Minda Melayu Global adalah himpunan penulisan sarjana-sarjana Melayu UPSI tentang keagungan dan keperkasaan bangsanya dalam bidang-bidang sejarah dan ketamadunan, sains dan teknologi iaitu bidang matematik, sastera dan kreativiti iaitu bahasa dan kesusasteraan dan keintelektualismenya. Penerbitan Minda Melayu Global menjadi testimoni dan manifestasi ilmiah tentang keperdanaan Melayu dan ke-Melayuannya dalam menghadapi dan ancaman bangsa globalisasi.
Keagungan bangsa Melayu bermula dari kewujudannya ribuan tahun yang lalu sebagai masyarakat yang berbudaya dan berbahasa Melay, dan meliputi kawasan yang cukup luas, iaitu, dari Asia sehingga ke Afrika, khususnya dalam kawasan kepulauannya. Bangsa Melayu yang mempunyai budaya agung yang selaras dengan, malah terbukti sebahagian daripadanya lebih awal dari tamadun dunia yang lain, bukan merupakan bangsa pinggiran. Bahasa Melayu menunjukkan pengaruh bangsa Melayu telah dituturkan oleh kira-kira 1/4 penduduk dunia.
Bangsa Melayu telah dikenali sebagai bangsa yang mempunyai budaya maritim ribuan tahun sebelum Masihi. Aktiviti pelayaran mereka yang melibatkan perdagangan antarabangsa berterusan dan memuncak semenjak kurun pertama Masihi sehingga mereka ditumpaskan oleh penjajahan Barat dalam kurun ke-20. Pelayaran dan perdagangan mereka ini telah menjadikan pusat-pusat kerajaan Melayu di seluruh Asia Tenggara atau Nusantara berpusatkan pelabuhan-pelabuhan. Di sinilah pedagang-pedagang timur dan barat berkumpul dan peranan bangsa Melayu dalam ekonomi dan pemerintahan bersifat global.
Keagungan bangsa Melayu dipesatkan dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu yang gemilang. Pada awal kurun pertama Masihi kerajaan Champa dan Funan di tanah besar Asia Tenggara telah diasaskan oleh Raja-raja Melayu. Pengaruhnya merebak ke Semenanjung Tanah Melayu dan di kepulauan Melayu lain. Mereka telah meninggalkan konsep kerajaan beraja yang berdaulat dan berbudaya tinggi. Wanita-wanita dalam zaman mereka sudah diberikan kedudukan yang dihormati. Konsep pemerintahan beraja ini diteruskan dan lebih dihebatkan oleh kerajaan-kerajaan selepas Champa dan Funan, iaitu, Sriwijaya, Majapahit dan Melaka yang pengaruh kuasa, ekonomi dan kegemilangannya menyeluruh di Nusantara. Ini tidaklah menafikan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil Melayu yang lain yang bebas dan juga penting.
Keagungan bangsa Melayu dimeterai dengan kegemilangat pengaruh Islam yang secara menyeluruh mempengaruhi budaya dan pemikiran bangsa Melayu sehingga ke hari ini. Agama Islam telah dikembangkan oleh pihak istana dan juga masyarakat sendiri melalu! ilmu-ilmu Islam dan institusi pondok, pesantren dan madrasah. Kegemilangan pemikiran dan keintelektualan bangsa Melayu dipancarkan melalui penggunaan dan penulisan Jawi dalam Bahasa Melayu yang lebih canggih dan sofistikated yang membicarakan ilmu-ilmu Islam dan gerakan nasionalisme Melayu. Para intelek Melayu yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama Islam juga mempunyai peranan penting dalam memartabatkan bangsa Melayu, tetapi peranan mereka patut dibincangkan di tempat yang lain.
Keagungan bangsa Melayu akan berterusan jika bangsa Melayu bersatu, berprinsip dan berwawasan tinggi. Justeru, “Takkan Melayu hilang di dunia!”.
Reviews
There are no reviews yet