Kritikan Sastera Melayu: Antara Cerita dan Ilmu

UNGKU MAIMUNAH MOHD. TAHIR adalah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2007)
81 halaman termasuk Rujukan

RM20.00

In stock

Kritikan Sastera Melayu: Antara Cerita dan Ilmu dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Ungku Maimunah Mohd. Tahir pada tahun 2007. Dua tradisi besar yang memainkan peranan penting dalam kegiatan penulisan di rantau ini ialah Islam dan Barat. Sementara tradisi persuratan Melayu-Islam dengan jelas menjadikan ‘ilmu’ sebagai tunggak pekerjaan kalam, unsur ‘ilmu’ atau ‘didaktisisme’ tidak pula diperuntukkan kedudukan yang sama dalam tradisi Barat, dan konsep ‘ilmu’ itu sendiri diberi tafsiran yang tertentu menurut cita rasa semusim. Pemahaman tersebut bertambah kukuh apabila gandingan novel dan realisme, yang diperikan sebagai warisan Barat kurun ke-19 yang utuh itu, semakin meluas pengaruhnya. Secara khususnya ialah pegangan yang mengutamakan cerita sebagai dasar asas atau tulang belakang sesebuah naratif. Berhadapan dengan dua tradisi besar untuk dipilih dan dimanfaatkan, karya kreatif Melayu lebih sendeng kepada tradisi sastera Barat, sama ada daripada segi konseptual mahupun segi praktiknya.

Seterusnya, selaku pengiring setia karya kreatif, tulisan kritikan mengikut rentak karya kreatif dan turut mengutamakan cerita. Rata-rata kritikan berlegar di tahap cerita, sementara urusan utama kritikan pula ditumpukan kepada perkara yang berkait dengan cerita dan mekanisme membikin cerita. Tinjauan perkembangan tulisan kritikan sastera Melayu jelas menunjukkan keutamaan cerita ini ditubi dan diperkukuhkan pada pelbagai tahap, iaitu daripada segi perungkaian teks, penilaiannya hinggalah kepada cara menulis kritikan itu sendiri. Penerapan teori, pendekatan, kaedah, kerangka yang pelbagai, sama ada yang datang daripada luar atau yang dijana oleh orang tempatan, tidak memperlihatkan perbezaan yang signifikan, dan kritikan tetap menatang cerita dan tertumpu pada cerita dan mekanisme membikin-cerita. Kritikan sendeng-cerita ini yang terus mendominasi landskap sastera Melayu, tergugah apabila munculnya gagasan Persuratan Baru, yang menjadi anjakan radikal apabila keutamaan ‘cerita’ itu dicabar dan digantikan dengan ‘ilmu’ sebagai dasar utama kegiatan penulisan bagi karya kreatif dan juga tulisan kritikan.

Dengan membezakan ‘cerita’ dan ‘ilmu’, Persuratan Baru mempertikaikan beberapa konsep utama yang diterima pakai, khususnya konsep yang terpenting, iaitu cerita adalah ilmu. Dengan mengembalikan ilmu, berbanding cerita, sebagai asas pekerjaan kalam, Persuratan Baru mendefinisikan semula peranan tulisan kreatif dan kritikan agar dapat berhadapan dengan masyarakat pembaca tidak lagi sebagai cerita khayalan semata, tetapi sebagai sumber ilmu yang sah dan berwibawa, yang boleh dimanfaat dengan yakin. Sesuai dengan hasrat untuk membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun, adalah diharapkan semoga perbincangan ini dapat menggalakkan renungan semula yang serius dan kritis terhadap karya kreatif dan kritikan sastera dewasa ini, dan ilmu sebagai tunggak pekerjaan kalam dimahkotakan semula dalam dunia penulisan Melayu.

Abstrak
Abstract

1. Pendahuluan
2. Kritikan Sastera dan Karya Sastera: Bagai Aur dengan Tebing
3. Antara Warisan, Pengaruh dengan Pegangan dan Pelaksanaan
Perihal Warisan: Tertegaknya Ilmu
Perihal Pengaruh: Terkomprominya Ilmu
Perihal Pegangan dan Pelaksanaan: Antara Dua Pilihan
4. Kritikan Sastera Melayu: Sastera Borek, Sastera Rintek?
Kehadiran Kritikan dalam Dunia Sastera Melayu: Satu Lakaran Ringkas
Terseminya Kesendengan Cerita: Tahap Permulaan
Terpahatnya Keutamaan Cerita: Kesinambungan, Penyesuaian dan Penghalusan
Komponen Dalaman dan Formula ‘Tema dan Struktur’
Komponen Luaran dan Pendekatan Tekstual
Penggemblengan Teori Luar
Penggemblengan Teori Tempatan
5. Tergugahnya Kedudukan Cerita: Ilmu sebagai Alternatif
6. Penutup

Penghargaan
Nota
Rujukan

Weight0.141 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.