Out of stock

Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu

HARUN MAT PIAH (b. 1937 – d. 2019) mendapat pendidikan di Universiti Malaya, SOAS University of London, dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia (Edisi Terkini, 2019)
439 halaman termasuk Glosari, Bibliografi, dan Indeks

RM75.00

Out of stock

Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu merupakan hasil kajian projek Mualim Tamu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, untuk tahun 2002-2003. Dalam Edisi Terkini, karya ini menggarap bahan yang cukup banyak dan pelbagai sifatnya. Di Perpustakaan Negara Malaysia sahaja terdapat sekitar empat puluh manuskrip yang tergolong atau berhubungan dengan bidang kajian ini. Sesebuah manuskrip terdiri daripada sekitar 100 halaman hingga 500 halaman. Jumlah ini tidak termasuk naskhah-naskhah dalam koleksi lain-lain institusi dunia, seperti di Dewan Bahasa dan Pustaka; Pusat Islam; Universiti Malaya; dan di luar negara seperti di Leiden, Brussels, Paris dan London. Naskhah-naskhah ini juga diambil kira, sekurang-kurangnya pada kandungan isi dan kepelbagaian persoalan yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut.

Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu mengemukakan perkara-perkara yang dimuatkan dalam kitab-kitab tib Melayu merangkumi sebahagian besar daripada bidang yang dikenali sebagai “kepustakaan ilmu tradisional”, iaitu teks-teks, baik lisan mahupun tulisan yang membicarakan pelbagai ilmu yang dipercayai dan diamalkan oleh anggota-anggota masyarakat pada masa atau zaman yang berkenaan. Selain daripada membicarakan penyakit, ubat dan rawatan, teks-teks ini juga memasukkan ilmu bintang, rejang, ilmu nujum dan ramalan, ilmu firasat, raksi jodoh, taabir mimpi, katuranggan (padah, buruk dan baik berhubungan dengan haiwan), cuca (mengelak daripada tikus, babi dan lain-lain makhluk perosak), jampi, mantera, tangkal, azimat dan doa. Semua bahan ini perlu dibaca, diperhalusi untuk kemudian dipilih atau digugurkan daripada kandungan buku ini.

Edisi ini merupakan pelengkap kepada ketiadaan sebuah penulisan buku “kitab tib” yang lengkap dan representatif sebelum ini. Sebuah karya, Warisan Perubatan Melayu susunan Abdul Samad Ahmad (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978) dianggap terlalu ringkas dan tidak menggambarkan kepelbagaian isi kitab-kitab tib secara realiti. Justeru, projek penulisan ini perlu membentuk suatu konsep tersendiri dari segi pemilihan bahan, pemilihan persoalan, pendekatan perbincangan, seterusnya format persembahan secara menyeluruh. Pertimbangan ke arah ini, termasuk rujukan dan perbincangan dengan pihak-pihak institusi dan orang-orang perseorangan berkenaan mengambil masa agak panjang.

Sehubungan dengan di atas, pengkaji telah menemui pelbagai pihak, termasuk institusi awam, perpustakaan, muzium, institusi penyelidikan dan lain-lain. Pengkaji juga mengunjungi pengusaha perubatan tradisional, pengusaha ladang dan pengilang, pengeluar, penjual dan pengedar (jualan langsung) dan sebagainya. Beberapa bomoh dan dukun juga dikunjungi, ditemu bual dan didapatkan pandangan mereka terhadap bidang ini. Untuk itu, pengkaji sangat-sangat berterima kasih kepada semua pihak tersebut yang tidak dapat dinyatakan sepenuhnya dalam ruangan ini.

Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu mengandungi tujuh bab, iaitu bab 1 sebagai pengenalan terhadap konsep dan pembinaan teks; bab 2 memuatkan persoalan awal mengenai ilmu tabib dan kewibawaan seorang bomoh atau pengamal perubatan; bab 3 mengenai petua-petua umum untuk memelihara dan mengekalkan kesihatan diri; bab 4 mengenai penyakit-penyakit berhubungan jin, hantu dan syaitan, dengan pengubatan melalui ritual, doa, jampi dan mantera; bab 5 penyakit demam kepialu dan lain-lain penyakit yang bersebab daripadanya, bab 6 mengenai lain-lain penyakit, dari sebab “terkena”, hidapan atau pembawaan dan, bab 7 mengenai bahan, herba dan lain-lain serta khasiatnya secara berasingan dalam perubatan dan pengubatan.

Bahagian catatan teks merupakan huraian terhadap persoalan atau perkara yang dikemukakan dalam teks. Perkara tersebut mungkin perlu diberikan huraian tambahan, baik dari sumber lisan mahupun tertulis, baik moden mahupun tradisional. Bahagian-bahagian seterusnya berupa takrif kata atau glosari yang merujuk kepada nama-nama tumbuhan yang disebutkan dalam teks ini dengan padanannya dengan istilah botanis atau saintifik dari sumber-sumber rujukan yang digunakan. Glosari ini juga mengandungi takrif dan definisi kata yang memerlukan rujukan kamus, termasuk istilah-istilah tradisional berhubung dengan sistem sukatan, ukuran waktu, proses pembuatan ubat dan lain-lain. Lampiran yang disediakan memberikan gambar dan ilustrasi tumbuh-tumbuhan terpilih yang dinyatakan dalam kajian ini.

Indeks memberikan rujukan atau rujukan silang terhadap objek dan perkara-perkara yang dikemukakan dengan maksud memperlengkap kajian dan memudahkan pembacaan.

Perutusan Ketua Pengarah
Latar Belakang Pengkaji
Kata Pengantar

Bab 1 — Pengenalan

  • Ilmu Perubatan Melayu tradisional
  • Buku Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu
  • Isi kandungan
  • Kandungan beberapa naskah yang penting
  • Beberapa ciri persembahan Kitab Tib
  • Konsep dan kandungan sebuah Kitab Tib

Bab 2 — Syarat Menjadi Tabib dan Ehwal Mengenal Penyakit

  • Tujuan menulis Kitab Tib
  • Syarat ilmu tabib
  • Detik dan saat pengubatan
  • Menilik waktu pengubatan
  • Mengetahui asal penyakit
  • Menilik raksi pengubatan
  • Menilik melalui keadaan nafas
  • Menahan daripada dijangkiti
  • Asal segala penyakit
  • Mengenal af’al dan rupa pesakit
  • Bilangan tahun Arab
  • Mengenal penyakit dan pesakit
  • Melihat kelakuan (af’al) pesakit
  • Syarat mengambil ubat

Bab 3 — Petua-petua Umum untuk Kesihatan Dirie Memelihara kesihatan diri

  • Memelihara gerak tubuh
  • Perlunya beristirehat
  • Memelihara tidur
  • Memelihara jaga
  • Memelihara wati
  • Memelihara diri daripada angin
  • Memelihara nafsu dan perasaan
  • Memelihara kebersihan diri
  • Memelihara mata
  • Membuat celak mata
  • Memelihara gigi
  • Memelihara janggu
  • Memelihara qada hajat
  • Memakan pencahar
  • Syarat makan pijar
  • Mengatasi ketagihan apiun
  • Jampi pengasih
  • Aturan mimpi baik
  • Bercakap tidur
  • Doa menolak bala’
  • Doa ta’un dan wabak
  • Mengeluarkan peluru
  • Berbuat makjun
  • Ubat yang istimewa

Bab 4 — Pengubatan Penyakit Melalui Don, Jampi dan Mantera

  • Penyakit berhubungan dengan jin
  • Membuat ubat dan air penawar
  • Kemasukan syaitan dan pelesit
  • Doa hantu raya
  • Rambas hantu jembalang
  • Kemasukan syaitan
  • Jampi angin sarhabat
  • Khasiat selawat
  • Raja segala Man

Bab 5 — Demam Kepialu dan Lain-lain Penyakit daripadanya

  • Demam kepialu
  • Penawar demam kepialu
  • Demam kepialu bersama batuk
  • Batuk darah
  • Hilang selera makan
  • Kepialu bersama sembelit
  • Demam terkena
  • Demam
  • Demam hempedu
  • Pantangan demam kepialu
  • Demam kepialu

Bab 6 — Lain-lain Penyakit, Terkena dan Hidapan

  • Sakit perut
  • Mising dan cika
  • Penyakit pirai senak
  • Senak ulu hati
  • Penyakit medu
  • Asal penyakit medu
  • Penyakit sembelit
  • Penyakit wasir
  • Penyakit karang
  • Asal ubat karang
  • Penyakit restung
  • Penyakit restung
  • Penyakit sedung
  • Penyakit pitam
  • Sakit kepala pekung
  • Penyakit mata
  • Ubat penyakit mata
  • Penyakit mata patikan
  • Ubat mata merah
  • Ubat mata daging-dagingan
  • Mata keterkanan
  • Mata bilas
  • Mata bengkak
  • Mata hendak buta
  • Sakit telinga
  • Telinga bernanah
  • Sakit telinga
  • Sakit gigi
  • Membuang ulat kepada gigi
  • Ubat mulut berbau busuk
  • Penyakit pada muka
  • Mengeluarkan balgham
  • Ubat penyakit kayap
  • Ubat badam atau kulit ayam
  • Tuju barah atau bunting
  • Ubat bisul
  • Pirai
  • Burut
  • Memelihara rambut
  • Penyakit panau
  • Ubat kurap
  • Penyakit kedal dan kusta
  • Ubat sopak
  • Penyakit puru
  • Penyakit puru
  • Sakit puan: senggugut
  • Meroyan
  • Berbagai jenis penyakit dan ubat meroyan
  • Busung darah
  • Turun darah
  • Ubat gigi tatkala tiada sakit
  • Ubat haid

Bab 7 — Bahan dan Khasiatnya dalam Perubatan

  • Hikayat Nurul-lizan Menjawab Masalah

Catatan Teks
Glosari 1 – Istilah Umum
Glosari 2 – Istilah Botanis dan Saintifik
Bibliografi
Lampiran 1 – Gambar Manuskrip
Lampiran 2 – Gambar Tumbuh-tumbuhan
Indeks

Weight1.324 kg
Dimensions25.4 × 18 × 2.7 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Fahdzlina Ayob (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.