Out of stock

Orang Asli: Khazanah Tersembunyi

Katalog Arkib dwi-bahasa bersempena Pameran Orang Asli

Jabatan Muzium Malaysia (Cetakan Pertama, 2006)
179 halaman

RM85.00

Out of stock

ISBN: 9789679935776 Product ID: 24335 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Orang Asli: Khazanah Tersembunyi didedikasikan khusus kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap mereka. Ia juga bertujuan memberi pengetahuan dan membina kefahaman tentang masyarakat ini dalam usaha membentuk perspektif yang lebih luas, jelas dan menyeluruh tentang pelbagai budaya dan bangsa yang menjadi identiti masyarakat Malaysia. Buku ini juga adalah satu lagi usaha Jabatan Muzium Malaysia untuk mendokumentasikan keunikan masyarakat Orang Asli kerana dikhuatiri arus modenisasi yang sedang pesat melanda masyarakat ini boleh mendatangkan perubahan yang mengancam nilai-nilai budaya dan kesenian mereka. Justeru, usaha kecil ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu memelihara warisan budaya ini dari terus hilang begitu sahaja.

Kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia mencirikan keunikan negara ini yang tersendiri. Kewujudan masyarakat Orang Asli dengan amalan sistem budayanya yang bersifat heterogen menambah nilai budaya istimewa yang kita miliki. Mereka mempunyai falsafah hidupnya sendiri seperti yang dimanifestasikan dalam bentuk sistem adat, agama dan kepercayaan, kosmologi, pantang-larang dan sebagainya yang mengatur cara mereka bertindak dan berhubungan dengan manusia lain dan alam. Seperti juga kumpulan lain di Malaysia, mereka juga memiliki identiti tersendiri, yang lazimnya terzahir menerusi karya seni yang mereka ciptakan, hasil ilham daripada hubungan mereka dengan alam persekitaran yang harmoni dan akrab hingga tercetusnya kreativiti dan keupayaan luar biasa melahirkan budaya dan seni kraf yang tinggi nilainya.

Orang Asli: Khazanah Tersembunyi terbahagi kepada sembilan bahagian yang memuatkan kehidupan dan seni kraf masyarakat Orang Asli, latar belakang suku kaum dan pecahannya, taburan geografi dan demografi kediaman, adat dan kepercayaan, ukiran patung dan topeng, pakaian dan perhiasan diri, peralatan persenjataan, alat-alat muzik serta hasil anyaman. Semoga buku ini akan memperkayakan lagi koleksi yang sedia ada tentang masyarakat Orang Asli di tanah air kita, sekaligus menyedarkan umum tentang kewujudan kebudayaan suatu kelompok masyarakat peribumi yang mapan dengan kepelbagaian bentuk, corak dan warnanya yang mengisi sebahagian daripada kekayaan warisan sejarah dan budaya Malaysia.

Weight 0.953 kg
Dimensions 28 × 22.4 × 1.5 cm
Edition

Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Orang Asli: Khazanah Tersembunyi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *