Out of stock

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu

Disunting oleh MOHD AFFENDI MOHD SHAFRI

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2020)
115 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

Out of stock

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu merupakan kumpulan artikel pengkajian saintifik ke atas manuskrip perubatan Melayu dalam mencari rawatan-rawatan yang sesuai digunakan untuk bidang perubatan, mengangkat warithan sains tempatan yang sudah lama terpinggir dan seterusnya berusaha untuk melakukan penyahBaratan dalam ilmu-ilmu sains. Makalah hasil pembentangan yang dimuatkan di dalam buku ini, antaranya membincangkan usaha-usaha rangkaian jaringan yang telah dibuat sejak dahulu lagi dalam kalangan ṭabīb dan pengamal perubatan Melayu di dalam perkongsian ilmu penyediaan ubatan serta kaedah peramuan.

Di dalam beberapa makalah ini, pembaca juga diberitahu tentang penyelidikan di dalam genre manuskrip yang ada kepentingannya dalam kajian perubatan dan juga pembentangan kajian penyakit umum zaman moden, iaitu kanser, di mana pentunjuk kepada rawatan efektif mungkin dapat dijumpai melalui pengkajian manuskrip-manuskrip perubatan Melayu lama. Peluang-peluang mendalami ilmu pengkajian manuskrip lama dengan pembentangan khazanah sedia ada di Muzium Kesenian Islam Malaysia juga memberi maklumat penting kepada pengkaji-pengkaji yang bergiat di dalam bidang ini.

Makalah yang pertama bertajuk “Jaringan Ilmuwan Perubatan Melayu: Satu Pemetaan Awwal Berdasarkan Manuskrip-Manuskrip Perubatan Melayu” menunjukkan bahawa perubatan Melayu dan para peng’amalnya bukanlah satu tradisi yang kaku dan baku dalam aspek isi dan amalannya walaupun mulai abad ke-16 sudah menunjukkan wujudnya suatu piawaian tinggi dalam aspek format penulisan. Dalam makalah ini, beberapa hubungkait antara para tabib Melayu ditelusuri daripada catatan-catatan dalam karya mereka. Tabib Melayu didapati telah membuat hubungan dengan para pengamal perubatan Melayu yang lain dan mencatat formulasi-formulasi yang dipelajari lalu membentuk karya mereka. Dengan cara inilah maka maklumat perubatan Melayu dapat diperkayakan dan disebarkan.

Makalah yang kedua bertajuk “Kitab Tibb Sebagai Asas Dalam Penyelidikan Hasilan Semulajadi” memberikan sebab-sebab mengapa dan bagaimana genre manuskrip perubatan Melayu/kitab tibb Melayu perlu diberikan perhatian terutamanya oleh mereka yang terlibat di dalam penyelidikan saintifik. Menurut penulis, “… Selain daripada pemilihan spesies untuk penyaringan, kitab perubatan Melayu juga menjadi rujukan yang penting bagi menentukan kaedah pengekstrakan, kaedah penggunaan dan juga formulasi yang digunakan.” Maqalah ini menjawab persoalan yang biasa diajukan iaitu masih relevankah manuskrip perubatan Melayu dikaji dalam dunia serba moden hari ini.

Makalah seterusnya yang mengambil tema “Rawatan Kanser dan Beberapa Manuskrip Melayu Terpilih” menampilkan beberapa kata kunci yang boleh dikaitkan dengan kanser sepertimana yang tertera dalam beberapa manuskrip pilihan seperti MSS1998.400, MSS2515, serta 54/LL/14/YPAH/2005. Masyarakat Melayu terdahulu sudah pun mempunyai kesedaran tentang penyakit penyakit ketumbuhan, mencipta istilah-istilah perubatan yang tersendiri untuk pelbagai jenis penyakit tersebut dan telah berusaha merawatnya menggunakan bahan-bahan ubatan tempatan. Dalam keadaan jumlah pesakit kanser semakin meningkat sedangkan rawatan yang berkesan belum dijumpai, kajian terhadap bahan rawatan kanser berasaskan bahan-bahan Alam Melayu patut diteruskan. Maqalah ini berusaha untuk menampilkan calon-calon ubatan yang boleh dikaji dalam langkah seterusnya oleh para pengkaji rawatan kanser.

Perubatan Melayu dalam Dokumen Belanda pula menampilkan perspektif sedikit berbeza dengan mengguna pakai dokumendokumen Belanda termasuk manuskrip tulisan sarjana perubatan Belanda berkenaan perubatan Melayu. Kajian sebegini penting dalam menyeimbangkan pengkajian terhadap manuskrip perubatan Melayu khususnya dan perubatan Melayu amnya. Walaupun tidak menggunakan manuskrip perubatan Melayu sebagai bahan dasar, maqalah ini menampilkan senarai dokumen, pengkaji dan institusi Belanda yang pernah ditubuhkan di Alam Melayu suatu masa dahulu untuk dilihat dan dikaji sama ada manuskrip perubatan Melayu pernah dijadikan rujukan dan kajian mereka.

Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu diakhiri dengan maqalah daripada aspek permuziuman, yang mana penulisnya memaparkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak Muzium Kesenian Islam Malaysia dalam memberikan informasi dan mendidik masyarakat tentang kewujudan manuskrip perubatan Melayu yang berada dalam koleksi mereka.

Pengejaan
Penghargaan
Kata Pengantar

Pendahuluan

1. Jaringan Ke‘ilmuwan Tabib Melayu
Mohd Affendi Mohd Shafri

2. Kitab Perubatan Melayu Sebagai Asas Dalam Penyelidikan Hasilan Semula Jadi
Nik Musa’adah Mustapha, Abdul Hayat Mat Saad, Dionysia Modingin, Fadzureena Jamaludin, Fatin Nadiah Sukhuiri, Noor Aimie Mohd Khair, Md Azharulzaman Mohamed Said & Norini Haron

3. Rawatan Kanser dalam Beberapa Manuskrip Melayu Terpilih
Muhamad Dzulkarnain Mas’oad, Mardhiah Mohammad & Mohd Affendi Mohd Shafri

4. Perubatan Melayu dalam Dokumen Belanda ,
Mohammad Alinor Abdul Kadir

5. A Short Perspective on the Dissemination of Malay Medical Knowledge in the Light of Al-Tibb: Healing Traditions in Islamic Medical Manuscripts Exhibition
Siti Marina Mohd Maidin

Biodata Penulis
Indeks

Weight0.252 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 0.8 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.