Mestika Kata: Kosa Kata Kesusasteraan Melayu Tradisional

Disunting oleh WAHYUNAH ABD. GHANI

DBP (Cetakan Pertama, 2018)
499 halaman termasuk Bibliografi

RM40.00

In stock

Product ID: 27471 Subject: Sub-subjects: , , ,

Mestika Kata: Kosa Kata Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan lanjutan daripada buku Panduan Kosa Kata Sastera Klasik yang telah diterbitkan pada tahun 1991. Format dan kandungan buku ini pada dasarnya mengikut buku tersebut dengan beberapa pindaan dan tambahan agar buku ini lebih lengkap dan kemas kini, sesuai sebagai bahan rujukan, panduan para pelajar dan pengkaji kesusasteraan. Untuk menyiapkan kamus klasik ini yang mengandungi 2,202 entri, beberapa buah teks (naskhah dan mikrofilem), dan cerita-cerita lisan yang telah diterbitkan dirujuk untuk mendapatkan kata masukan atau entri. Sebanyak 91 buah teks telah dipilih yang merangkumi pelbagai genre. Antaranya termasuklah teks-teks lipur lara, cerita panji, cerita berbingkai, cerita berunsur Islam, ketatanegaraan, undang-undang, cerita berunsur sejarah, dan pantun Melayu.

Secara umumnya, proses pengumpulan entri ini merangkumi mengenali pasti teks, meneliti teks, mencari takrif perkataan atau entri, merujuk manuskrip asal untuk mendapatkan ejaan Jawinya dan kemudiannya disemak oleh pakar yang dilantik. Entri yang diperoleh adalah berdasarkan hasil penelitian yang dilaksanakan oleh pegawai projek, sarjana dan mahasiswa institusi pengajian tinggi antaranya Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Mohd. Sham, Abdul Rahman Kaeh, Wan Ali Wan Mamat, Bukhari Lubis, Noriah Mohamed, dan Harun Mat Piah, untuk menilai dan menghalusi ketepatan maksud entri yang telah dikumpulkan.

Buku yang diterbitkan ini mengandungi kata masukan/enti berserta dengan takrifnya, ejaan Jawi (untuk naskhah bertulisan Jawi), contoh penggunaannya, sama ada dalam bentuk rangkap syair, pantun atau ayat yang lengkap, sumber dan halaman bagi naskhah Jawi, dan teks lisan yang sudah terbit. Ejaan Jawi yang diletakkan dalam kurungan ( ) merupakan ejaan Jawi sebenar untuk kata-kata Arab atau Parsi. Kata masukan atau entri buku ini disusun menurut urutan abjad dengan mengambil kata dasar dan diikuti dengan kata terbitan dan dipisahkan dengan tanda koma bertitik (;). Takrif yang diberikan bagi sesuatu entri adalah berkaitan dengan kata terbitan yang berkenaan sahaja dan tidak meliputi kata dasarnya, seperti perkataan “peta”, “dipeta”. Contoh penggunaan atau petikan entri tersebut ditulis dalam bentuk huruf condong.

Kata masukan yang terkumpul mengandungi kata-kata berunsur Arab, Jawa, Parsi, dan Sanskrit dengan tambahan perkataan atau dialek Kedah, Kelantan, Perlis, Perak, Minangkabau, Brunei dan lain-lain yang ditemukan dalam teksteks yang dirujuk. Pinjaman daripada bahasa Arab banyak ditemukan dalam teks-teks berunsur Islam, atau sejarah Islam, antaranya termasuklah Kisasul Anbia, Hikayat Nur Muhammad, Syair Hamzah Fansuri, Hikayat Abu Shahmah, Hikayat Syeikh Hasanuddin, Hikayat Raja Khandak, Syair Perahu, dan Syair Burung Pungguk. Maka, terhasillah kata masukan, seperti “kanun”, “mahbub”, “manzil”, “manzur”, “merjan”, “mualim”, “rafiq”, dan lain-lain lagi. Syair Hamzah Fansuri begitu banyak sekali meminjam kata-kata Arab. Oleh itu, tidak semua perkataan Arab yang dapat diberikan maksudnya kerana sukar untuk diberikan takrif yang tepat. Oleh sebab itu, perkataan Arab tersebut tidak dimuatkan dalam buku ini.

Pengaruh bahasa Jawa juga banyak ditemukan dalam teksteks Melayu pengaruh Jawa, antaranya termasuklah Hikayat Cekel Waning Pati, Hikayat Misa Taman Jaeng Kusuma, dan Syair Ken Tambuhan. Contoh kata-kata Jawa yang terkumpul adalah seperti “kanjeng”, “latah wilangon”, “lawang”, “layon”, “lelayon”, “murup”, dan “rama”. Buku ini juga mengetengahkan nama-nama serangga, sayur-sayuran, binatang, alat bunyi-bunyian, dan bunga yang jarang-jarang disebut atau didengar ketika ini. Semoga buku ini bermanfaat bagi pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera negara.

Kata Pengantar
Pendahuluan
Penghargaan
Teks Pilihan
Singkatan dan Tanda
Pedoman Transliterasi Huruf Jawi ke Huruf Rumi

Kosa Kata Kesusasteraan Melayu Tradisional

Bibliografi

Weight0.588 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.