdirkan penulis ikut menyaksikan saat kejatuhannya. Terjadi satu peristiwa yang sangat menyayat perasaannya dan juga perasaan penulis ketika itu.

Beberapa bulan sebelum P. Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir—penulis bersama-sama Jaffar Abdullah, Jins Shamsuddin dan H.M. Shah—hampir setiap malam bersama dengan P. Ramlee di bilik persidangan Shah’s Motel, Petaling jaya, kerana bekerja membangunkan Malaysia Film Industries (MFI) yang hampir sahaja hilang tanpa kubur. MFI yang lebih dikenali dengan panggilan PERFIMA telah diusahakan oleh P. Ramlee dan H.M. Shah. Setelah Jins Shamsuddin pulang dari England, barulah ia diaktifkan semula.

Sifat P. Ramlee yang selalu menganggap semua perkara dalam dunia ini sebagai satu “sandiwara” tetap tidak berubah. Dia seorang yang tidak dapat mendisiplinkan dirinya baik dalam apa perkara sekalipun. Dia telah diberitahu oleh doktornya tentang penyakitnya, dan menyuruh dia mengurangi memakan makanan yang berlemak dan berminyak. Namun, hanya sebentar sahaja dia mengikut nasihat doktor. Dia kemudiannya mulai makan sesuka hatinya.

Itulah P. Ramlee, kisah yang dipaparkan dalam buku ini; Kisah Hidup Seniman Agung P. Ramlee. Dia sudah lama meninggalkan kita, tetapi jasanya tetap dikenang, hasil seninya masih terus dinikmati. Kehilangannya amat dirasai. Semua orang menangisi kehilangannya, seolah-olah mereka menangisi kehilangan keluarga sendiri sebabnya, P. Ramlee kepunyaan kita semua.

Sekadar Salam
Penghargaan

BAB 1 – BAB 18

Foto Kenangan
Glosari

Weight0.37 kg
Dimensions21.4 × 14 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 4 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 4 of 4 reviews (5 star). See all 4 reviews
  1. Anonymous (Verified Reader)

    Items received in good condition, well packed and fast delivery. Thanks a lot. ❤️

    (0) (0)
  2. NORAIDA RASHID (Verified Reader)

    (0) (0)
  3. MOHD SHAHRULNIZAM (Verified Reader)

    (0) (0)
  4. Dr. Hafiza Harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.